“Jika ingin
mencari motivasi, cukuplah Allah sebagai perangsang..
Jika ingin
mencari teman pendamping, cukuplah Al-Quran sebagai penghibur..
Andai diri
perlukan peringatan, cukuplah mati sebagai amaran..”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Motivasi kita pada bulan yang mulia ini tidak lain dan tidak
bukan ia dari ilmu yang disampaikan sama ada secara formal mahupun tidak
formal. Boleh jadi tazkirah ringkas yang disampaikan di waktu solat sunat terawih merupakan salah
satu motivasi penting buat kita sebagai umat yang mengakui akan kebenaran yang
termaktub di dalam al Quran, hadis dan sumber perundangan Islam yang lain.
Bukankan al Quran itu merupakan ‘teman’ dan nyawa kita
sendiri. Panduan kehidupan sepanjang zaman. Sejak azali lagi. Segala-galanya termaktub
di dalam kandungan al Quran. Biarlah keseronokan dan keasyikan kita dengan ayat suci al Quran. Mendengar kalam Allah dengan alunan dan
lantunan daripada mereka yang sedap didengar. Mengapa perlukan hiburan yang boleh
melekakan sedangkan ‘hiburan’ yang menjamin
kehidupan duniawi dan ukhrawi mudah sekali kita perolehi.
Sampai masanya kita semua akan menemui ajal. Hidup itu
ketentuan, mati itu pasti. Siapa sahaja dan apa saja yang bernyawa pastinya di
penghujung akan ketemu dengan mati. Bunga akan layu. Tumbuhan akan mati tatkala
kering. Tanah ketandusan. Haiwan mati meninggalkan tulang belulangnya. Adakah pengakhiran
kita juga sama seperti itu. Tidakkah kita mahukan kematian kita seperti orang
yang terdahulu. Mati tidak sia-sia. Meninggalkan nama untuk dikenang di dalam
hati sanubari. Biarpun sudah tiada jasadnya. Nama sudah gah di persada dunia. Dalam
doa.
0 comments:
Post a Comment