~...situasi hari kedua malam puasa Ramadhan::..kedengaran bunyi mercun berdentum-dentum di sana sini...alangkah moleknya jika wang itu disalurkan untuk sedekah jariyah...~
Salah satu amalan dan menjadi adat kita sebagai hidup bermasyarakat adalah muamalat. Pergaulan yang biar kena pada gayanya. Jangan tersilap langkah takut makan diri sahaja. Tabiat manusia di kala Ramadhan sepertimana yang digambarkan dalam cetusan idea di atas. Siapa punya cetusan pun entahlah tapi sekurangnya ianya ada pengajaran untuk kita renungi bersama. Wang yang diperolehi digunakan untuk membakar tanpa ada wasilah yang membawa kebaikan untuk sejagat. Membeli mercun dan membakar. Seolah-olah membakar wang sendiri. Tidak salah andai mahu berseronok dan bersuka ria tetapi biarlah berpada-pada. Risau tubuh badan menjadi taruhan si mercun yang tidak kenal siapa tuannya. Belum pernah rasa erti sakit memang boleh komen sana sini. Itu betul ini salah. Bila dah kena pada batang hidung sendiri baru nak sedar diri. Itu pun kalau masih sedar diri kalau tidak, asyik leka dengan dunia fantasi yang tak ke mana-mana. Apa kata wang yang kita gunakan untuk membeli mercun dan kroni-kroninya itu kita salurkan sedikit ke dalam ‘saham’ kita di padang mahsyar kelak. Biar RM1 sehari. Biar kecil nilai di sisi manusia tapi masya-Allah mudahan besar nilainya di sisi Allah. Tapi yang hairannya tangan kita berat untuk mengeluarkan sesuatu yang bernilai di jalan Allah. Sukar untuk menyalurkan sedikit sumbangan pada yang berhak. Akan lebih hairannya nilai RM50 mampu dihabiskan di pasar malam dan bazar Ramadhan semestinya tanpa ada rasa kesal sedikit pun. Boleh sahaja ingin berbelanja akan kita ingat bersama bahawa setiap apa yang ada pada kita adalah bukan hak kita yang sepenuhnya. Bohong namanya andai katakan bahawa harta dan wang ringgit adalah milik diri sendiri. Milik diri sendiri sekadar yang diperlukan sahaja. Sebab itulah zakat mengajar kita untuk membantu orang yang berhak untuk menerima. Zakat sebagai penyuci hati dan diri dari dosa kekotoran yang kita lakukan sama ada kita sedar mahupun tidak. Ingat, apa jua sekalipun kita berbelanja, masih ada lagi yang berhak milikinya. Amalan jariah dan sedekah sebagai modal kita untuk perolehi kejayaan 'dunia' yang tiada kepenghujungnya.
Allah menjanjikan pengampunan dosa dan syurga pada bulan Ramadhan..seronok kan..??
Do something different this Ramadhan..!!! ♥
0 comments:
Post a Comment