Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Tuzakkir

Aktiviti kita di bulan Ramadhan adalah ‘merabung’ tak tentu fasal diantaranya. Selalunya kaum Hawa yang dikatakan. Kaum Adam pun apa kurangnya. Sama sahaja. Bila dah masing-masing jumpa ‘satu kepala’, mahu tak kecoh dibuatnya. ‘Bazar Ramadhan’ ada, ‘pasar malam’ ada, ‘market’ ada, ‘pasar raya’ pun tidak kurang lekehnya. Itulah penangan di bulan Ramadhan sementara nak tunggu waktu berbuka.

Sekurangnya ada jua suasana ukhwah yang terjalin antara manusia. Ukhwah silaturahmi dikatakan. Lebih kurang bergitulah. Silaturrahmi ataupun Silaturrahim. Seiring dengan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan mulia ini. Mudah gamaknya.

Tapi sayangnya bila ditegur “drpd hampa duk merabung xtentu pasai, bek duk diam2.."kalaulah Ramadhan tahun ni Ramadhan yang terakhir"... dibalas pula dengan ‘kata azimat’ yang cukup sedap dibaca, “ttbe je rse cm suasana d cnie mjdi bhang yg bgitu pnas , , ,mgkin kerana ada jantina len d cnie jom2.” Tak kurang dengan itu dihujah pula dengan alunan yang sungguh enak “dah2 dok meapu pa sgt,,,sgt ada c 'banin' mai tgur bru thwan...huhuhu” ( meapu = merapu/meqapu ).

Tapi biasalah kalau setakat dapat ‘bahang’ macam itu. Kata setengah orang, “biasalah kanak-kanak nak membesar”. Ada orang yang boleh menerima dan ada orang sebaliknya. Peringatan buat diri sendiri jua. Atas dasar sanubari masing-masing juga untuk menerima. Apa yang ana harapkan adalah yang terbaik buat semuanya sekali. Sesama umat Islam di bawah satu panji yang dibawa oleh Penghulu Agung Muhammad s.a.w.


Buat saudara seagamaku dan ana khususkan buat ‘adik-adik’ku di luar sana, apa yang ana nak kabarkan di sini adalah adab kita sebagai penuntut agama. Seperti mana yang ana kabarkan pada seorang ‘adik’, hebat kalau bab mengaji tentang agama tapi kurang adabnya walaupun dibimbing dari madrasah agama. Sayang seribu kali sayang.

Maaf andai ada yang terasa tapi sekurang baguslah kalau ada yang terasa. Sebabnya masih ada lagi sifat ‘mahmudah’ dalam hati. Tapi kalau dah ‘hati kering’, apakan dayaku sebagai hambaNya yang lemah ini. Hanya ini yang mampu ku lakukan sekadar amanatku sebagai ‘khalifah’. Kau perkuatkanlah jiwaku dalam landasan ini Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment