Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Hari Pertama


Awal Ramadhan…
Hari pertama berpuasa segala macam ucapan ada. Puasa penuh lah, terawih dan semestinya pasal makanan. Nak pergi bazar dan sebagainya. Ada juga yang tak sabar-sabar nak raya.

Aduh…
Apa tujuan kita berpuasa…???
Tak kan lah bila masuk saja bulan Ramadhan asyik fikir tentang bazar dan makanan.
Macam tak ada perkara lain yang nak difikirkan.
Kalaulah anak-anak kecil di sekolah rendah yang berfikir sedemikian tak mengapa juga tapi yang malangnya, ‘ibu-ibu’ ‘bapa-bapa’ yang asyik sebut pasal makanan.
Cuba fikirkan sedekat mana kita dengan Allah.
Sudah lama mana kita berjauhan dengan Sang Pencipta.
Andai sebelum Ramadhan kita hanya sekadar memandang al Quran tanpa menyentuhnya, maka mulalah menyentuhnya.
Tak kan hendak menunggu bacaan al Quran sekadar ‘menyapa’ kita di saat kita berpakaian serba putih.
Di saat hujung hayat kita.
Itu pun, orang lain yang tolong bacakan.
Ego jangan tinggi sangat.
Nanti sesal di kemudian hari.

Sama-sama kita perbaiki diri kita di awal Ramadhan untuk hari-hari mendatang.
Bukan sahaja sepanjang Ramadhan bahkan diteruskan juga di luar Ramadhan.
Peringatan untuk empunya diri.

0 comments:

Post a Comment