Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Medan Kita


Di mana medan kita tika Ramadhan ini. Adakah medan selera untuk mencari makanan sebagai bekalan berbuka puasa ataupun masjid surau yang dijadikan lapangan dalam beribadah saat berbuka puasa. Rata-rata ada mengadakan majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan ini. Apa kata andai berkesempatan kita imarahkan pula di saat itu bersama-sama para jemaah yang ada.

Tapi sekarang ini, andai difikirkan kembali seperti apa yang teman ana katakan “tentang dgn siapa anda brbuka posa, di manakah anda berbuka posa..”Betul juga.

Segelintir daripada kita nak lakukan ibadah iaitu berbuka puasa secara berjemaah. Dengan kekasih lebih kurangnya. Baguslah kalau berjemaah tapi tidak kena pada gayanya. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim. Orang sekarang tidak ambil peduli tentang hal yang dianggap remeh ini. Remeh bagi orang yang ‘kurang berakal’. Langsung tidak endah dengan pandangan orang. Orang lain pun bercintancintun juga. Tapi bila mana di ambang Ramadhan ini, tak kan tidak tahu nak insaf dan sedar diri. Bilalah hendak taubatnya. Nak tunggu malaikat maut datang, memang datang tak berjemput. Kalau tak jemput pun tak mengapa. Sebab memang akan datang jua pada kita suatu masa nanti. Insya-Allah.

Buat para insan bergelar Muslimin di luar sana dan jua peringatan untuk tuan empunya diri. Sama-sama kita elakkan diri kita daripada menjenguk ke kancah sebegini lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan al Mubarak ini. Sekurang-kurangnya timbul sedikit rasa hormat kita pada bulan Islam yakni Ramadhan. Yang lepas dijadikan sempadan untuk kita meneruskan kehidupan yang tidak tahu akan penghujungnya.

0 comments:

Post a Comment