Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Hujung Tahun

Usia dunia kian lama kian berkurang. Andai dulu masih gah berdiri kini kian longlai dipahat usia. Tahun 2011 bakal meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan memori. Tidak kira manis atau sedih, gembira atau pahit, walhal imbauan suka duka sepanjang zaman tetap menjadi sejarah.


Kebanyakan makhluk-makhluk yang melata di atas muka bumi ini sudah bersedia untuk menyambut tahun baru yakni 2012 tetapi malangnya masih ramai lagi yang kembali menjadi manusia ‘zaman purbakala’. Dengan kata yang lebih ‘manis’ nya lagi….Zaman Jahilliyah. Sendiri mahu ingat la….!!!

Tidak salah untuk meraikannya tetapi perlu diingat akan batas-batas sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dikhususkan buat jiwa remaja yang bergelora. Darah masih panas. Tidak ketinggalan jua buat dewasa dan kanak-kanak. Tidak kira apa pun usia, yang pasti ada batasnya. Jangankan melaksana sesuatu yang harus tetapi berubah kepada yang haram. Menyesal kemudian tiada gunanya. Selagi pintu taubat masih terbuka. ~Peringatan untuk diri sendiri.~

~ Bahasa Agung ~

Ada orang kata bahasa Arab susah. Erm..apa yang susah sebenarnya. Susah nak belajar atau susah nak ingat. Atau pun susah nak menghafal. Rasanya bab mengamalkannya lagi susah. Lebih-lebih lagi bila berasa di suasana atau ‘biah’ yang tidak menggunakan bahasa Arab.

Teringat masa zaman sekolah dulu, ustaz ada pesan bahawa kita menggunakan bahasa Arab setiap hari. Walhal kerapkali menggunakannya walaupun  tanpa kita sedar. Menggunakan bahasa Arab secara tidak langsung. Saat yang paling utama kita menggunakannya adalah tika menunaikan kewajipan kita sebagai Muslim dan Mu’min yakni solat.

Tapi tak tahulah kalau-kalau ada yang menidakkannya dalam soal ini. Adakah masih wujud Muslim yang tidak menggunakan bahasa Arab dalam kehidupannya. Andai difikirkan, wanita yang dalam keadaan ‘cuti’ sekalipun masih menggunakan  bahasa Arab dalam sehariannya. Inikan pula kaum Adam.

Kalimah ‘Assalamualaikum’ dan seumpamanya banyak daripada kalimah bahasa Arab. Jadi, tidak usah untuk mengatakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang sukar untuk dipelajari. Sedangkan bahasa sendiri pun masih belum dikuasai sepenuhnya apatah lagi bahasa asing.

“Diri tidak mengatakan fasih berbahasa dan tidak pula mengatakan daif dalam berbicara.” Terkadang dan rasanya selalu dalam kebiasaan masih lagi dipaluti salah dan silap dalam penggunaan bahasa Arab. Kalaulah bahasa sendiri pun ada salahnya apatah lagi bahasa asing dari diri kita.  Asing…???

Rasanya ia bukan asing dalam kehidupan sebagai seorang Muslim andai dia mengamalkan bacaan al Quran setiap hari. Hatta sepotong ayat sehari pun memadai untuk dibaca daripada terus melupai kalam suci ini. Tak kan tiada sepotong ayat yang terpahat di minda dan hati kita.


Bahasa Arab adalah bahasa al Quran, kalam hadis ( Nabi Muhammad s.a.w ) dan bahasa ahli syurga. Yang pastinya andai tidak mahu mempelajari bahasa ini di dunia sudah pastinya masih mampu berbicara bahasa Arab di syurga kelak. Itu pun kalau teringin menikmati syurga. Kalau tak nak merasai nikmat syurga, masalah juga manusia sebegini.  “Ada yang tak nak masuk syurga…??? “

Andai ingin pelajari bermula dari asas adalah rangka yang terbaik dalam pembelajaran. Bayi yang baru lahir sekalipun belum tentu terus berjalan dan berlari apatah lagi hairannya. Pastinya akan bermula dengan merangkak sebagai muqaddimahnya.

Begitu juga dalam dunia tika menjalani kehidupan dan pembelajaran kita. Semuanya bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit andai dihimpun ada juga terkumpul isinya. Yang perlu kita ingati, ilmu yang ada pada diri adalah sekadar pinjaman sementara. Usah dibangga dengan ilmu di dada. Ilmu yang ada manfaatkan sebaiknya. Andai inginkan saham berganda, mulai diri dengan ‘adab dalam menuntut ilmu’. Kelak ada jayanya di hujung nyawa dan semestinya pendamping hingga ke  syurga. InsyaAllah.



Dari Annisa ( Part 2 )

Dan kata Jauharah Mumtaz pula…

“as a muslimah about a man...  yupp...lelaki merupakan org yg paling manis dlm berbicara klu dgn prmpuan...walakin... bukan semua lelaki mcm tu”

“sbnarnya..manis dlm berbicara ni..kte dpt ertikan dlm dua maksud frasa..1. manis dlm berbicara dgn sngaja..2.manis berbicara dgn kprluan..kita lihat satu persatu..pertama...manis dlm berbicra dgn sngaja...jika seorg lelaki manis berbicara dengan sseorg wanita yg haram bgnya..tnpa ada keperluan yg syar'i..golongan ni..ana golongkan mereka2..yg kurang...................... (fhm2 la ye)..n bg golongan ni..ana kurg berminat skit..n jgn trkjut..klu prmpn lbh cpt mngthui lelaki ni jnis yg berbicra manis atau x..kedua...manis berbicara dgn keperluan..yg ni ana terima.”


Sebelum ini ana bawakan satu pesanan dari annisa tentang lelaki. Dan kali ini juga ana bawakan pula satu ‘frasa’ dari ‘amurah’ mengenai manis bicara seorang lelaki. Seperti mana yang diberi balas tentang hal ini. Diakui bahawa lelaki ini cukup manis dalam soal berbicara dengan perempuan. Tapi bukan semuanya. Dan juga pandangan yang diutarakan ada sebabnya yang terjadi sebegitu. Keperluan dan bukan keperluan. Jadi, untuk golongan Adam pula bagaimana ‘respon’ nya. Adakah kita memenuhinya sebagai satu keperluan ataupun bukan keperluan (sengaja). Apakah ini memang benar atau sebaliknya. Yang pastinya, sama-sama kita mengharapkan perkongsian yang tak seberapa ini sedikit sebanyak menjadi rentetan dalam sisa-sisa kehidupan kita. Untuk bermuhasabah. Bukan untuk bertelagah dan berpecah. Masing-masing dengan pendapat dan pendangannya.

Dari Annisa ( Part 1 )

Kata Saidatul Eryna Nisrina…

*********************************************************

Pesanan buat lelaki,

Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia..
Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu..
Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu..
Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya..
Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan..
Berusaha untuk membuatnya tersenyum..


*********************************************************

Jadi, pesanan buat diriku ini yang sememangnya seorang lelaki.. ( cumanya bukan jejaka idaman sesiapa ) dan insan yang bergelar jejaka tampan lagi segak bergaya di luar sana. Tidak kira siapa pun anda, andai anda seorang lelaki, sama-sama kira renung kembali dan menerima pesanan ini. Ana kira ia bukan negatif bahkan positif untuk bermuhasabah. Dah nama pun lelaki kan. Memang ada kala, bicaranya waaahhhhhhhhhhh manis sekali ya. Kalau ada yang nak menidakkan hal ini, tiada masalah. Ini sebagai rentetan catatan ana sahaja. Tiada kena mengena dengan siapa pun. Tapi kalau memang benar semua ini, apa tunggu lagi. Terima saja. Jangan malu jangan untuk mengakuinya.

( sekadar beristirahah sahaja, bukannya cintan cintun tak menentu hala )

Sayap Kiri



Duhai Wanita,

Dunia kini ketandusan wanita yang menjadi sumber cahaya bagi dunia muslimah.. Sepertimana Saiditina KhadijahSaiditina AisyahSaiditina FatimahRabiatul AdawiyahSayyidah NafisahSumaiyahAsiah dan ramai lagi para wanita yang menjadi bulan dan bintang dalam pejuangan Islam suatu ketika dulu.. nama yang menjadi seribu satu sebutan dalam teladan dan pengajaran.. Perjuangan yang tidak mengenal apa itu erti penat lelah..

Tugas siapakah lagi untuk mengembalikan ke'izzahan wanita bak wirawati seperti mereka ...??? Kalian yang bergelar wanita.. Wanita yang mengaku muslimah. Kalianlah wanita itu duhai muslimah.. Ya, memang benar kalian bukan Saiditina Khadijah, bukanlah juga Saiditina Aisyah mahupun Saiditina Fatimah az - Zahra dan seumpamanya.. Mungkin kalian terfikir bahawa kalian tidak mampu menjadi seperti meraka yang terdahulu.. Mereka yang berkorban memperjuangkan, mempertahankan dan meneguhkan addinul Islam.. Tetapi sekurangnya kalian mampu untuk mencuba menjadi seperti mereka.. Membantu dan menjadi sayap kiri kepada seorang lelaki.. Kalian jua mampu untuk menggegarkan dunia Islam.. Seperti Sumaiyah, mempertahankan agama walaupun nyawa menjadi gantian.. Seperti Asiah, hidup menjadi taruhan dalam pemerintahan raja kejam, Firaun.


Wahai Wanita..
Ayuh, bangunlah kembali..bangunlah bersama dalam memperjuangkan kalimah suci di atas muka bumi ini. Berlandaskan pensyariatan yang disyariatkanNya.. 
Kalianlah wanita itu dalam meneruskan suasana Islamiah dan menyampaikan risalah dan pegangan yang dibawa junjungan Agung, Nabi Muhammad s.a.w. .. 
Peranan kalian wahai muslimah... Peranan kalian wahai mu'minah.. 
Ayuh, sama - sama mengembalikan ke'izzahan suasana maghrifatullah sepertimana mujahidah - mujahidah tadi..

Ø  Peranan seorang lelaki adalah menjadi pembimbing dan ‘penunjuk arah’ buat seorang wanita ke arah yang diredhai dan benar. Bukan sebaliknya. Renung bersama duhai Muslimin Muslimat...!!!