“Zulhijah. Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.”
“Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah.
Ibadat haji dilakukan di bulan ini dan hari raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. Hari Tasyriq iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa.”
· diantara ‘peringatan’ yang selalu diketengahkan
Bulan yang terakhir dalam kalendar Islam yang mempunyai kelebihan dan keagungannya tersendiri. Hanya yang memandang dengan kaca mata Islam dan positif sahaja mampu tersenyum bila mana menghayati erti Zulhijjah yang sebenarnya. Tapi sayang lagi sedihnya langsung tidak tahu sedikit sebanyak tentang di sebalik nama ‘Zulhijjah’. Apa yang tahu pun entahlah. Andai kiranya kini kita tidak mengerti apa itu Zulhijjah, jadikan hari esok kita sebagai hari ‘kemajuan’ di ‘buku’ biar ia tercatat lembaran baru kita yang bercorak keilmuan dan perjuangan di atas landasan kita. Memperbaharui niat dan matlamat di ‘saat’ akhir ini. (^_^)
0 comments:
Post a Comment