Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Nuzul al Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Andai ditanya pada ‘makhluk-makhluk’ di luar sana, entah berapa ramai yang ingat akan tarikh bersejarah ini. Tapi kalau tanya tentang lain, fuhh.. laju saja nak menjawabnya. Al Quran yang menjadi sumber utama lebih kurang sejak 1400 tahun yang lalu. Mempunyai segala bicara yang terkandung di dalam. Hanya kita saja yang perlu mengkaji dan menilainya. Bukan itu sahaja bahkan mempelajari dan semestinya mengakui akan mukjizat al Quran yang masih kekal hingga ke akhir zaman.

Ia sebagai sumber dalam kehidupan seharian. Tidak kira dari aspek apa-apa sekalipun. Tapi kalau dah malas, usah kata apa. Kata orang utara macam tuan punya blog ini, “baloq liat”. Ibadat, munakahat, jinayat, muamalat dan pelbagai lagi hukum hakam yang termaktub di dalamnya. Rahsia agung yang wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Sama ada yang sudah terungkap mahupun yang masih lagi menjadi misteri. Wallahu’alam.

Sama-sama kita mempelajari dan cuba mengamalkannya dalam hayat bersama.
"Kalau tidak boleh semua , jangan tinggal semua."
Biar sedikit asal berterusan.
Kecil atau besar amalan yang kita lakukan di atas muka bumi ini atas tetap dihitung di pengakhiran kelak tanpa terlepas sedikit pun. Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment