Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Bicara Kerudung ( konklusi )

“Kalau harap dahi licin dan muka saja cun melecun macam ratu cantik..”
“Kalau harap badan ja ‘hot’ melenggok macam itik pulang petang, lenggang kanan kiri..”
“Tapi, perangai serupa ‘merak’… minta maaf, anda tidak tersenarai sebagai ‘calon’ yang berhak mengisi ‘borang’…!!! Muktamad…!!!”

Sehinggalah…….

Manisnya terasa apabila terpandang raut wajah yang begitu menyenangkan. Tika terpancar ‘nur’ yang kian menjelma walaupun di malam hari di kegelapan yang menghitam di saat cahaya di ufuk tenggelam menghilang. Namun, sinaran yang menghias adalah sebaik-baik perolehan yang dikurniakan olehNya.

Lebih menawan apabila tersusun langkah perilakunya dengan sifat-sifat yang menjadikan dirinya bergitu berharga. Bukan sahaja di pandangn manusia bahkan di kaca mata agama Islam. Biarlah hina di kerdipan manusia tapi mulia di pandangan Allah s.w.t.

Lebih tertarik apabila terukir tutur kata yang tersusun dan bijaksana namun penuh dengan hikmah. Biarlah nampak sombong dan ‘jual mahal’ bagi kaum lelaki namun itulah maharnya. Mahar yang bakal menjadi pilihan buat insan yang bertuah. Siapakan gerangannya yang mampu mengetuk pintu seorang Muslimah anggun di kala ini…??? Selayaknya buat si dia. Menanti imam yang bakal memimpinnya.

Pastikan pandangan yang halal. “Mencuri pandang dalam jelingan.”


Ya Allah, mudahan dipertemukan buatku bakal ‘teman’ di kala mendatang dalam mengisi ruang hidupku. Menjadi pendampingku di kala ku memerlukan insan yang mampu bersama-sama dalam menggerakkan risalah di jalanMu. Menjadi pendokong tika jatuhnya aku sendirian dalam tangisan yang dipenuhi kesyahduan. Setia berteman detik susah dan senang. Segalanya bersama dalam menggapai maghfirah dan rahmatMu. Amin ya Rabbul ‘Izzah

Bicara Kerudung ( Bahagian 3 )

Dan tambahan dari ana sendiri, “kalau kau rasa kau dah dapat jaminan ahli syurga, tak apa la juga…” dan satu lagi, ada saja manusia yang suka menggunakan bait “kubur masing-masing…”

Memanglah kubur masing-masing tapi kalau mati nanti baik kau mandi sendiri,kau kapan sendiri kemudian jalan ke kubur kau sendiri, gali kubur kau sendiri dan tanam diri sendiri. Lembut sikit bahasanya, baik kau kambus ja mayat kau. Itu pun kalau tanah kubur nak terima jasad kau. Senang kata semuanya kau buat sendiri kalau dah mati. Jangan nak menyusahkan orang lain.  Sudahlah hidup menyusahkan orang, mati pun menyusahkan ‘member’ keliling. Kasihan la sama ‘jiran tetangga’ yang lain. Kalau dah jumpa ‘jiran tetangga’ baru, janganlah nak cari masalah. Menyusahkan.


Tambahan lagi untuk jawapan “kubur masing-masing..” “ Memang kubur masing-masing tapi kau tahu ke kubur kau kat mana. Kalau kubur kau tepi kubur aku, teruk la aku nanti. Aku nak tidur molek-molek pun tak boleh sebab asyik dengar kau kena seksa saja. Kalau kubur sekali tak apa la juga, kalau-kalau aku boleh tolong. Ini sebab aku tak boleh nak tolong dah..”

*pas ni ada la yang nak ‘paku’ aku balik..tau sgt la..

Jadi, di atas muka bumi, di dunia pinjaman sementara inilah tempat yang mampu untuk tolong ingat memperingati dalam melaksanakan perkara kebajikan. Kalau dah masuk kubur, kau menangis air mata darah yang berwarna putih pun tiada guna. Selagi mana mampu, insya-Allah. Mencuba selagi diberi peluang. Amanah…!!!

Bicara Kerudung ( Bahagian 2 )

“Kalau pakai tudung boleh masuk syurga ke…???“
“Kalau dah gitu, tak pakai tudung tak kena masuk neraka…???”

“kalau nk pakai tudung nak kena ikhlas, buat apa nak pakai kalau tak ikhlas…???”
“kalau nak kira kau punya kepala, kalau sembahyang tak ikhlas, tak payah sembahyang la kan…???”

Kembali kepada persoalan tadi, “habis tu tak payah nak pakai tudung la…??? “


Kadang-kadang pelik bila disuruh buat sesuatu yang bermanfaat, ada saja yang nak membangkang. Ataupun dengan kata lain, ‘ingkar’. Kalau dengan kata-kata manusia boleh kau nak bangkang tapi kalau suruhan Tuhan kau nak bantah, memang melampau namanya. Kau fikir dunia ini kau yang punya. Kalau kau rasa kau nak buat dosa, buatlah tapi ada seperkara yang nak dipesan..

“kalau kau nak buat dosa dan maksiat buatlah sesuka hati kau tapi jangan kau makan dan guna nikmat rezeki dari Dia..”
“kalau kau rasa kau nak buat dosa dan maksiat, ikut suka suki kau la asalkan buat di tempat yang Dia tak nampak..”
“kalau dan nak buat dan maksiat sangat, bila datang malaikat maut nak ambil nyawa kau, kau suruh malaikat tunggu kejap sebab kau nak bertaubat..”

Rasanya ada lagi syaratnya tapi…(^_^)
Kalau rasa mampu nak laksanakan tiga hal ini, tak apa.
Tapi, kalau rasa tak mampu, boleh fikir dengan akal dan mata hati.
Itu pun kalau rasa masih ada akal.

Bicara Kerudung ( Bahagian 1 )

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Agung Nabi Muhammad s.a.w. penutup segala nabi. Dan ahli keluarga baginda tidak dilupakan juga buat para sahabat r.a. dan pejuang dakwah dan jihad di jalanNya.


Ku mohon ampun atas ketelanjuranku dalam perjalanan hidupku ini. Yang lepas, tika saat ini dan waktu mendatang, ku mengharapkan ampunan dan rahmat dariMu.

Buat diriku, ibu bapa dan ahli keluargaku, saudara-mara dan guru-guruku, sahabat handai dan teman sejati, teman seperjuangku dan jiran tetanggaku, masyarakat sekelilingku, Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah tiada dan semuanya yang membaca ‘risalah’ ini.


“Hidup yang sementara..
di atas dunia yang kian bersisa..
penuh dosa noda..
yang ketara dek diriku yang alpa.”

*************** (^_^) ***************

‘Rentetan’ buatmu tudung. Andai suruh pakai tudung ada saja alasan. Alasan yang gila-gila dan tidak masuk akal. Macam makhluk yang tiada akal. Tapi, baguslah kalau ada ‘respond’ yang baik. Bilamana menyentuh bab tudung sudah pastinya diklasifikasikan sebagai menjaga maslahah, aurat. Semestinya golongan Hawa - perempuan, gadis, wanita - tak kan pula kaum Adam.  Menutup aurat tidak kisahlah menggunakan kain, kapas, surat khabar, tudung saji atau apa sekalipun yang pastinya tutup aurat.


Lumrah bagi manusia mahukan yang terbaik dalam setiap pengisian hidup. Tanyalah sesiapa sekalipun, semuanya inginkan yang manis dipandang.  Hatta pasangan yang halal sehidup semati. Konon-kononnya. Pernah ada yang katakan pada ana suatu ketika…

“sebab pakai tudung la orang nak tengok apa yang ada dalam tudung tu..”
“sebab pakai tudung la orang nak tengok apa yang ada di sebalik tudung tu..”

Kalau dah rasa nak tengok sangat boleh saja…gunakan ‘wasilah’ yang halal. Yakin dengan perintah Dia. Suruhan yang wajib sudah lama termaktub di dalam al Quran tentang tudung ataupun kerudung. Masihkah dikau ragu tentang Kalamullah wahai Muslimin Muslimat…???

Jangan kerana hidup pada zaman moden serba maju tapi, akal pemikiran macam zaman batu. Sekarang pun banyak batu juga. Keras batu-batu di luar sana. Sebab itulah hati manusia pun keras semacam saja.

~14~

Ku merenung kembali,
Imbauan yang terpatri,
Bukan dalam kamus hidupku ini.
Sering kali menyusuri dalam rentetan diri.
Untuk aku menghadapi.
Di masa yang akan ku lintasi.
Suratan insani.
Jauh di lubuk hati. Ampunkan hamba ini Ya Rabbi...

14 Februari. Di malam hari. Takkan pula di siang hari. Detik yang dinanti-nanti. Oleh pasangan  yang saling mencintai. Lagaknya bak laki bini. Mengalahkan macam suami isteri. Padahal tak kahwin lagi. Tapi, perasannya tak sedar diri. Macam diorang yang paling ‘hot’ sekali. Mengusung sana sini. Honda dan Suzuki. Porche dan Ferrari. Van dan lori. Dan banyak lagi. Yang peliknya mak bapak pun kasi. Bila dah seronok, memang nak main itu ini. Langsung tak membatasi. Bila dah pinggirkan adat dan syar’ie. Macam-macam boleh terjadi.  Sebabnya hati dah dicemari. Nafsu dah menguasai. Iman sedikit demi sedikit digelapi. Oleh keruntuhan akhlak nurani. Bila dah ‘dapat’ seronok sekali. Langsung tak ingat Ilahi. Apatah lagi malaikat di kanan dan kiri. Syaitan iblis pun menari-nari. Mudah benar anak Adam Hawa dinodai.

Bila suruh ‘ikat tali’ buat tak peduli. Suruh cari tok kadi , pakat tak nak lagi. Saja nak ‘enjoy’ zaman muda mudi. Padahal memang tak mahu dari awal lagi. Saja nak cari keseronokan duniawi. Sebab Ilahi sudah dilupai. Bila dah keluar ‘baby’, kelam kabut nak sembunyi diri. Sibuk mencari doktor dan ‘misi’. Tidak pun, pakat jadi bidan sendiri. Keluar anak terus potong tali.  Badan pon dah jadi pucat lesi. ‘Bini’ yang merana sekali. ‘Laki’ pulak goyang kaki. Lebih teruk lagi menghilang diam sepi. Langsung tak peduli. Sapa yang nak bertanggungjawab bila dah jadi begini.  ‘suami’…??? ‘isteri’…???


Bak kata Nabil… “Lu pikirlah sendiri..”

Tapi, ana tak nak guna istilah ini. Sebab macam tak sesuai untuk isu begini.

Jadi..

Kembalilah kepada Ilahi, Quran yang diutus kepada Nabi, untuk maslahah umat insani, tidak kurang jua prinsip agama yang telah disepakati. Oleh ulama’ dahulu dan kini. Dalam merealisasi. Keunggulan Islami. Bukan sahaja di dunia ini bahkan kesejahteraan ukhrawi. Bila mana berhadapan di depan Ilahi. Semua amal ditanyangi. Apakah dikau mahu kembali. Di dunia yang tiada gunanya lagi. Setelah kau siakan hidup yang sementara ini. Setelah puas kau diberi peluang dan waktu bersendiri. Untuk menginsafi. Untuk pulang menjejaki. Jalan-jalan dan langkah-langkah yang diredhai.
Allahu Rabbi…

'Kelahiran'


Dalam segenap ruang waktu yang berlalu terlalu banyak onak ranjau yang berliku. Semakin hari semakin mencabar seiring dengan perkembangan ummah sejagat. Ada manis dan tidak kurang pahit peritnya. Alhamdulillah, selaut kesyukuran ku panjatkan padaMu. Masih lagi diberi peluang dalam ruang bernafas di atas dunia pinjaman yang sementara ini. Dengan nikmat Iman dan Islam, masa lapang dan kesihatan yang sedia ada, semuanya nikmat yang tak terbalas walaupun nyawa jadi pengganti. Alhamdulillah.

Syukur ku panjatkan buat Engkau Tuhan Sekalian Alam kerana masih lagi diberi kesempatan waktu di hayat pinjaman ini sedangkan ramai  yang sudah kembali pada fitrah kehidupan. Apakah ini ‘kelahiran’ku yang terakhir di dunia ini. Mahupun masih ada lagi pada tahun mendatang. Andai ini yang terakhir, ku mengharapkan ia adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Sedar diri masih dengan salah dan silap akibat leka yang bertandang. Ku mengharapkan hidup ini bersama dengan redha dan rahmatMu Ya Allah.

“…….dalam meneruskan langkah da’ie…….”