Kita sebenarnya lebih suka menyambut 1 Januari daripada 1 Muharam..
Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu berbanding azan..
Kita sebenarnya lebih tahu artis pujaan kita daripada Tuhan kita yang sebenarnya..
Kita lebih cintakan dunia daripada akhirat..
Tapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti menjawab kita sebenarnya lebih suka menuju ke syurga daripada neraka tapi suatu yang tidak pernah kita sedar..
”Layakkah kita dengan syurga Allah s.w.t…???”
Mesej ini ana terima daripada seseorang yang aktif dalam perjuangan. Bila mana terfikirkan mesej ini , mungkin benar juga kebenarannya. Tidak kiralah sama ada ia ‘copy paste’ atau seumpamanya. Hakikatnya memang inilah dunia nyata kita yang sebenar. Lebih cenderung dalam landasan di sebelah kiri berbanding menghampirkan diri ke landasan di sebelah kanan.
Mungkin ada yang menggunakan istilah ‘kubur masing-masing’ dan bagainya tapi yang nak menguruskan orang mati bukanlah si mayat itu sendiri. Jemaah di sekelilingnya juga. Kalaulah si mati yang menguruskan urusan jenazahnya sendiri dari mandi, kapan hingga ke pengebumiannya tak mengapa juga. Jadi, buat insan yang masih lagi berfikiran ‘kolot’ begitu…sudah-sudahlah dengan idea dan pemikiran cetek kalian. Pakat tukar ‘signal’ pula selepas ini.
0 comments:
Post a Comment