Amalan yang mampu menampung serba sedikit amal kita di bulan Ramadhan yakni amal jariah. Bukan sahaja untuk diri kita bahkan jua mampu ‘dihulur’ buat insan yang sudah pergi menuju kepada Pencipta Yang Agung.
Bantuan dan sedekah yang kecil nilai dunia tidak dipandang oleh Allah Taala akan tetapi niat kita dalam melakukan sesuatu amalan yang mampu memberi peluang kita dalam sederap melangkah ke syurga Allah. Mudahan dengan amalan yang kecil mampu mendapat rahmat pengampunan dari Yang Esa.
“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka……”
( at taubah : 9/103 )
· Zakat membersihkan mereka daripada kekikiran dari yang berlebihan terhadap harta.
· Zakat menyuburkan sifat-sifat kebaikan dalam hati mereka dan memperkembangkan harta mereka.
Di antara jariah yang mampu kita lakukan adalah zakat yang merupakan penyuci jiwa sanubari dalam menjalankan amanah kita sebagai muslim. Andai diselidiki, banyak dalil dan penghuraiannya tentang zakat dan seumpamanya. Cumanya tidak ramai yang ambil peduli. Sekadar tahu jumlah yang perlu dibayar sahaja. Sama macam zakat yang perlu dibayar di bulan Ramadhan ini. Sekurang kalau dipelajari peroleh juga ilmu baru dalam hidup kita ini. Tapi, sedikit sangat makhluk yang nak sangat mencari ilmu Allah Taala.
Sayangnya andai harta yang melimpah ruah dihabiskan di jalan yang tidak sepatutnya. Apa salahnya andai dihulur sedikit sebanyak dalam membantu asnaf yang layak menerimanya. Tidak rugi sedikit pun andai harta kita disumbang dalam memberi bantuan sekiranya mampu. Lagi pula, harta yang ada pada diri kita bukanlah milik kita sepenuhnya. Ia sekadar pinjaman yang tidak ke mana.
Menolong menuju ke arah kebaikan dan ketaqwaan. Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment