Kalau mengenai makanan, seribu satu ‘mata’ terhidang di depan mata. Sampaikan tidak tahu mana yang mahu dimulakan dulu. Masya-Allah, begitu mewah rezeki yang Allah kurniakan tetapi berapa ramai yang tahu erti syukur dan mengungkap kalimah ‘Alhamdulillah’. Sedangkan ramai lagi manusia di luar sana yang langsung tidak mempunyai makanan padahal kita dengan mewah, membazirkannya.
( mood : genangan mutiara halus di takungannya )
Mungkin syaitan tidak kisah andai ‘dirantai’ ‘dibelenggu’ di bulan Ramadhan kerana dia akan punyai ramai kawan selepas bulan Ramadhan. Terlalu banyak pembaziran yang manusia lakukan di bulan mulia ini. Tidak kira jualah sama ada dari segi masa mahupun makanan. Banyak makanan yang merupakan rezeki dari Allah dibazirkan sebegitu sahaja.
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah sahabat syaitan.”
Semakin bertambah sahabat syaitan walaupun di bulan Ramadhan.
‘kawan tak lupa kawan namanya ni’.
Bazaar yang semestinya menjadi kewajipan bagi sesetengah manusia. Bukan setakat Melayu yang sememangnya Islam, bahkan bukan Islam juga meraikannya. Inilah nikmat dan rezeki di bulan Ramadhan. Kalau masuk bazaar Ramadhan, seolah-olah pasar malam seperti kebiasaannya. Mahukan tidak, cuba perhatikan ‘makhluk-makhluk’ di situ. Berapa ramai yang terjaga auratnya. ‘Sarung nangka’ ada, ‘baju adik’ pun ada. Yang tak cukup kain pun ada. Bukan ditujukan khusus untuk golongan ‘bunga’ bahkan sama sahaja dengan ‘si kumbang’. ‘Si kumbang’ yang hanya mengenakan ‘baju kulit’. Hebat lagi kan ‘si kumbang’.
4 comments:
hohoho..bnyknya makanan...tp alhamdulillah,perasan jgak yang bila dh besar2 n rsa nafsu nk makan sangat2 tyme berbuka tu x la sedasyat msa kecik2 dulu..he3..=p
betul 2 ustazah..ana bersependapat dgn ustazah ..::♥hidayati♥::.. syukuri dengan nikmat yg sedikit lebih bernilai mknanya..
ustazah cam ada pngalaman la plak kan..hehe (^_^)
peehhh..terliur aq tgk cendol ngn abc tu,,mjur tgh posa,klw bleh la gak aq nk blik msia,,hehehe
farsyi_turab...sabor2..cobaan nmanya 2..
Post a Comment