Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Nikmat dan Anugerah

Kepelbagaian nikmat yang Allah Taala kurniakan di dunia ini adalah nikmat Iman dan Islam. Itulah sebesar-besar nikmat yang diperolehi hambanya yang mencari redha dan maghfirah Allah Taala. Nikmat yang tiada tolok gantinya sepanjang zaman hingga ke akhir kiamat.

Di antara nikmat lain yang Allah s.w.t. kurniakan khusus hanya kepada umat Muhammad s.a.w. adalah Ramadhan. Satu bulan yang mana lebih baik daripada seribu bulan. Andai dihitung semula lebih kurang selama 83 tahun 4 bulan. Adakah kita mampu mengjangkau hingga ke usia itu. Ganjarannya hanya di sisi Allah kerana segala amal perbuatan kita dihitung oleh Allah s.w.t.. Hanya di dalam bulan mulia ini. Tidak kira kecil atau besar. Yang baiknya secara berterusan. Mudahan sama-sama kita mencari redha Allah selagi hayat di kandung badan.

Para sahabat dahulu mengadu kerana cemburu dengan umat-umat sebelum umat Nabi Muhammmad s.a.w. kerana mereka diberikan usia yang cukup panjang untuk beribadah kepada Allah s.w.t. akan tetapi usia umat Muhammad s.a.w. hanyalah 60-an hingga 70-an sahaja. Oleh sebab itu Ramadhan sebagai ganjaran dan peluang yang cukup agung yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam pada ketika itu hinggalah ke saatnya.

Para sahabat dan Muslimin bersorak gembira keseronokan bila mana mahu menyambut kedatangan Ramadhan. Mahu mengabdikan diri pada Yang Esa. Bagaimana pula dengan umat manusia pada zaman serba maju ini. Apakah kita juga tergolong seperti para sahabat pada zaman dahulu ataupun kita tergolong dalam kelompok manusia yang risau dengan hadirnya Ramadhan. Sama-sama kita memohon keampunan pada Tuhan Sekalian Alam, Allah.

(^_^) (^_^)

0 comments:

Post a Comment