Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

23 Ramadhan

Walaupun suasana Ramadhan di ardhul kinanah tidak seperti di tanah air sendiri, namun terasa kemeriahannya tersendiri. Bagi mereka yang sudah melaluinya, mereka tahu bagaimana suasananya yang sebenar. Kalau yang tidak pernah merasaianya, nak pesan satu sahaja.. “jangan duk sembang”.

Lebih-lebih lagi di sepuluh malam yang terakhir Ramadhan ini. Semakin terasa meriahnya Ramadhan yang berbaki ini. Dengan suasana bingit anak-anak yang tidak tahu tidur malam. Berjaga semalaman bermain itu ini. Hendak ditegur, ibu bapa ada di depan mata. Bayangkanlah kalau waktu sebegitu sudah melepasi 12 tengah malam.

Kian tengah malam ataupun sepertiga malam, andai yang belum tidur mahupun yang terjaga di awal pagi akan terdengarlah kalimah suci ayatul quran bersahutan dari masjid ke masjid. Setiap malam kiranya qiamullail ditunaikan. Dengan bacaan ‘qari’ yang boleh membuatkan si ‘mamai’ meneruskan alunan ‘buaian’ mimpinya.



Itulah diantara yang dirasai di bulan Ramadhan. Malam tidak sunyi begitu sahaja. Unggas dan cengkerik turut sama ‘berlagu’. Ayam dan itik turut serta. Tidak mahu ketinggalan juga. Meraikan dan turut berdoa buat mereka yang ‘menghidupkan’ malam sepuluh terakhir Ramadhan.

0 comments:

Post a Comment