“Tahukah kita betapa tingginya keikhlasan Nabi Ismail a.s. yang tenang & sedia menyerahan nyawanya kepada Tuhan Nya. Tanpa marah atau menentang, tanpa ragu-ragu, Ismail bersedia mati demi Tuhan Nya. Dia putera kesayangan Nabi Ibrahim a.s. yang harus mati sebaik diperintahkan Allah. Ismail mengajar kita kasih kepada bapa, ikhlas kepada Allah S.W.T.”
Sejarah yang telah terukir di kala perintah Allah diturunkan kepada seorang bapa yakni Nabi Ibrahim a.s. terhadap penyembelihan dan pengorbanan yang bakal dijalankan ke atas anak yang tercinta yakni Nabi Ismail a.s. Bapa mana yang tidak ngilu bila mana diperintahkan sedemikian rupa. Tapi di saat ia amanat daripada Tuhan Sekalian Alam, dengan senang hati dan terbuka hati Nabi Ismail menerimanya. Satu pengorbanan yang menjadi sejarah yang sedia tertulis buat selamanya. Hingga ke hujung hayat dunia. Tidak mustahil ia menjadi satu sejarah yang terpapar di akhirat kelak. Pengorbanan seorang bapa dan kerelaan seorang anak. Keduanya hanya kerana Agama yang mana menjadi ‘amar’ dari Pencipta Yang Agung.
Sebagai natijah, bermula detik yang termaktub di dalamnya kemuliaan. Ia menjadi amalan dan sejarah agung bagi umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Pengorbanan di antara pengorbanan yang terpahat dalam sejarah agung dunia. Buat demikian kalinya. Ia menjadi salah satu syariat penting dalam Islam bermula detik itu hingga tika ini. Saat dunia di akhir zaman.
Perhatikan pula dengan umat manusia di kala zaman mencabar ini. Diumpamakan sebegitulah rupanya. Apakah pula pengorbanan kita di dunia Islam. Andai nama Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. tercatat di ‘buku’ Islamiah, bagaimana pula dengan nama kita. Apakah nama kita jua terukir seperti mana manusia agung ini. Apakah segala kerja buat dan amalan kita menjadi satu titipan buat manusia lainnya. Apakah mungkin setiap satu perihal yang kita lakukan menjadi satu ‘mahar’ buat agama kita dan menjadi ‘wasilah’ kita untuk mendapat redha Tuhan Rabbbul Jalil.
Tidak dinafikan nama kita tidak seagung para anbiya’. Memang benar nama kita tidak setanding dengan para sahabat r.a. Dan sudah diketahui nama kita tidak gah seperti mujahid dan mujahidah Islam. Para syuhada’ yang berkorban demi agama yang tercinta demi membela kemuliaan Dinul Huda. Tapi pernahkah kita terfikir untuk mencuba menjadi seumpama mereka. Mencuba untuk mencipta nama seperti mereka. Mustahil terbuku di lubuk hati tapi ianya tidak mustahil.
Adakah kita masih di takuk yang lama…???
Apakah sudah mencukupi pengorbanan kita selama ini…???
Biar hidup mati kita memberi manfaat kepada Islam walaupun ia hanya seberat zarah sekalipun.
0 comments:
Post a Comment