Solat terawih yang merupakan satu sunat yang benar-benar dituntut dalam Islam di bulan ramadhan..
Terawih hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja..
Jangan nak memandai-mandai nak solat terawih selain dari Ramadhan..
Rajin tak bertempat..
Selain itu, amalan bacaan al Quran yang sememangnya menjadi halwa telinga dan manisan di kalam..
Sama-sama kita memperbanyakkan bacaan kalimah suci ini..
Perkara yang sukar dan begitu berat sekali adalah berjaga malam berqiamullail..
Qiamullail untuk melakukan ibadah di kala yang lainnya enak dibuai 'syurga mainan'..
Mencari 'sakinah' di malam sunyi dalam memperhambakan diri pada Yang Esa..
Yang hairannya kalau berjaga malam untuk ‘berchatting’ dan seumpamanya boleh, tapi untuk ibadah..
Erm……..
Ayuh kita semarakkan perjuangan kita dalam mengimarahkan masjid di bulan mulia ini..
Lebih manis andai dipanjangkan selepas Ramadhan..
Selain daripada itu, kita digalakkan menuntut ilmu sedikit sebanyak dalam mencari redha Allah..
Ilmu Allah itu luas, kita dapatkan seboleh mungkin untuk bekalan kita dunia akhirat..
"Jadilah Orang Yang Berilmu
Ataupun Orang Yang Menuntut Ilmu
Ataupun Orang Yang Mendengar Akan Ilmu
Atau Orang Yang Mencintai Ilmu.
Janganlah Menjadi Orang Yang Kelima Maka Celakalah Kamu.."
Amalan yang mudah untuk dilaksanakan tetapi cukup berat untuk lakukan..
Sahur..
Puasa yang membezakan antara puasa orang Islam dan bukan Islam adalah pada sahurnya..
Jadi, pakat-pakatlah bangun sahur..
Bersahurlah walaupun seteguk air dan sebiji tamar..
0 comments:
Post a Comment