Makhuk yang masih berkeliaran di dunia ini walaupun tibanya Ramadhan adalah nafsu. Makhluk yang perlu dikekang sepanjang bulan Ramadhan untuk mendapatkan berkat Allah s.w.t.. Semakin jauh kita cuba mengelakkan diri darinya semakin kuat jualah cubaan yang dibawa oleh nafsu. Nafsu yang menjadi raja dalam hati akan membawa diri kita ke arah kemudharatan yang tidak sama sekali kita jangkakan akan natijahnya.
Nafsu ini terlalu luas topiknya untuk dibicarakan tapi apa yang ingin ana ketengahkan serba ringkas kali ini adalah nafsu ketika mana menghadap makanan ketika ingin berbuka. Sempena Ramadhan katakan. Yang tak puasa pun, pura-pura sajalah konon-kononnya berpuasa. Takut dan mungkin risau dikata orang. Baguslah tumpang sekaki dengan orang yang menjalankan ibadah. Ana tujukan buat kaum Adam. Kalau kaum Hawa rasanya tiada masalah kerana mereka diberikan kelonggaran dan keistimewaan. Tapi kalau ikut jejak kaum Adam, maknanya sama sajalah.
Apa jua rezeki yang kita perolehi ketika berbuka, ucapkanlah ‘Alhamdulillah’. Kalimah yang cukup mudah untuk disebut hatta orang bukan Islam jua mampu menyebutnya. Tetapi apa yang ana hairannya, ada segelintir daripada Muslim yang merungut walaupun sudah diberi makan. Sudahlah diberi makan, tapi masih lagi nak komen itu ini. Mungkin sudah biasa dengan kemewahan maka itulah jawapannya. Mana nak tahu apa yang tersirat di dalam hati manusia sebegitu. Sedih bila terbayangkan nasib saudara kita yang entah ke mana sifat syukurnya itu. Terlalu sedikit hamba-hambaNya yang bersyukur.
Wahai Muslimin sekalian, ketika mana kita memperoleh rezeki, ketika mana kita sedang menghadap makanan, ketika mana kita ingin menyuap ke dalam mulut kita, ingatlah sama bahawa ramai lagi manusia di luar sana yang entah tidak entah ya mempunyai makanan untuk dijamah. Manakan tidak manakan ya mempunyai secubit makanan untuk berbuka. Masya-Allah. Rezeki yang melimpah ruah di depan kita langsung tidak kita syukuri bagaimana pula dengan nasib dengan mereka yang terpaksa mengikat perut sepanjang Ramadhan ini. Apakah kita merasa rugi untuk mengungkap kata syukur pada Tuhan yang telah mengurnikan nikmat yang telah kita peroleh.
0 comments:
Post a Comment