Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Martabat & Harga Diri


"Bermulanya ia dengan asing dan berakhirnya jua dalam asing."

Bilamana rajin menyelongkar di dunia IT baru ana sedari banyak sahaja tohmahan yang dilemparkan buat sesama manusia. Diantaranya makian dan cacian yang sudah sebati dengan darah daging. Seolah - olah itulah nyawanya. Daripada apa yang ana perhatikan, kebanyakannya cuba merendahkan martabat dan nilai seorang wanita. Bermacam-macam jenis bicara yang wujud dari pena yang termaktub. Tidak hairan andai ana katakan kita kini kembali ke “Zaman Jahiliyah”. Semuanya makruf dengan istilah ini. “Jahiliyah Moden”.


Jahiliyah dari suatu aspek yang kita sedari mahupun tidak. Jahil di sini membawa erti ‘bodoh’ bagi manusia yang ada akal tapi tidak menggunakan akal. Sekadar berakalkan nafsu dan bisikan ‘teman baik’nya. Menjadi hamba kepada hamba. Apakah kita cuba menjadi tuan kepada hamba kita ataupun kita sendiri yang menjadi hamba kepada hamba kita. Selayaknya kita hanya layak menjadi hamba kepada Tuhan sekalian alam tetapi kerana kejahilan kita, adab dunia semuanya bertukar arah dan rintang.

Islam datang dengan membawa sinar dan harapan baru buat wanita dan menghapuskan amalan jahiliyah yang diamalkan sebelum itu. Sebelum Islam, masyarakat Arab memandang hina dan rendah terhadap peranan dan diri wanita itu sendiri. Banyak amalan zaman jahiliyah yang sudah pun menjadi rutin kita pada zaman serba canggih ini. Tetapi apa yang ana ingin fokuskan di sini tentang ‘wanita’.

Sebelum datang Islam wanita dijadikan ‘barang mainan’ dan ‘keseronokan’ dan dianggap sebagai ‘kain perca’ yang tiada nilainya. Bahan seks adalah menjadi kebiasaan bagi masyarakat jahiliyah kerana mahukan hiburan dan kepuasan. Andai yang berkahwin, dan apabila mendapat anak perempuan dikatakan mendatangkan aib buat keluarga dan anak tersebut dibunuh. Hilang nilai dan martabat seorang wanita. Anak kecil yang belum kenal akan erti dunia dibunuh. Sama juga dengan perangai ‘syaitan bertopengkan manusia’ yang hidup berseronokan pada zaman elit ini. Elitlah kononnya. Kolot.

*Di mana perananmu wahai para pujangga.
*Di mana sifatnya keperimanusiaanmu wahai para jejaka.
*Di mana naluri tanggungjawabanmu sebagai seorang lelaki yang dikatakan seorang pemimpin.
*Sudah terkuburkah sifat - sifatmu yang dikatakan ‘hero’ bagi seorang wanita.
*Sembilan akal satu nafsu tapi masih lagi bertunjangkan hawa nafsu tanpa memikirkan secangkir iman di hati yang masih takutkan Tuhan. Itulah akibatnya bilamana menjadi hamba kepada hamba. Binasalah dunia.

Dalam Dinul Huda, kedudukan seseorang manusia samada lelaki mahupun wanita tidak dipandang kepada status jantina atau keturunannya walaupun miskin dan susah bak si pengemis hatta hebat mewah sebagaimana Raja Firaun. Sebaliknya Allah menilainya dari perspektif takwa dan kekuatan iman di dalam hati sanubari insan. Inilah yang dididik dan diajari oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke atas umatnya sejak ribuan tahun yang lalu. Pernah atau tidak kita mengambil pengajaran ini pada masa kini, pada saat ini sebelum terputus nyawa dan roh dari jasad kita. Sebelum jasad terkulai kaku.


Hasil pentarbiyahan yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w., umat Islam terdahulu termasuklah wanita bersemangat untuk membuat kebajikan. Masing - masing tidak mahu ketinggalan dalam aspek ini dan sentiasa bersaing melakukannya dengan ikhlas mengharapkan pahala dan redha di sisi Allah. Tapi diperhatikan zaman jahiliyah moden kita pada masa kini, semuanya pakat bersaing dan berlumba untuk menambahkan kredit dosa di dalam akaun masing - masing. Buat para lelaki, kerap menjadikan wanita sebagai ‘barang dagangan’ dan buat para wanita pula, menyalahkan lelaki atas sebab tersebut. Masing – masing ada akal tapi semuanya pakat berbalah. Siapalah yang nak dipersalahkan…???

Kemantapan ukhwah sangat erat berpadu dengan kehidupan bersosial yang saling membantu tanpa mengira kedudukan dan taraf. Kaum wanita pada zaman Nabi Muhammad dan kebangkitannya itu juga memberikan khidmat masyarakat dan khidmat untuk negara khususnya dalam hal ehwal kejururawatan. Membantu di saat diperlukan. Jururawat pada zaman dahulu dan kini. Rasa-rasanya ada beza atau tidak…??? Bukan sekadar jururawat sahaja, semuanya sama sahaja. Sekadar perumpamaan.


Mereka di saat itu ternyata amat menghayati pesanan Allah dalam firman yang bermaksud : “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah at-Taubah : Ayat 7)

Kita sebagai makhluk sosial yang hidup menumpang secara percuma di muka bumi Allah ini yang memiliki kewajipan bersama seharusnya sentiasa mengambil tahu akan keadaan nasib mukmin lain. Keadaan saling mengambil berat sesama umat akan memantapkan kekayaan persaudaraan dalam kalangan ummah.


Tapi ramai perempuan yang suka guna istilah Jangan Jaga Tepi Kain Orang, Jaga Tepi Kain Sendiri”. Macam mana tak jaga kain orang lain kalau nak pakai kain pun masih tak tahu lagi. Pakai kain pun tak kena gaya. Silap - silap kain sendiri yang dibuang dan dilondehkan oleh tangan sendiri. Kalau pakai kain baik-baik, molek-molek, tak ada siapa yang teringin nak jadikan kain buruk. Jangan nak salahkan orang lain sahaja kalau selalu pakai kain tapi tak pernah nak ukur. Yang tahu, pakai kain zaman kanak-kanak. Umur dah meningkat dewasa sampaikan kubur asyik ternanti-nanti tapi masih lagi pakai kain adik mahupun kain anak. Senang-senang kasi pakai kain kapan sajalah.


Kalau tak nak orang lain jaga tepi kain, lebih baik cari tempat yang tiada orang. Ataupun pergi  bertenggek di planet lain. Kalau di Marikh pun apa kurangnya. Tak pun, cari dunia lain yang boleh hidup seorang diri. Aman. Sudahnya, tiada siapa yang nak jaga tepi kain. Bukan setakat tepi kain saja, bahkan kalau boleh dalam kain pun orang nak jaga. Pakat - pakat tunjuk kalau dah rasa diri sendiri dah dapat jaminan ahli syurga.

Sekian... Wallahu a’lam…

0 comments:

Post a Comment