Wahai Ramadhan yang mulia, ingin ku sambut dirimu dengan penuh pengharapan dan kemuliaan. Akan tetapi berapa ramai yang menyambut dan meraikan bulan Ramadhan dengan makna yang sebenar-benar Ramadhan. Apakah tabiat dan kelakuan kita bila datangnya Ramadhan. Sama saja seperti mana di bulan-bulan yang lain. Tiada perubahan. Sekurangnya biarlah ada sedikit anjakan pada diri kita di bulan Ramadhan, dan meneruskannya di bulan-bulan selepas Ramadhan. Jangan akhlak bak malaikat di bulan Ramadhan tetapi sesudah Ramadhan, syaitan dan iblis pun tak nak menghampiri kita. Mengapa ana katakan begitu...??? Takut-takut syaitan tak berani nak menghampiri kita dan risau-risau syaitan berfikir "siapa sebenarnya yang jadi syaitan ni, aku yang syaitan ataupun manusia ni syaitannya..lagi teruk bebenor perangainya dari aku.."
Sekadar renungan buat kita seketika sebelum hilangnya sinar Ramadhan....
Meraikan bulan keberkatan dengan seribu satu makna dan pengharapan dalam hayat...
Sama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramadhan yang dimuliakan seisi alam...
0 comments:
Post a Comment