Semakin hari semakin berkurang jumlahnya. Berbaki yang tidak
seberapa di dalam bulan Ramadhan ini. Semakin
hari semakin hampirnya kita dengan Syawal. Pejam celik
pejam celik kita memasuki fasa ketiga iaitu ‘pembebasan daripada api neraka’. ( ‘itqun min
an nar )
Kita sebagai umat manusia diberi peluang dalam kehidupan untuk
membebaskan diri kita daripada mampirkan diri dengan jurang neraka. Bahangnya api
neraka itu tiada siapa tahu. Wallahualam. Pernah mengikuti satu ‘majlis’. Di dalamnya ana peroleh… “api neraka itu 70 kali ganda panasnya berbanding api di dunia ini.”( lava
gunung berapi )
Api yang sedia ada di dunia ini sekalipun kita tidak mampu bertahan,
apatah lagi api di neraka kelak. Walaupun diberi peluang, hanya beberapa sahaja
yang mengambil cakna. Dikatakan ‘nur’ belum
sampai. ‘Hidayah’ belum tiba.
Banyaklah kau ‘nur’ dan ‘hidayah’ belum sampai
belum tiba. Datang malaikat maut nanti
bertandang di hadapan engkau untuk mengambil nyawa, katakan ‘tunggu
sebentar’. Itu pun kalau ada peluang.
2 comments:
syukran atas perkongsian nie...
may allah bless u...
p/s: ayuh tambahkan kelajuan amal ibadah kita untuk 10 malam terakhir nie...
nicosakura, afwan ya ukht..may Allh bless u too..
bersaing dalam kebaikan n kebajikan..
insyaAllah.. ^_^
Post a Comment