Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~Tabiat di Bulan Ramadhan~ part 1

Sebelum ini, ana kongsikan tentang amalan di bulan Ramadhan dan kali ini ana nak bicarakan pula tentang tabiat 'orang kita' di bulan Ramadhan. Tika mana ana di tempat kelahiran sebelum ini, selalu ana mendengar istilah 'bulan pesta pembaziran' diantaranya. Bila mana ada dalam bulan Ramadhan, seolah-olah tiada wujudnya nilai Ramadhan. Manakan tidak, di bulan lainnya manusia makan di siang hari tapi di bulan Ramadhan pun ada juga berkeadaan sebegini. Kalau perempuan rasanya tiadalah curiga sangat bagi ana tapi biarlah berpatutan, yang menjadi masalahnya lelaki. Ada juga yang makan di siang hari, mungkin golongan lelaki sebegini dapat ‘cuti’ juga. Kemungkinan. Ana diskusi hal ini bersama kawan ana, dan ana fikirkan perlu bertanya kepada golongan lelaki yang mendapat ‘cuti’. Untunglah kaum Adam yang dapat ‘cuti’. Anehnya hanya dapat ‘cuti’ di bulan Ramadhan bukan di bulan-bulan yang lain. Tentang suatu perkara yang baru ana ketahui, golongan perempuan yang ‘cuti’ tidaklah lapar sangat pun tetapi golongan lelaki yang dapat ‘cuti’, terlebih lapar pula. Lapar di siang Ramadhan. Itulah bezanya ‘cuti’ antara lelaki dan perempuan. ‘Hebat’ juga lelaki ini rupanya. Apa yang ana bicarakan ini bukanlah nak menuding kepada sesiapa, tetapi ana merasai sendiri pengalaman bersama-sama dengan golongan Adam yang mendapat ‘cuti’. Yang pastinya bukan ana. Sendiri mahu faham.


0 comments:

Post a Comment