Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Terasa Curiga


Aneh, hairan lagi menakjubkan dengan perangai manusia yang langsung tidak berubah sikapnya walaupun sudah memasuki madrasah Ramadhan ini. Syaitan dan iblis jua sekutunya sudah pun dibelenggu tapi perangai dan sikap sebahagian manusia masih lagi seumpama mereka. Ini kerana nafsu bermaharajalela di dalan sanubari insan. Diri dibiarkan dikawal oleh nafsu yang tidak kenal sesiapa. Tidak kiralah nafsu yang macam mana sekalipun hakikatnya masih banyak lagi sikap buruk dan keji manusia yang bersifat kebinatangan walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini. Fenomena yang buruk berlaku di bulan Ramadhan bukan berpunca dari syaitan atau iblis tapi dari nafsu kita sendiri. Kita menjadi hamba kepada nafsu. Turutkan hawa nafsu yang mahu membinasakan diri kita. Mahu menghancurkan kita tidak kira masa. Bilamana diri bertunjangkan nafsu, segala bentuk amal baik sudah tidak dipedulikan lagi. Tidak hairanlah andai sebelum ini masih ada lagi tangkapan khalwat dan kes-kes penzinaan berlaku di bulan Ramadhan. Bulan yang tiada erti bagi manusia yang bersifat kebinatangan ini. Binatang mampu bersifat keperikemanusiaan dan begitu juga manusia yang bersifat kebinatangan. Cuma bezanya, binatang tidak berakal dan manusia yang berakal tidak tahu hendak menggunakan akalnya. Diletak mana pun entahlah akalnya itu. Mungkin sudah ditukar dengan ‘kawan-kawan’ di padang rumput mahupun di jalanan. Jangan jadikan usia yang ada ini dipersiakan tanpa ada maruah sekalipun.
‘buat apa nak hipokrit kalau bulan puasa begini’

Bukan dikira hipokrit atau tidak, tapi kalian kena ingat dunia yang kalian pijak ini, rezeki yang kalian sumbatkan dalam perut kalian dan nafas yang kalian sedut sekian lama bukanlah hak kalian. Kalau kalian masih mahu melakukan kemaksiatan dan tidak mahu bicara tentang taubat, pergilah kalian ke dunia buatan sendiri. Makanlah makanan yang bukan dari Allah Taala. Nafaslah dengan udara yang kalian ciptakan sendiri dah buatlah kemaksiatan yang tidak dapat Allah melihatnya. Andai mampu, terserahlah pada kalian. Nyawa kita milik Dia. Dia mampu mengambil pada bila-bila masa sahaja yang Dia mahukan.


Mudahan ada kesedaran dalam diriku yang serba dhaif ini.
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku di medan dakwahMu ini.

0 comments:

Post a Comment