Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Kemenangan Sebagai Muslim

Hari Lebaran yang di sambut seiring dengan tamatnya Ramadhan. Setelah sebulan berpuasa, berpuasa bukan sahaja menahan daripada makan dan minum bahkan berpuasa dari segi luaran dan dalaman. Sama ada puasa nafsu yang semestinya tidak terpenjara. Nafsu yang perlu dikekang di dalam bulan Ramadhan. Makhluk yang tidak mampu dilihat tapi cukup mudah peranannya dalam menjatuhkan manusia ke lembah kehinaan. Hina di pandangan manusia dan hina di pandangan Dia. Ataupun hina di pandangan manusia mulia di sisi Allah. Hatta ‘hebat’ di pandangan manusia tetapi celaka di pandangan Allah s.w.t.

Mudahan Ramadhan yang baru berlalu mampu mendidik diri kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Insya-Allah. Menuju ke arah yang lebih baik dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang.

Malang andai selepas tarbiyah Ramadhan selama sebulan, kita semakin biadap dengan hukum Tuhan.
Sejuk perut ibu mengandung kiranya selepas madrasah Ramadhan, kita mempu menapak selangkah ke hadapan dengan amal dan sikap yang sopan. Tidak dinafikan manusia mudah lupa dengan nikmat yang diberi. Sama-samalah kita memperingati untuk kembali ke jalan yang sebenar. Jalan yang diredhaiNya.

Suka Duka


Saidatul Eryna Nisrina

“Ramai yg sukacita bila datangnya Syawal, tapi tidak ramai yg dukacita bila perginya Ramadhan.”

Menarik dan tertarik dengan status yang ana datangkan ini. Tetiba saja terjumpa. Memang tidak dinafikan sama sekali tentang fitrah sebagai seorang yang suka dengan kehadiran Syawal dan tidak ramai yang menangisi pemergian Ramadhan. Walaupun hati sedih dan hiba dalam pemergian bulan Ramadhan perlu kita ingat jua bahawa Syawal perlu diraikan tanda syukur kita sebagai hambaNya. Ini kerana kita kembali semula kepada fitrah kehidupan kita yang asal. Jangan sampai langsung tidak ingat dunia sudahlah.

Sudah pasti Ramadhan akan dirindui. Apakah kita mampu ketemu lagi dengan Ramadhan yang mendatang. Walaupun kita hiba dalam pemergian Ramadhan, tapi apakan daya kita kerana ia tetap berlalu pergi. Hanya menantikan saatnya untuk kita ketemu semula dengannya. Andai ada rezeki insya-Allah.

Banyak ‘status’ yang bicarakan tentang suasana Syawal. Ucapan sana sini tentang Hari Raya. Sedikit sangat ucapan dan kata-tentang pemergian Ramadhan. Mengapa dan kenapa…??? Adakah langsung tiada kesan dalam diri kita selama mana kita berada di madrasah Ramadhan. Ataupun sekadar “menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari”. Sama-sama kita perkirakan kembali.

(⁀‵⁀) .
`
´¸.•°*”˜˜”*°•
..
¸.•°*”˜˜”*°•.
/˚ •* ˚ ˚˚ ˛* ˛° * ° ˚ • *˚ .
/
*˛˚ •˚ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI ˚ *
.../ \ ˚.
˛ ˚ ˚ ˚* ˛˚ ˚* ˚ ˚ •* ˚
''''

___
.

.

.
     
.
    ''''
.
  '''''_____)     .人    
.
 '''__________   '(____)   人
.
____╭━━━━━╮_____'|_|______
.
┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |||╭╮╭╮ ||
.
┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |||┃┃┃┃ ||
.
┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |||┃┃┃┃ ||
.
┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |||┃┃┃┃ ||

*********************************************************


berlabuh sudah tirai ramadhan,
lambaian syawal kian dirai,
ikhlas hati pohon kemaafan,
semoga segala silap dapat dimaafi.
Salam perantauan (^_^)

Darwisy Sufi

Terakhir

 Andai malam ini adalah malam terakhir di bulan yang mulia ini yakni Ramadhan, apakah kita rasa gembira mahupun duka. Semestinya ada yang bersuka ria dan berduka lara mahupun terasa akan keduanya sekali.

Gembira kerana madrasah Ramadhan ini dapat kita laksanakan sebaik mungkin ( mudahan ). Dapat juga kita penuhkan jua kehidupan kita di bulan mulia ini. Dapat jua kita melaksanakan tuntuan yang menjadi kewajipan sebagai umat Islam yakni berpuasa. Hanya yang berpuasa sahaja. Kalau ada yang tak berpuasa tanpa sebab yang munasabah, sendiri mahu ingat. Dah dapat jaminan ahli syurga gamaknya. Tapi kalau yang dah ada aral apakan daya. Khusus buat kaum hawa sahaja.

Sedih, pilu dan berduka andai inilah Ramadhan yang terakhir buat kita. Sayangnya kita sendiri tidak tahu apakah masih ada lagi Ramadhan yang mampu kita singkap kembali di masa mendatang. Sedih jua andai kita biarkan Ramadhan berlalu pergi tanpa meninggal secebis kesan, sedikit sebanyak tarbiah selama sebulan ini. Dan lebih sedih lagi andainya hidup kita semakin teruk dan gundah selepas kita keluar dari madrasah ini.

Sama-sama kita memperbaiki semula amalan kita.

Sama-sama kita
‘menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak’
dek dunia ini.

Mohon bersama dalam memartabatkan dinul Huda di persadanya.




Ghairah Beraya


Raya tetap raya. Ibadah Ramadhan jangan dilupa pula. Biasalah kan kalau dah dekat-dekat dengan raya macam ini. Kelam kabut nak buat itu ini. Nak pasang pelita, langsir, kuih raya dan macam-macam ada. Kita sambut dengan tanda kesyukuran sebagai hamba Dia. Janganlah sampai lupa pula kita masih lagi dalam bulan mulia. Andai panjang umur, insya-Allah kita akan raikan di pagi raya bersama-sama insan tersayang. Dan jua buat para ‘mujahid-mujahidah’ yang berjuang di arena masing-masing. Yang berjuang jauh nun dari keluarga, usah berduka. Raya diraikan sebagai tanda kegembiraan setelah mana sebulan berpuasa. Jadi, sambutlah dengan hati yang girang. Luaran senantiasa girang tapi dalamannya, sendiri tahu. Teman-teman pengganti keluarga. Andai nak kan jua bersama keluarga, cepat-cepatlah pakat ‘bina masjid’.

Apa pun, semarakkan lagi perjuangan kita di bulan Ramadhan. Dengan saki baki masa dan peluang yang masih ada ini, kita manfaatkan bersama. Semalam, ada seorang lagi ‘teman tapi mesra’ ana bersedih, ana ingatkan kenapanya. Rupa-rupanya sedih kerana sudah di penghujung masanya yakni Ramadhan dan risau andai ini adalah Ramadhan terakhir buatnya.


Wahai insan Jauharah Mumtaz’, bukan sahaja dikau yang risau dengan keadaan begitu, ana juga risau andai ini adalah Ramadhan terakhir buat ana. Bukan sahaja kita bahkan yang lain juga begitu. Mudahan. Bagaimana sekalipun pengharapan kita, letaklah harapan sepenuhnya pada Yang Esa. Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.

Biarlah hidup dan mati kita bersama dalam keadaan yang diredhai olehNya. Apa gunanya andai hidup terlalu lama tapi langsung tidak ingat mati. Lebih malang lagi andai lupa Tuhan di hayatnya. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik diantara yang terbaik buat kita. Bukan diri sahaja, begitu jua dengan insan tersayang, keluarga semestinya, teman rakan taulan dan juga buat guru-guru dan umat Islam seisinya. Tidak dilupakan juga insan agung Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda jua para sahabat seluruhnya yang memperjuangkan Islam di mata dunia sejak berzaman lagi.


Mudahan dipermudahkan urusan buat mereka dan jua kita bersama. Insya-Allah.

Hidup



Malam gelap gempita, hanya diterangi dek cahaya bulan dan lampu jalan. Sayup-sayup kedengaran kalimah suci dilaungkan oleh para imam dari serata masjid di sekeliling. Mendayu bunyi dan alunannya yang bergema di kala malam yang sunyi ini. Andai didengar terasa sayu dengan bacaan yang imam-iman laungkan. Kanan kiri depan belakang saling bersahutan. Manusia mencari sinar di kala waktu itu  tika mana segelintir lagi masih dibuai mimpi.

Tapi rasanya di sini bukan sebegitu. Walaupun jam di dinding menunjukkan dua pagi tapi masjid sudah dipenuhi dengan jemaah. Seolah-olah menunaikan solat Jumaat. Menghidupkan malam yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan. Qiamullail. Andai kebiasaannya jemaah ramai tika solat terawikh bukan bermakna pada malamnya mereka letih dalam menghidupkan amalan-amalan di malamnya. Bahkan masih lagi mampu menjalani kehidupan sebagai hambaNya dalam mencari redha dan maghfirah Allah. Duhai ‘ardhul kinanah’.

Hadir awal di masjid, iktikafkan diri tunaikan solat-solat sunat sebelum menjalani qiamullail berjemaah. Sayu rasanya hati ini kerana peristiwa ini hanya mampu aku raikan di tanah asing. Bagaimana pula dengan tanah sendiri. Setahun sekali belum mampu aku rasai seperti ini. Hidupnya masjid dengan suasana yang cukup mengasyikkan. Andai aku pulang ke tanah kelahiran aku sendiri sekalipun belum tentu aku dapat temui semua ini. Ya Allah, Kau permudahkanlah hidup kami dalam memperjalankan ibadah padaMu di kala yang lain semakin alpa dan lalai padaMu dengan kemewahan dunia fantasi.




Jariah


Amalan yang mampu menampung serba sedikit amal kita di bulan Ramadhan yakni amal jariah. Bukan sahaja untuk diri kita bahkan jua mampu dihulur’ buat insan yang sudah pergi menuju kepada Pencipta Yang Agung.


Bantuan dan sedekah yang kecil nilai dunia tidak dipandang oleh Allah Taala akan tetapi niat kita dalam melakukan sesuatu amalan yang mampu memberi peluang kita dalam sederap melangkah ke syurga Allah. Mudahan dengan amalan yang kecil mampu mendapat rahmat pengampunan dari Yang Esa.

“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka……”
( at taubah : 9/103 )
·        Zakat membersihkan mereka daripada kekikiran dari yang berlebihan terhadap harta.
·        Zakat menyuburkan sifat-sifat kebaikan dalam hati mereka dan memperkembangkan harta mereka.


Di antara jariah yang mampu kita lakukan adalah zakat yang merupakan penyuci jiwa sanubari dalam menjalankan amanah kita sebagai muslim. Andai diselidiki, banyak dalil dan penghuraiannya tentang zakat dan seumpamanya. Cumanya tidak ramai yang ambil peduli. Sekadar tahu jumlah yang perlu dibayar sahaja. Sama macam zakat yang perlu dibayar di bulan Ramadhan ini. Sekurang kalau dipelajari peroleh juga ilmu baru dalam hidup kita ini. Tapi, sedikit sangat makhluk yang nak sangat mencari ilmu Allah Taala.

Sayangnya andai harta yang melimpah ruah dihabiskan di jalan yang tidak sepatutnya. Apa salahnya andai dihulur sedikit sebanyak dalam membantu asnaf yang layak menerimanya. Tidak rugi sedikit pun andai harta kita disumbang dalam memberi bantuan sekiranya mampu. Lagi pula, harta yang ada pada diri kita bukanlah milik kita sepenuhnya. Ia sekadar pinjaman yang tidak ke mana.


Menolong menuju ke  arah kebaikan dan ketaqwaan. Insya-Allah

Malam

Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Hajat Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakkan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.


Berjaga malam dalam melaksanakan ibadah untuk mendekatkan diri pada Yang Esa. Tidak kiralah, tidak kisahlah ibadah yang bagaimana cara sekalipun. Apa pun, marhalah kita adalah untuk taqarrub kepada Tuhan Semesta Alam. Segala macam ibadah mampu kita laksanakan di kala malam yang sunyi, terhindar dari bunyi gempita dan suasana riuh. Adat di waktu malam suasananya yang sunyi bebas daripada suara-suara dunia yang entah apanya. Andai sekalipun, suara alam masih lagi melagukan tanda syukur pada Sang Pencipta.

Mampu untuk berjaga malam untuk beribadah walaupun sekadar serangkai kalimah suci. Tapi, apa yang kita lakukan andai berjaga di kala malam hari. Tidak lain dan tidak bukan hanya mainan dunia yang tiada ke penghujung melainkan mati. Lebih mengutamakan hayat dunia daripada hayat akhirat. Saham akhirat tercampak ke sebelah digenggamnya saham dunia. 

Ketiga Terakhir


Ramadhan sudah pun memasuki sepertiga yang terakhir. Boleh dikatakan juga sepuluh yang terakhir. Pantas sudah masa berlalu meninggalkan kita. Meninggalkan satu tempoh masa yang dirasakan cukup pendek. Di awal Ramadhan merungut sana sini tentang tempoh yang panjang sama sekali dan kini Ramadhan sudah pun berada di ambang penghujungnya. Sayang seribu kali sayang andai ini Ramadhan kita yang terakhir , kita tidak mengambil peluang dan memanfaatkan sebaik mungkin. Tidak dinafikan bahawa hidup mati kita adalah qada’ dan qadr Allah s.w.t..

Kata-kata dari seorang ‘amurah’ kepada ana baru-baru ini……”dan sedihnya betapa ramadhan ini berlalu terlalu pantas…” Ya, memang benar Ramadhan yang dirasakan baru sahaja menjengah sudah mahu pergi meninggalkan kita. Risau dan tidak pasti sama ada Ramadhan yang akan datang mampu kita raikan bersama ataupun tidak.

Apa jua sekalipun, yang terbaik adalah daripada Dia. insya-Allah. (,”)(“,)