Tabiat kita di bulan Ramadhan seperti apa yang ana datangkan dalam gambar-gambar di bawah ini.
Ada sesiapa yang terasa dengan hal ini..??
Kalau ada yang terasa memang ana nak tujukan untuk orang tersebut…
Kalau tiada baguslah…
Kadang-kadang belum sempat nak masuk bulan Ramadhan, dah kelam kabut macam ribut sebab asyik fikir “tahun ni nak pakai baju raya apa…??” “tudung apa..??” ambil tudung saji ataupun topi keledar.
Asyik fikir pasal raya saja, langsung tiada terbayang untuk fikir tentang Ramadhan.
Sampaikan tak tahu nak pakai baju raya apa. Senang-senang carikan kain putih dua atau tiga meter. Mahu atau tidak mahu memang nak kena pakai juga kan. Jadi, carilah awal-awal.
Itu mengenai baju raya, belum lagi tentang kain langsir baru, sarung kusyen baru, cat dinding baru. Semuanya nak baru, tapi amalan tak pula nak perbaharui. Dunia oh Dunia…!!!
~cetusan idea Noor Hadzlini~
0 comments:
Post a Comment