Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Motivasi

Arrggghhhh…..  kadang-kala malas, baloq, penyegan, memang mudah mengusai diri. Bila dah kuasai diri, apa hal pun tak nak buat. Asyik memiikir sesuatu yang kurang ada manfaat. Begitu juga  buat diri ini. Setelah sekian lama niat nak rajin, bila nak rajin pun entahlah. Niat sekadar tinggal niat. Niat perkara baik tak apa aja kan.

Bak kata ‘sinar azhariah’”emm..mmng slalu la kn motivasi diri”..


Yup, memang nak kena motivasi diri sendiri. Kalau diri sendiri pun tak mampu nak bermotivasi, ada harapan nak motivasikan orang lain..??? Erm… mimpilah. Tapi, tak mustahil. Sama-sama kita bantu apa yang perlu.

Tapi, kalau dah minta pandangan orang lain untuk kata-kata motivasi atau lainnya yang sama waktu dengannya jangan la pula nak melenting atau nak ‘angin’ tak tentu pasal. Dah tanya jawab la. Kalau tak bagitau nak marah, dah bagitau pun kena marah. Ragam banyak sungguh la kan manusia ni.  Silap hari bulan orang yang ditanya angin satu badan. Air yang tenang pun terkadang pun berkocak juga, walaupun tiada buaya.

Kalau yang baik itu ambil saja. Mungkin masa kena ‘leter’ tak masuk dengan ‘pala’ kita. Tapi, janganlah sampai menunjuk sangat sifat keras kepala kita. Kan ‘cantik’ kalau jadi pendengar yang baik. Tak boleh terima semua jangan tolak semuanya. Mana yang baik, kita ambil bersama. ^_^

*mood : ‘keletihan’

Ikhlas

“Ikhlas
ibarat seekor semut hitam
yang berada di atas batu yang hitam
di dalam gua yang kelam
di malam yang gelap gelita.”

Bukan mudah untuk mendapat apa yang diharapkan..
Bukan senang peroleh apa yang dihajat..
Setidaknya tidak salah dalam mencuba..
Tidak rugi dalam melaksanakannya..

Ikhlas dalam melakukan segala hal, sudah pasti dalam perkara-perkara mahmudah dan kebajikan. Jangan disalahsangka dan menduga ikhlas dalam melakukan perkara yang tiada manfaat buat diri dan yang lainnya. Mazmumah.

Selagi mana kita tidak melakukannya, selagi itulah kita tidak akan perolehi apa yang dipinta. Sekalipun dalam doa’, namun tiada usaha tiada jua hasilnya.

Sesetengah perkara perlu dipaksa dalam melaksanakan sesuatu perbuatan. Tidak perlu saat ikhlas dalam diri. “Kalau digelar hipokrit sekalipun, biarlah kita hipokrit kena pada gayanya. Jangan sekadar tahu menggunakan ‘hipokrit’ tapi jahil dalam memahaminya.” Andai dibiarkan memang hancur dan punah. Sebagai contohnya, perlu menunaikan solat dan menutup aurat.

“kalau tidak ikhlas buat apa nak solat”
“kalau tak ikhlas napa plak nak tutup aurat”

…………………………………………………………………………………………………………………

“kalau kau kena campak dalam api neraka, memang kau kena campak dengan ‘ikhlas’..betul2 ikhlas punya..”

Dalam hal yang sebegini perlu dipaksa ataupun menggunakan kiasan yang sepatutnya. Berhemah dan berwasilah dalam meluruskan apa yang lentur. Mungkin pada awalnya, terasa berat untuk menanggung ‘dunia baru’ dalam diri. Andai istiqamah, ikhlas dan redha sebati dalam diri. Bukankah itu lebih manis.


Ikhlas tidak perlu diungkap..
Ikhlas tidak perlu diungkai..
Ikhlas tidak perlu dibicara panjang..
Hakikatnya semula jadi..
Sama-sama kita mencari dan merasai..

Natijah

Ku mulakan dengan Bismillah.
Ku iringi dengan wasilah Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan waktu dalam mengisi kekosongan ruang di ‘arena’ ini. Setelah kian lama jua kiranya ‘tidur’ dalam kebuntuan. ‘Terjaga’ dengan keluhan seorang saudaraku yang hampir hilang hala tujunya. Kali ini, ana khususkan buat adik-adik yang memperoleh keputusan SPM baru-baru ini.

Ada suka, ada duka. Tersenyum kegembiraan, tangisan kesedihan. Senyum dan tangis dalam kegembiraan. Sedih bertapa di dalam diri. Ada yang sesal. Ada yang kecewa. Tidak kurang jua yang seperti ‘batu’ atau ‘tunggul’. Tidak kisah dengan natijah yang diperolehi.


Syukur dipanjatkan buat Ilahi bagi mereka yang berjaya dan berpuas hati dengan keputusan dan redha buat mereka yang ‘tersungkur’ dek kesedihan.

Usah kecewa, usah berduka, usah bersedih kerana jalan di hadapan masih lagi bersisa. Menanti langkah dikau di sepanjang perjalanan itu. Andai langkah kini sudah longlai dan rebah apatah lagi langkah yang bakal kalian tempuhi di hadapan sana kelak. Andai kiranya langkah yang kini sudah tersadung rebah, apakah kalian sudah enggan dan lemah untuk bangun semula. Bertapak ke hadapan selangkah demi selangkah dalam menongkah arus dan dunia baru yang tersedia buat kalian jejaki dan tempuhi. Hanya kerana sekali tersungkur, dunia seakan-akan gelap tanpa cahaya.

Apa salahnya kita bersangka baik dengan rencana Ilahi dalam soal ini. Dia menetapkan sedemikian rupa tidak lain dan tidak bukan dalam menguji Iman hamba-hambaNya. “Adakah ana tersilap dalam percaturan kata-kata ini…???” Kejayaan dan kemanisan diberi untuk menguji sejauh mana mereka mampu bersyukur walaupun sekadar ‘Alhamdulillah’. Begitu jua sebaliknya.

Apa jua natijah dan keputusan, syukurlah kerana masih lagi diberi peluang dalam menuntut ilmu sedangkan di luar sana entah berapa ramai insan yang inginkan peluang keemasan namun tidak semua mampu menggapainya. Syukur andai kiranya ilmu yang terbuku di dada menjadi sandaran dalam mencapai redha Allah s.w.t.. Malang dan dukacita kalau ilmu yang diperoleh tiada manfaat buat diri sendiri apakan lagi insan lain. Ilmu pinjaman ini hanya sementara . Bakal terhakis, terangkat dan hilang sedikit demi sedikit. Manfaatkan dalam kebersamaan menuju redha Ilahi.


“…sekali kau gagal tidak bermakna kau gagal selamanya.
Kau gagal andai kau tidak mampu untuk bangun semula…”

Merak & ' Si Merak'

Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri
adalah falsafah hidup burung merak.
Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara.
Dagingnya tidak dimakan,
burung lain enggan berkawan.
Terbang tak setinggi mana.
Lagaknya mendabik dada.
Merak hanya ada kecantikan
yang dimodal untuk dibanggakan.
Jika harga diri merak adalah pada 
cantiknya sentiasa,
apakah harga diri dan maruah seorang insan juga bergantung pada paras rupanya…???


Kecantikan merupakan kelebihan yang Dia anugerahkan pada setiap insan. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Yang membezakannya adalah istilah yang digunakan. ‘Tampan’ ‘Kacak’ benarnya istilah untuk kaum lelaki dan sebaliknya ‘Cantik’ ‘Jelita’ dan umpamanya istilah buat kaum wanita.

Kecantikan yang semula jadi dalam diri adalah kurniaan Ilahi yang patut kita syukuri. Buat apa nak mendabik dada menyombong diri dengan pinjaman duniawi ini. Andai dipuji, kembalikan segala-galanya pada Ilahi. Yakni hak yang memberi segalanya. Apa yang ada pada diri kita pada hari ini, pada detik ini, pada tika ini semuanya adalah pinjaman yang tidak utuh. Selagi mana pinjaman ini mampu kita ambil kebaikan darinya, sama-sama kita cuba perolehinya. Asalkan jangan disalahgunapakai bukan pada tempatnya. Zalim pada diri sendiri namanya. Mampu ‘mengaut’ pahala kenapa perlu ‘tamakkan’ dosa.

Tidak dinafikan fitrah manusia mahukan kecantikan dalam setiap perkara tapi apakah kecantikan yang kita mahukan itu mampu buatkan kita beroleh redha dan rahmat Allah. Apakah yakin kiranya kecantikan yang kita miliki ini mampu buatkan kita menjauhkan diri dari murka dan azab Allah di akhirat kelak.

“Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan diri ini maka Kau cantikkanlah akhlak ini”
Beririgan dalam kecantikan.
Apa gunanya cantik pada luaran tapi hodoh dan buruk dalaman...???