Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Ghairah Beraya


Raya tetap raya. Ibadah Ramadhan jangan dilupa pula. Biasalah kan kalau dah dekat-dekat dengan raya macam ini. Kelam kabut nak buat itu ini. Nak pasang pelita, langsir, kuih raya dan macam-macam ada. Kita sambut dengan tanda kesyukuran sebagai hamba Dia. Janganlah sampai lupa pula kita masih lagi dalam bulan mulia. Andai panjang umur, insya-Allah kita akan raikan di pagi raya bersama-sama insan tersayang. Dan jua buat para ‘mujahid-mujahidah’ yang berjuang di arena masing-masing. Yang berjuang jauh nun dari keluarga, usah berduka. Raya diraikan sebagai tanda kegembiraan setelah mana sebulan berpuasa. Jadi, sambutlah dengan hati yang girang. Luaran senantiasa girang tapi dalamannya, sendiri tahu. Teman-teman pengganti keluarga. Andai nak kan jua bersama keluarga, cepat-cepatlah pakat ‘bina masjid’.

Apa pun, semarakkan lagi perjuangan kita di bulan Ramadhan. Dengan saki baki masa dan peluang yang masih ada ini, kita manfaatkan bersama. Semalam, ada seorang lagi ‘teman tapi mesra’ ana bersedih, ana ingatkan kenapanya. Rupa-rupanya sedih kerana sudah di penghujung masanya yakni Ramadhan dan risau andai ini adalah Ramadhan terakhir buatnya.


Wahai insan Jauharah Mumtaz’, bukan sahaja dikau yang risau dengan keadaan begitu, ana juga risau andai ini adalah Ramadhan terakhir buat ana. Bukan sahaja kita bahkan yang lain juga begitu. Mudahan. Bagaimana sekalipun pengharapan kita, letaklah harapan sepenuhnya pada Yang Esa. Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.

Biarlah hidup dan mati kita bersama dalam keadaan yang diredhai olehNya. Apa gunanya andai hidup terlalu lama tapi langsung tidak ingat mati. Lebih malang lagi andai lupa Tuhan di hayatnya. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik diantara yang terbaik buat kita. Bukan diri sahaja, begitu jua dengan insan tersayang, keluarga semestinya, teman rakan taulan dan juga buat guru-guru dan umat Islam seisinya. Tidak dilupakan juga insan agung Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda jua para sahabat seluruhnya yang memperjuangkan Islam di mata dunia sejak berzaman lagi.


Mudahan dipermudahkan urusan buat mereka dan jua kita bersama. Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment