Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Berbezanya Kita

Terasa dengan pengakuan dan kata hati seseorang yang ana jumpa di sudut dunia tanpa sempadan ini. Luahan seseorang tentang Ramadhan yang kita lalui ini. Bukan nak ‘cilok’ ayat sesiapa untuk dijadikan modal atau bahan dalam artikel ini tapi ia untuk renungan bersama. Dan ana juga sudah mendapat izin dari tuan empunya status ini. Andai ada yang tidak berkenan dipersilakan.  Yang baik sama-kita manfaatkan dan yang kurang sama-sama kita perbetulkan.

“kdg2,ada org fikir,bulan ramadhan ni la baru nak buat baik,baru nak baca Quran,baru nak solat sunat banyak2.sbb bulan ni bulan mulia,buat amal dapat banyak pahala.lepas bulan ramadhan,.habis semua amalan2 td kita simpan untuk ramadhan akan datang pulak.mana boleh mcm tu.kita mana tau,ntah2 ni ramadhan terakhir kita di dunia.<moga2 segala amal kebajikan kita di bulan ramadhan ini berterusan hingga ke akhir hayat kita.gunakan kesempatan tarbiyah ramadhan ini dalam membentuk jiwa seorang murabbi>”


Ada benarnya juga luahan ini. Andai semua orang tahu inilah Ramadhan terakhir buat diri kita, sudah pasti segala amal mahu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Merebut setiap inci yang ada di dalam Ramadhan pada kali ini. Akan tetapi kita sendiri tidak tahu akan takdir kita Ramadhan yang akan datang. Apakah sempat atau tidak untuk kita menginjak masuk ke dalam madrasah Ramadhan yang seterusnya. Sama-sama kita beristiqamah dalam menuju syahidNya.

0 comments:

Post a Comment