Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Terakhir

 Andai malam ini adalah malam terakhir di bulan yang mulia ini yakni Ramadhan, apakah kita rasa gembira mahupun duka. Semestinya ada yang bersuka ria dan berduka lara mahupun terasa akan keduanya sekali.

Gembira kerana madrasah Ramadhan ini dapat kita laksanakan sebaik mungkin ( mudahan ). Dapat juga kita penuhkan jua kehidupan kita di bulan mulia ini. Dapat jua kita melaksanakan tuntuan yang menjadi kewajipan sebagai umat Islam yakni berpuasa. Hanya yang berpuasa sahaja. Kalau ada yang tak berpuasa tanpa sebab yang munasabah, sendiri mahu ingat. Dah dapat jaminan ahli syurga gamaknya. Tapi kalau yang dah ada aral apakan daya. Khusus buat kaum hawa sahaja.

Sedih, pilu dan berduka andai inilah Ramadhan yang terakhir buat kita. Sayangnya kita sendiri tidak tahu apakah masih ada lagi Ramadhan yang mampu kita singkap kembali di masa mendatang. Sedih jua andai kita biarkan Ramadhan berlalu pergi tanpa meninggal secebis kesan, sedikit sebanyak tarbiah selama sebulan ini. Dan lebih sedih lagi andainya hidup kita semakin teruk dan gundah selepas kita keluar dari madrasah ini.

Sama-sama kita memperbaiki semula amalan kita.

Sama-sama kita
‘menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak’
dek dunia ini.

Mohon bersama dalam memartabatkan dinul Huda di persadanya.




0 comments:

Post a Comment