Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Lagu & Iklan

“dekat tv siap ada lagu raya lagi, mengarot betol”
( NHBJ )


Pengakuan dari seorang teman. Wahai temanku, bukan setakat bulan puasa saja ada iklan raya. Sebelum Ramadhan pun dah ada iklan raya. Bulan puasa belum tiba dah iklan sana sini tentang raya. Bila dah masuk bulan Ramadhan, berapa banyak iklan yang memaparkan tentang istimewanya bulan Ramadhan berbanding iklan raya. Kalau ada sekalipun hanya seperti pengajian agama. Berapa ramai yang menunggu untuk muhasabah dan menuntut ilmu dengan cara sebegitu. Tok Gurumasuk dalam rumah sendiri nak sampaikan ilmu tapi kita dengan berlagaknya tak nak terima ilmu. Siap boleh tukar channel pula. Jangan kata tak ada yang bersikap demikian. Memang wujud. Tapi kalau tak ada baguslah. Nak harapkan kaki melangkah ke masjid surau dan tempat pengajian untuk tuntut ilmu agama di bulan mulia ini, memang berat. Macam ada ketulan batu di kaki. Tak boleh nak melangkah ke masjid dan majlis ilmu. Tapi bila mana tentang hiburan dan laqa, macam bazar Ramadhan, sanggup melangkah pergi. Itulah hebatnya penangan bazar Ramadhan berbanding majlis ilmu. Ada sesiapa yang terasa. Memang nak tujukan kepada orang yang sepatutnya. Sama-sama kita ambil pengiktibaran lebih-lebih lagi tuan punya badan.

0 comments:

Post a Comment