Tabiat yang bukan sahaja berlaku di bulan Ramadhan bahkan di bulan lain yang sudah sebati dalam jiwa rohani kita sehinggakan terbawa ke dalam bulan Mulia ini.
Mudah memperkatakan sesuatu yang tiada faedahnya daripada melafazkan zikrullah. Lalai daripada mengingati Sang Agung.
Bila dah bosan dah tidak tahu nak buat apa, ‘handphone’ pula yang menjadi pendampingnya. Ataupun novel-novel yang menjadi temannya. Tidak salah asalkan jangan lupa akan pendamping dan teman yang utama, sehati sejiwa dalam menyucikan hati. Tautan zikir sebagai pengganti ‘handphone’ dan alunan al-Quran sebagai pengganti novel.
Peringatan buat diriku yang sering lalai dan alpa dalam mendidik dan mengasuh rohani dalamanku.
Ya Allah, andainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buatku, jadikanlah ianya adalah yang terbaik sekali sepanjang hayatku di atas muka bumi-Mu ini. Di dunia pinjaman yang telah Kau berikan. Sebagai galang gantinya, hidupku matiku adalah untuk-Mu Ya Rabb.
~anak rantau~ |
0 comments:
Post a Comment