Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Kelebihan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kelebihan yang tidak kita jangkakan sendiri dengan kepala kita. Apakah kelebihannya itu..??? Yang pastinya banyak rahsia yang tersimpan di dalamnya. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang istimewanya iaitu Rejab dan Sya'ban. Masing-masing dengan kelebihannya yang tersendiri. Cuma yang bezanya adalah diri kita sahaja yang ingin mengambil peluang ataupun mengabaikan nikmat ketiga-tiga bulan ini. Suasana Ramadhan membuatkan ramai saja yang ingin menjadikan ianya satu pati sebagai penyubur dalam kehidupan seharian dan pelaksanaan yang semakin hari semakin singkat waktunya. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat dalam mencari redha Allah sepanjang Ramadhan, di sini dibawa dalil yang semuanya sedia maklum yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairahmenyatakan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud : “Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”
- Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairahdaripada Rasulullah s.a.w.telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikanRamadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni baginya segala dosanya yang telah lalu.”
- Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibnmajah, IbnHabban dan Baihaqi. -

Bila mana rezeki dah ada di depan mata, adakah kita ingin mengabaikan dan mensia-siakannya.

0 comments:

Post a Comment