Ramadhan adalah bulan tarbiyah untuk mengukuhkan jiwa Tauhid,
mengekang tuntutan nafsu, menundukkan jiwa raga semata-mata kepada
Allah
s.w.t.…
Dan menolak segala runtuhan jiwa ke arah menderhaka kepada Allah Taala..
Madrasah Ramadhan yang kita lalui ini akan mentarbiyah dan mengajar kita,
bahawa mengamalkan apa yang diperintah Allah di dalam al Quran al
Karim,
sebagai sumber, ‘manhaj’ Rabbani itu merupakan kewajipan bagi setiap yang bergelar Muslim..
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bulan Ramadhan yang kita laluinya sekarang ini adalah satu bulan dalam
memantapkan jiwa seorang muslim yang mu’min. Jangan sekadar muslim pada namanya sahaja namun mu’minnya jauh
tersimpang. Kasihan sama sekali. Bukan sekali tapi berkali-kali kasihannya. Bulan
Ramadhan yang menjadi
pusat pentarbiyahan yang mengajar kita dalam menguatkan dan mengukuhkan hati
nurani kita dalam mempercayai ruh Tauhid. Iaitu Tuhan yang satu. Allah s.w.t..
Di samping dalam kepercayaan kita itu, Ramadhan juga mengajar
kita supaya mengawal segala hawa nafsu yang mazmumah. Agar dapat kita memelihara
kehormatan kita sebagai mu’min sejati yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Mengapa perlu
menderhaka sedangkan segala kurniaan yang diberi cukup bernilai. Menderhaka
tidak bermakna kufur atau murtad tapi tidak mensyukuri dengan segala nikmat
yang sedia ada.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam, jadikanlah al Quran itu sebagai
satu sumber rujukan dalam mengamalkan segala yang diperintah dan menolak apa
yang dilarang. Mengapa cuba memprotes sesuatu yang baik sedangkan yang baik itu
adalah wasilah untuk kita mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah.
Mudahan dengan sebulan kiranya madrasah Ramadhan yang kita lalui
ini ada sedetik rasa untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Biar sedikit
perubahan tapi tetap istiqamah. Andai tidak kasih pada jasad pinjaman ini, kasihanilah pada
rohani yang hangatkan belaian redha, keampunan dan rahmat Allah s.w.t..
0 comments:
Post a Comment