Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~ Memori Tercipta Kenangan Terindah ~

Semalam adalah kenangan..
Hari ini adalah kenyataan..
Dan hari esok adalah harapan dan satu penantian..


Tarikh                    :  16.11.2013 - 01.12.2013
Tempat                  :  Tadika Little Caliphs, Kulim
Bilangan Perserta   :  122 Orang ( Lelaki & Perempuan )
Tenaga Kerja         :  13 Orang ( 5 Lelaki & 8 Perempuan )

Ngaji jangan tak ngaji..
Kenangan yang terindah di dalam kehidupan tidak luput dari ingatan kerana kenangan itu disulami dengan rasa kasih sayang dan untaian doa yang berpanjangan. Siapa sangka dua minggu bersama mengukir secangkir nukilan, memahat rasa rindu, mencoret sebuah diari berlalu begitu sahaja. Namun disebaliknya itu, pengalaman dan memori dari imbauan hari semalam masih lagi terngiang di hembusan angin yang menyapa cuping telinga dan masih terpamer di hadapan kelopak mata biar pandangan mata terpejam rapat namun pandangan hati tetap segar dengan kuntuman kenangan terindah.

Dua minggu sudah pun berlalu sesudah kem yang berlangsung selama dua minggu lamanya. Bermula dari 16 November 2013 hinggalah 01 Disember 2013. Tapi ada juga yang mula awal sehari. ‘Gerak kerja’ terbaik katakan. Yang awal dari itu pun ada. Segala persiapan yang mengambil masa beberapa ketikanya sebelum bermulanya program. Melayan pelbagai kerenah orang di sana sini. Apatah lagi apabila bermulanya program hinggalah ke tirai penutupnya.

(^_^) (O_O) (^_^)
Benar kata ‘penghulu’ program ; hari pertama, kedua dan ketiga..para peserta ada yang menangis dan pelbagai macam ragam lagi yang nak dilayan. Bila masuk hari keempat dan seterusnya, para fasi pula yang pening melayannya, sampaikan ada yang kena telan panadol dan demam bagainya. Oh kasihan.

Apa tidaknya, di awalan belum lagi jumpa ‘geng’ dan ‘partner’, bila dah lama-kelamaan dan ketemu ‘sekepala’ dengan mereka, waaaahhhhhh…!!!! bagaikan dunia ini milik mereka pula. Mahu tidak demam dan pening para fasilitator yang menjaganya. Kasihan oh kasihan wahai fasilitator.

Saban waktu dan ketika, bertempik ada kalanya jalan terbaik. Ada kalanya suara halus kaedahnya. Pelbagai cara dan jalan penyelesaian digunapakai seiring waqi’, keadaan semasa. Begitulah rutin yang dilalui sepanjang dua minggu bersama para peserta. Belum lagi dengan penyangkut ‘terbang’. Tengah-tengah malam pula, kerja siapalah agaknya ya…???

Selamat Menjamu Selera
Nak suruh makan pun ada yang nak kena paksa, nak suruh tidur sekalipun ada yang nak kena paksa. Kalau bangun tidur, biasalah kalau dipaksa. Mahu tidak dipaksanya, ada pula yang tidak semena-mena ‘syahid’ tidak ingatkan dunia. Yang paling menariknya, ‘ustaz’ yang tolong kejutkan para peserta bangun pagi pun kena ‘tazkirah’ sebelum subuh oleh peserta, “ustaz, bisinglah pagi2 ni..” Terima sajalah ‘tazkirah’nya wahai ‘ustaz’. Sejuk perut ibu yang mengandungkannya. Kenapa pula ustazah yang kejutkan tak dapat ‘tazkirah’ sebelum subuh..??? Terkadang ku tertanya juga mengapa dan kenapa…???

Sepanjang dua minggu kita bersama, pelbagai aktiviti, riadah dalaman dan luaran telah kita lalui. Tidak kira sama ada secara formal mahupun tidak. Secara ‘paksaan’ ataupun ‘enjoy’. Kerana riadah dan aktiviti itulah kita sama-sama peroleh pengalaman baru dalam hidup ini.
 
Suapan Kasih Sayang..

Bab 'posing' mau saja..

Eratkan ukhwah..
Kredit untuk 'ustazah'..^_^

Macam seronok aje main tepung..

Aja-aja Fighting..

Fitrah bagi manusia, kekadangnya sifat amarah dan sedikit mazmumah terlepas begitu sahaja. Sehinggakan perkara itu dilepaskan tanpa berfikir panjang. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Biar difikirkan semula, manusia itu tidak lari dari salah dan silap. Selagi mana kita bergelar manusia, selagi itulah ada kurangnya dan lebihnya kita. Saling memerlukan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

Adat dan menjadi kebiasaan, kanak-kanak ribena lelaki dengan ragamnya dan kanak-kanak ribena perempuan dengan keletahnya. Andai seribu orang yang ditemui, seribu ragam, keletah jugalah yang perlu dilayan dan diterima. Kerana dengan ragam dan sikapnya itulah yang buatkan dirinya dikenali.

Terlalu banyak kenangan dan memori yang tercipta sepanjang dua minggu kita bersama. Suka duka kita bersua, jadikanlah ia sebagai satu coretan di dalam kamus hidup masing-masing. Biarpun ada para peserta yang riuh dengan gelak tawanya masing-masing dan tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata  sepanjang mana kita menapak di dalam program ini.

Pemangkin Generasi Gemilang..
Bukan sahaja para peserta, bahkan para ‘penggerak’ juga ada yang menitiskan air mata biarpun dalam diam dan dalam kesepian. Dalam hati siapa yang mampu menduganya bukan…??? Mulanya tidak sabar untuk pulang ke rumah, kemudiannya pula tak nak balik sebab sayangkan kem. Memori…. ^_^

Buat para sahabat dan para teman-teman seperjuangan, tidak dilupakan juga buat adik-adik Kem Tahfiz dan Solat, perlu kita sedari dan perlu kita ingatkan bahawa selama mana sekalipun kita bersama, pastinya ada pisahnya jua. Kerana satu perkara yang tidak dapat kita halanginya, “setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, tanpa perpisahan tidak akan adanya pertemuan”. Dan selesai pisahnya kita, dari situ maka lahirlah akan rasa kasih sayang yang tidak kita sendiri rasakan bila mana bersama. Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah pasti ada nikmat dan sayangnya bersaudara.
 
You Smile I Smile.. (^_^)

Tangisan Wida'..

Beertinya Sebuah Ukhwah..

'Mutiara' kasih Sayang..

Dengan keizinanNya, rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , insya-Allah kita akan ketemu lagi di masa mendatang. Biarpun cepat mahupun lambat, masa yang akan menentukan. Andai bukan di dunia, di sana kita ketemu dan bersama.
  
Sekalung penghargaan buat empunya Tadika Little Caliphs dan gerak kerjanya..
Barakallahulakum..
Big Boss and Ladies Boss Tadika Little Caliphs..

Terima kasih buat semuanya yang menjayakan kem ini…
Pengurus, cikgu, ustaz ustazah, fasilitator, 'penjaga kesihatan', chef, doktor, jururawat, tukang segala tukang, jurugambar, artis, DJ..

Mohd al Amin bin Jaafar
Wan Muhammad Faiez bin Wan Noor
Mohamad Anas bin Mat Did
Muhammad Nurrahmat bin Othman
Muhammad Sobri bin Abdul Rahim

Nadia Hanim binti Jaafar
Nurhaffyithah binti Othman
Nurul Nadiah binti Phuzi
Azirah binti Azizan
Nur Syuhadar binti Ismail
Siti Hawa binti Abdul Mutholib
Siti Zubaidah binti Abdul Mutholib
Nurul Raihan binti Khairuddin Syah
***************************************************************
Bersama...
Iman Farhan & Azlin Aziz
Semalam kita jadi kawan, kerana kenangan silam..
Hari ini kita masih berkawan, kerana janji semalam..
Esok kita akan terus berkawan, kerana hari ini kita saling mendoakan..
Dan hari-hari kemudian kita akan terus berkawan, kerana esok kita ada keazaman..
Tapi,
Andai esok tiada lagi ucapan dari seorang kawan, kita tetap kawan..
Walaupun hanya dalam KENANGAN..

Musafir

Seminggu sudah meninggalkan tanah air, tanah kelahiran. Meninggalkannya dalam meneruskan perjuangan di medan yang jauh dari tanah tumpah darah sendiri.

Bertemankan keluarga yang tersayang, saban ketika mengharapkan yang terbaik dalam permusafiran yang panjang. Dalam mencari redha Ilahi di samping redha insani.




Siapa sangka, dua bulan setengah bertapak di tanah Malaysia terasa pantas berlalu begitu sahaja. Terasa seperti dua hari atau dua minggu. Belum puas rasanya melepaskan dan mendakap erat kenangan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai sekalian.

Terimbau semula kata-kata insan tersayang, “kalau tak sempat jumpa di dunia, insya-Allah kita jumpa di sana..” Yakin dan pasti, permusafiran ini diiringi dengan doa dan harapan. Berat kaki melangkah pergi namun digagahi jua. Pilu andai musafir ini beriringan dengan air mata. Biarlah ianya tidak terlihat di mata, namun di hati siapa yang tahu.


Mohon maaf pada semuanya andai permusafiran ini tidak diketahui ramai.
Mohon doa semuanya buat si faqir ini dalam meneruskan perjuangan di medan yang tiada hentinya.


“Kenangan terpahat di sanubari…”

'Aidil Adha 2013M / 1434H


Satu kurniaan dan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan dalam Islam buat umat Nabi Muhammad s.a.w. di dalam bulan terakhir dalam kalendar Hijrah, Zulhijjah ialah ‘Aidul Adha ; Hari Raya Aidil Adha ataupun dengan nama lain Hari Raya Korban. Kenapa dinamakan korban’…??? Kerana sejarah tercipta tentang pengorbanan yang berlaku dalam sejarah Islam diantara seorang ayah, Nabi Ibrahim a.s. dan ketulusan dan kepatuhan seorang anak, Nabi Ismail a.s..

Pengorbanan dan taat patuh yang tiada ragu dengan perintah Allah kerana mereka menjunjung tinggi dengan sebaik-sebaik perintah. Tiada rasa ragu, tiada rasa curiga, tiada rasa was-was setelah mana difirmankan buat mereka dua beranak. Keteguhan iman yang menggunung menebal di dalam diri sehinggakan darjat mereka diangkat ke tempat yang cukup mulia di sisi Allah s.w.t..

Duhai sekalian muslimin sekaliannya,
Bagaimana pula pengorbanan yang kita tunjukkan buat ummah sejagat…???
Apakah pengorbanan yang kita hulurkan buat agama yang kita sayangi ini,
Islam…???

Kita mengaku bahawa kita muslim, orang yang beragama
Islam yang menyayangi agama kita sendiri, agama yang mulia di sisi Allah. Satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. tapi, sayangnya kini Islam itu hanya tinggal pada nama semata-mata. Ummah pula seperti buih-buih di lautan.



Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim a.s.
melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail a.s…
Di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan…
Salam ‘Aidil Adha…

29 Ramadhan

Sebulan sudah kiranya kita bermujahadah merentasi lapangan Ramadhan. Segala-galanya telah kita lalui dengan seribu satu cara. Sama ada ia adalah rintangan halangan mahupun impian harapan. Bagaimanakah hasil tuaiannya selama sebulan kita ditarbiyah di bulan Ramadhan ini. Tarbiyah…??? Adakah berputik hasil yang disemai di dalam madrasah yang telah kita jejaki ini.

Apakah perasaan yang kita rasai tika ini. Saat Ramadhan kian berlalu pergi meninggalkan kita. Apakah kita berasa gembira ataupun berduka. Berfikir sejenak, ingatkan tiada yang bersuka ria bilamana Ramadhan pergi meninggalkan kita tapi masih ada lagi yang cukup berseronok bila sudah di penghujung Ramadhan.

Tetamu yang kita menantikan di awal dahulu kini sudah tiba masanya. Tiba waktunya untuk ia berlalu pergi. Meninggalkan 1001 kesan di dalam diri kita. Lihatlah ke dalam diri kita sekarang ini. Apakah tanda yang ditinggalkan merupakan petanda yang baik atau sebaliknya.

Bandingkan diri kita sebelum hadirnya dan sesudah perginya tetamu kita yang mulia itu. Usah dicari pandangan yang lain. Kita sendiri boleh menilainya, adakah kita semakin baik di awal dahulu atau semakin teruk dari dahulu.

Kasihan andai tetamu yang membawa rahmat itu tidak kita capai. Tetamu itu datang dengan rahmat kasih sayang tapi kita sendiri yang menolaknya.

Adakah ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Adakah kita mampu ketemu lagi Ramadhan yang akan datang. Apakah kita yakin, kita masih mampu bertahan hingga Ramadhan yang menanti dengan sabar. Kitaran hidup yang kita lalui mengajar kita erti kehidupan. Andai ini Ramadhan yang terakhir buatku, ku harapkan ia adalah Ramadhan yang terbaik diantara yang terbaik.


Mudahan dapat ketemu dikau lagi di masa mendatang..

Salam wida’ wahai tetamu yang ku cintai Ramadhan Kareem..

28 Ramadhan

Jangan hanya sujud ke sejadah saat susah.
Jangan hanya mengenal telekung saat sesak.
Jangan hanya memandang qiblat saat payah.
Jangan hanya teringat wudhu’ saat lemas.
Jangan hanya mengenal tasbih saat hanyut.
Jangan hanya memandang alam saat alpa.

******************************************


Manusia mudah lupa dengan keadaan dirinya yang sebenar. Sukar dan sedikit sekali untuk mensyukuri segala nikmat dan kurniaan yang Allah hadiahkan di dalam kehidupan ini. Salah satu nikmat yang tiada nilainya adalah nikmat Iman dan Islam. Nikmat yang paling besar.

Sehinggakan bila mana diri sudah dikuasai dengan rasa bongkak, ego dan tamak haloba maka nikmat Iman, Islam dan Ihsan disisihkan ke tepi. Lebih mengutamakan nikmat yang tiada manfaatnya di akhirat kelak. Nikmat yang hanya mengundang kecelakaan ke atas dirinya di saat hari pembalasan kelak.

Namun begitu, bila sudah kecewa dengan kegagalan, maka barulah mula untuk bersujud menghadap Tuhan. Mengadu kepasrahan jiwa yang melanda. Mengapa saat senang lenang dengan nikmat dunia manusia itu kufur untuk akur pada Tuhan. Saat susah, barulah kita ingat akan Tuhan.


Bila terasa jiwa yang berserabut, jiwa kacau, gelora jiwa. Maka kembalilah pada Tuhan. Jangankan sampai kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya. Di mana-mana sahaja mampu kita bersujud menyembah syukur pada Allah s.w.t.. Bukankah peringatan demi peringatan sering kali bermain di cuping telinga  kita. Beruntunglah kerana masih ada lagi yang sudi memberi peringatan biarpun dicemuh dikeji.

27 Ramadhan

Ramadhan adalah bulan tarbiyah untuk mengukuhkan jiwa Tauhid,
mengekang tuntutan nafsu, menundukkan jiwa raga semata-mata kepada Allah s.w.t.…
Dan menolak segala runtuhan jiwa ke arah menderhaka kepada Allah Taala..
Madrasah Ramadhan yang kita lalui ini akan mentarbiyah dan mengajar kita,
bahawa mengamalkan apa yang diperintah Allah di dalam al Quran al Karim,
sebagai sumber, ‘manhaj’ Rabbani itu merupakan kewajipan bagi setiap yang bergelar Muslim..

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bulan Ramadhan yang kita laluinya sekarang ini adalah satu bulan dalam memantapkan jiwa seorang muslim yang mu’min. Jangan sekadar muslim pada namanya sahaja namun mu’minnya jauh tersimpang. Kasihan sama sekali. Bukan sekali tapi berkali-kali kasihannya. Bulan Ramadhan yang menjadi pusat pentarbiyahan yang mengajar kita dalam menguatkan dan mengukuhkan hati nurani kita dalam mempercayai ruh Tauhid. Iaitu Tuhan yang satu. Allah s.w.t..

Di samping dalam kepercayaan kita itu, Ramadhan juga mengajar kita supaya mengawal segala hawa nafsu yang mazmumah. Agar dapat kita memelihara kehormatan kita sebagai mu’min sejati  yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Mengapa perlu menderhaka sedangkan segala kurniaan yang diberi cukup bernilai. Menderhaka tidak bermakna kufur atau murtad tapi tidak mensyukuri dengan segala nikmat yang  sedia ada.

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam, jadikanlah al Quran itu sebagai satu sumber rujukan dalam mengamalkan segala yang diperintah dan menolak apa yang dilarang. Mengapa cuba memprotes sesuatu yang baik sedangkan yang baik itu adalah wasilah untuk kita mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah.

Mudahan dengan sebulan kiranya madrasah Ramadhan yang kita lalui ini ada sedetik rasa untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Biar sedikit perubahan tapi tetap istiqamah. Andai tidak kasih pada jasad pinjaman ini, kasihanilah pada rohani yang hangatkan belaian redha, keampunan dan rahmat Allah s.w.t..


*manusia itu tidak pernah lari dari salah dan silap

26 Ramadhan

“Jika ingin mencari motivasi, cukuplah Allah sebagai perangsang..
Jika ingin mencari teman pendamping, cukuplah Al-Quran sebagai penghibur..
Andai diri perlukan peringatan, cukuplah mati sebagai amaran..”


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Motivasi kita pada bulan yang mulia ini tidak lain dan tidak bukan ia dari ilmu yang disampaikan sama ada secara formal mahupun tidak formal. Boleh jadi tazkirah ringkas yang disampaikan di waktu solat sunat terawih merupakan salah satu motivasi penting buat kita sebagai umat yang mengakui akan kebenaran yang termaktub di dalam al Quran, hadis dan sumber perundangan Islam yang lain.

Bukankan al Quran itu merupakan ‘teman’ dan nyawa kita sendiri. Panduan kehidupan sepanjang zaman. Sejak azali lagi. Segala-galanya termaktub di dalam kandungan al Quran. Biarlah keseronokan dan keasyikan kita dengan ayat suci al Quran. Mendengar kalam Allah dengan alunan dan lantunan daripada mereka yang sedap didengar. Mengapa perlukan hiburan yang boleh melekakan sedangkan ‘hiburan’ yang menjamin kehidupan duniawi dan ukhrawi mudah sekali kita perolehi.

Sampai masanya kita semua akan menemui ajal. Hidup itu ketentuan, mati itu pasti. Siapa sahaja dan apa saja yang bernyawa pastinya di penghujung akan ketemu dengan mati. Bunga akan layu. Tumbuhan akan mati tatkala kering. Tanah ketandusan. Haiwan mati meninggalkan tulang belulangnya. Adakah pengakhiran kita juga sama seperti itu. Tidakkah kita mahukan kematian kita seperti orang yang terdahulu. Mati tidak sia-sia. Meninggalkan nama untuk dikenang di dalam hati sanubari. Biarpun sudah tiada jasadnya. Nama sudah gah di persada dunia. Dalam doa.

25 Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.    Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( al Quran ) pada malam qadar.
2.    Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu…???
3.    Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu tahun.
4.    Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh ( Jibril ) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
5.    Sejahteralah ( malam itu ) sampai terbit fajar.


Malam lailatul qadar yang dijanjikan oleh kalam Allah s.w.t. di dalam kitab suci umat manusia sepanjang hayat, al Quran. Malam di dalam bulan Ramadhan. 10 malam yang terakhir.

Terdapat ikhtilaf ulama’ tentang bila berlakunya lailatul qadar. Lebih kurang 40 pandangan para alim ulama’ tentang hal ini. Ada yang mengatakan di awal Ramadhan, ada juga pendapat yang mengatakan malam setelah pertengahan Ramadhan.

Ada pendapat yang mengatakan setelah malam 17 Ramadhan, malam ke 23 dan banyak lagi. Memang banyak kalau ingin dinukilkan semuanya. Bagi 10 malam terakhir, dikatakan berlakunya malam lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil yakni malam ke 21,malam ke 23, malam ke 25, malam ke 27 dan  malam yang ke 29.

Tetapi seperti sedia diketahui, 10 malam terakhir di bulan Ramadhan sudah menjadi bualan buat umat manusia tentang berlakunya malam lailatul qadar. Sekadar banyak bicara sahaja tapi tiada usaha untuk mendapatkannya tiada guna juga.


Masih ada peluang lagi untuk kita mempertingkatkan amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini. Manakan tahu, baki hari yang ada ini adalah yang terbaik dalam hidup kita.

24 Ramadhan

Penghulu segala hari di dalam penghulu segala bulan…
Jumaat terakhir di dalam Ramadhan yang mungkin 'akhir' kalinya…


Terakhir. Di hari-hari terakhir di dalam 10 hari yang terakhir dan Jumaat terakhir di dalam bulan Ramadhan 1434H, mungkin juga Ramadhan yang terakhir kalinya buat diantara kita. Pantas tangkas masa menginjak sedikit demi sedikit tanpa disedari.

Ayuh, kita tambahkan had kelajuan mengerjakan amal ibadah di hari-hari terakhir ini. Bersaing kita dalam amal kebajikan, mudahan ia bermanfaat untuk diri kita sendiri juga. Mengapa tidak kita menjadi ‘role model’ buat yang lainnya.

Dalam bersaing mencari redha dan rahmat Allah di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, perbaharui niat kita agar tidak tersimpang jauh dalam beribadah. Ikhlaskan diri relakan diri tanpa ada sifat riak yang bersarang. Manis sebegitu.


Menghitung hari-hari yang terakhir, apakah amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan berbaloi untuk kehidupan akhirat kita…??? Apakah Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas…??? 

23 Ramadhan

Walaupun suasana Ramadhan di ardhul kinanah tidak seperti di tanah air sendiri, namun terasa kemeriahannya tersendiri. Bagi mereka yang sudah melaluinya, mereka tahu bagaimana suasananya yang sebenar. Kalau yang tidak pernah merasaianya, nak pesan satu sahaja.. “jangan duk sembang”.

Lebih-lebih lagi di sepuluh malam yang terakhir Ramadhan ini. Semakin terasa meriahnya Ramadhan yang berbaki ini. Dengan suasana bingit anak-anak yang tidak tahu tidur malam. Berjaga semalaman bermain itu ini. Hendak ditegur, ibu bapa ada di depan mata. Bayangkanlah kalau waktu sebegitu sudah melepasi 12 tengah malam.

Kian tengah malam ataupun sepertiga malam, andai yang belum tidur mahupun yang terjaga di awal pagi akan terdengarlah kalimah suci ayatul quran bersahutan dari masjid ke masjid. Setiap malam kiranya qiamullail ditunaikan. Dengan bacaan ‘qari’ yang boleh membuatkan si ‘mamai’ meneruskan alunan ‘buaian’ mimpinya.



Itulah diantara yang dirasai di bulan Ramadhan. Malam tidak sunyi begitu sahaja. Unggas dan cengkerik turut sama ‘berlagu’. Ayam dan itik turut serta. Tidak mahu ketinggalan juga. Meraikan dan turut berdoa buat mereka yang ‘menghidupkan’ malam sepuluh terakhir Ramadhan.

22 Ramadhan


Masa yang berlalu sejak awal Ramadhan terasa pantasnya. Di awal Ramadhan, ada yang mengeluh bila nak habisnya Ramadhan ini. Sekarang hanya berbaki seminggu sahaja lebih kurang. Dengan makna, kita sudah berada di penghujung Ramadhan 1434H. Masa dan waktu dan keadaan yang kita sendiri tidak akan kembali pada saat dan detik ini.

Di akhir-akhir Ramadhan inilah, kita cuba merebut dan bersaing antara satu sama lain dalam mengerjakan ibadah. Biar timbul rasa dengki dan cemburu buat sesama kita. Bukan dengki dan cemburu dengan perkara-perkara mazmumah bahkan dengki kita, cemburu kita sesama muslim dalam perkara mahmudah.

Kita dengki dengan sahabat kita disebabkan dia selalu bangun malam misalnya. Kita juga bangun malam bersama. Tapi, dia mengerjakan ibadah, berqiamullail, membaca al Quran. Kita pula bangun malam sekadar ingin ke tandas. Kalau tidak pun, menonton perlawanan bola sepak. Tidak kurang juga yang bermain ‘game’ mahupun yang lepak di sana sini.

Bersangka baik, yang lepak itu bukan sebarang lepak..
Yang bermain ‘game’ itu bukan sebarang main sahaja..
Yang berjaga malam bukan sebarang berjaga..
Dalam diam hati mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir mengakui

“tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah..”