Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Jenayah

Jenayah di bulan Ramadhan yang semakin berleluasa tidak kira waktunya. Sebelum ini khabarnya jenayah dan maksiat di waktu solat Jumaat dan kini berlaku di bulan Ramadhan.

Di awal Ramadhan seorang isteri yang dipecahkan cermin keretanya. Dan kemudiannya seorang sahabat yang solat di masjid kehilangan segala barang di dalam beg yang tersimpan di ‘kotak simpanan’ di motosikal. Dan yang terbaru pula, ada rumah dipecah masuk. Belum dikira lagi seorang gadis yang diperkosa tika hampir dengan waktu berbuka. Di rumah sendiri pula. Alahai. Apalah ertinya Ramadhan buat manusia ‘tak berakal’ macam ini. Tiada langsung sifat kemanusiaan walaupun di saat ini.

Ya Allah, padaMu ku pohon, jauhkanlah aku daripada musibah yang tak tertanggung oleh hamba-Mu ini.

Hati bila mana berhitamkan tompokan nafsu beginilah jadinya. Bila masa manusia nak berubah pun entahlah. Belum lagi dikira maksiat yang bermaharajalela. “Suka sama suka.” Sekadar tahu daripada media-media massa sahaja. Apatah lagi dengan ‘tayangan’ yang kita sendiri tidak lihat dan tidak ketahui. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan segala hal yang berlaku.



0 comments:

Post a Comment