Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

'Tsunami' - 'Gempa Bumi'

Kebanyakan daripada kita semuanya sudah sedia maklum dengan malapetaka yang melanda di arena persada dunia baru-baru ini. Bencana yang datang tidak dipinta. Bala yang mendatang bukan dari anggapan. Semuanya datang dari Dia semata-mata satu peringatan buat umat bersama.


“Mungkin di sini tidak tahu, mungkin di sini kurang tahu hakikatnya yang sebenar tapi tidak ketinggalan dalam melayari apa itu dunia semasa.”

Dalam kekalutan, dalam ketakutan. Ada yang risau, ada yang berlari sana sini. Ada jua yang terdampar lesu kerana kesakitan. Kesakitan yang Allah hadiahkan pada mereka di saat yang lainnya alpa dengan nikmat dan gahnya dunia pinjaman ini. Sakit dan ujian sebagai tanda kasih sayang Allah buat hambaNya.

Bila dapat saja berita tentang tsunami, gempa bumi, ramai yang pakat ingat Allah, Allah, Allah. Senantiasa ingat Tuhan Pencipta Alam saat itu. Tapi, bila mana sudah ditarik kenyataan tentang isu ini. Baguslah dengan mereka yang mengungkap kalimah Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan sebaliknya…???
Masih bergelumang dengan noda…???

Tapi, selama mana mereka yang ketandusan sebegini mampu mengekalkan kesyukuran kita pada peluang yang diberi. Hari ini kita bersyukur, esok lusa kita leka dan alpa. Paginya kita menadah tangan kesyukuran, petangnya kita berlenggang kemaksiatan. Malamnya kita bergelumang dengan dosa yang berterusan. Sampai bila semuanya akan berakhir…???

Selagi mana hayat dikandung badan. Selagi mana jasad bernyawa. Selagai mana roh masih setia dengan jasad. Dan selagi mana nyawa pinjaman belum tiba di halqum, masih ada lagi peluang dalam bertaubat.

“Jangan sekadar bertaubat di fajar mendatang tetapi kau kufur di senja  menghilang.”

Langkah Seterusnya

Langkah seterusnya perlu ditempuhi setelah kian lamanya menanti. Menanti sesuatu di luar jangkaan. Perlu ditempuhi biarpun masa yang berbaki tidak yang dipinta. Kekuatan diperlukan dalam menempuh onak yang kian bercabang. Bercabang dengan segala macam rintangan yang perlu disusuri.

Saatnya bakal mendatang seiring dengan putaran waktu yang tidak menentu. Bahang yang kian terasa walaupun ia masih ke hadapan. Persediaan diperlukan bagi para pejuang untuk memasuki medan ‘perang’ yang bakal sama-sama kita berjihad.  Berjihad di jalan yang pastinya satu kemuliaan. Lapangan yang tidak tahu akan ketepatan harinya. Bersedia dengan sebarang kemungkinannya.

Sampingan dalam perjuangan. Ibadah yang tersusun dalam melangkah menyampaikan risalah. Risalah yang ada gadah dan rebah kerana pengaruh yang  kian lama kian parah.  Meskipun begitu, diri tidak ingin mengalah pada mereka yang telah lama bermujahadah dan menggapai apa itu nikmatnya sebuah kejayaan dari Allah.


Duhai medan,
Nantikan daku di sana nanti..
Permudahkanlah urusanku dan mereka yang sama-sama berkorban di jalan-Mu..

…Salam Perjuangan…

Bukan Kita

1 April baru-baru ini ada yang menyambut perayaan yang semuanya sedia tahu yakni ‘April Fool’. Ditanya pada seseorang tentang hakikat sebenarnya ‘April Fool’ dan kaitan yang bersangkutan dengan ‘Valentine’s Day’.

Yang mana satu sebenarnya peristiwa kejatuhan Islam di Sepanyol suatu ketika dulu….??? Ada yang mengatakan tika tarikh 14 Februari iaitu tarikh ‘Hari Kekasih’ kononnya. Padahal ‘Hari Bala’ semata-mata. Dah tau boleh datang bala asyik nak keras kepala, keras hati keras segala-galanya. Dan ada juga yang mengatakan 1 April iaitu ‘April Fool’.

Yang sudah pastinya kalam ulama’ mengatakan HARAM dalam menyambut kedua-duanya. Sekali lagi, hukumnya adalah HARAM bagi umat Islam. Bagi manusia yang mengakui dirinya beriman. Muslimin dan Muslimat sekaliannya.

Masalahnya sekarang ini tak nak dengar kalam ulama’. Nak ikut telunjuk manusia dalam ‘semak’. Gaya-gayanya zaman moden la sekarang. Jangan nak ‘sempit’ sangat pemikiran. Berlagak saja lebih padahal apa pun tarak tau. Asyik nak menjahanamkan manusia lain saja  tabiatnya. Yang jenis macam ini lagi kolot akalnya. Bantut pemikiran. Yang sambut pun sama saja. ‘beku’.

Kedua peristiwa ini bukanlah budaya Islam dan tidak dituntut dalam agama Islam itu sendiri. Kemudiannya bicara ulama’ telah bersepakat mengatakan HARAM. Jadi, makna kata tidak perlu nak raikannya. Tak perlu nak fikir banyak. Selesai.

Yang jadi masalah sekarang ini, ada juga yang nak sambut ‘Hari Bala’. Kalaulah ada lagi ‘senapang P. Ramlee’ mahu saja ditembak orang sebegini.

Kejatuhan Islam suatu tika dahulu tika kira sama ada 14 Februari ataupun 1 April. Yang pasti, kedua  perayaan ini disambut kerana kemegahan musuh-musuh Islam menumbangkan Islam. Andai kiranya kita sebagai umat Islam sendiri menyambut perayaan ini, apakah kita rasa kita tidak menyumbang persetujuan kita dalam kejatuhan Islam pada zaman dahulu kala. Ada iman ada akal ada petunjuk, pakat-pakat muhasabah kembali.

*kena tegur sebab tak update blog… padan muka…