Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Aktiviti ~3~ Sinai

Dengan perjalanan  yang jauh..

Merentasi ‘benua’ demi ‘benua’..
Melayari perjalanan yang perit
‘bahangnya’..
Baru ku tahu akan perasaan yang bersarang..
Mendaki dan terus mendaki biarpun bersama
‘perhentian’..
Menuju sasaran dan tujuan biarpun langkah rasa terbeban..
Akhirnya kejayaan menawan
‘puncak awan’..
kepenatan..


“Lukisan indah terukir di ulas bibir, tatkala ‘nur’ menampakkan sinarnya..”Alhamdulillah..












Hamba daif, hina bersarang dosa..

* terima kasih buat 'jurugambar' 

" Dunia 14 Februari "


Bismillah ku mulai..

Isu yang mana rata-rata dipersoal, dipertikai, dijadikan sebagai bahan bualan bila tibanya pertengahan bulan Februari. Apa lagi andai tidak lain dan tidak bukan ‘Valentine’s Day’. ‘ Hari Kekasih’ konon-kononnya sebagai memperingati kisah cinta, kisah sayang dan segala bala. Apakah hari yang dianggap sebagai  hari yang istimewa ini membawa seribu satu erti buat pasangan kekasih..?? Andai begitu kiranya hari lain tidak dikira sebagai Hari Kekasih, sekadar hari-hari biasa sahaja.

Adat manusia yang sudah tahu pantang larangnya namun begitu tetap juga mahu melakukannya. Ibarat kanak-kanak yang dilarang melakukan sesuatu, tetap berdegil nak melakukan juga. Bila disuruh, enggan pula melaksanakannya. Itu kanak-kanak Ribena yang belum ‘beramanah’ lagi. Bagaimana pula dengan ‘kanak’kanak hingusan’ yang serba serbi tahu tentang itu ini. Akal yang membatasi sempadan. Tetap juga mahu berbuat perkara yang tertegah sama sekali. Sedangkan kalam Allah ‘mereka’ boleh dustakan, mahupun firman Allah ‘mereka’ boleh pertikaikan..apatah lagi kata-kata makhluk yang serupa ‘mereka’.

Risau andainya sembilan atau sepuluh bulan dari sekarang, lahirnya anak-anak kecil yang tidak berdosa. Menangis sana-sini. Mencari tempat berpaut, dimanakah ayah..??? dimanakah ibu..???  Suara tangisan yang bergema sekadar bersahutan dalam diam. Dan akhirnya sebahagian lagi terkulai kaku terus ‘melangkah’ ke syurga.  Kesan daripada hilangnya satu ‘pegangan’, maka akan terlahirlah insan terbuang. Belum lagi yang dikira sebagai ‘pembunuh’ awalan. Apatah lagi hati mengeras sekeras-kerasnya untuk menerima kesan daripada perbuatan sendiri.


Jika suatu masa dahulu pada zaman Firaun laknatullah, hanya diarahkan untuk membunuh bayi lelaki..
Jika suatu tika zaman kegelapan, sebelum datangnya
Islam, masyarakat arab Jahiliyah hanya membunuh anak perempuan..
Akan tetapi pada zaman kini, di saat dunia ‘Jahiliyah Moden’, manusia membunuh keduanya..
Tidak kira bayi lelaki mahupun perempuan..
Ahli syurga yang putih bersih sucinya dinodai dengan tangan-tangan makhluk berakal..
“Nauzubillah min zalik..”

Aktiviti ~2~


Buat pertama kali setelah sekian lama meninggalkannya..
Menemani mereka yang buat pertama kali dalam hidup..
Terukir senyuman dan gelak tawa..
Terima kasih atas
‘hadiah’ yang diberikan..
Biarpun
‘kelat’ dan ‘pahit’, ada manisnya secebis..
Itulah
‘ramuan’ dalam meneruskan kehidupan.. 


23


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam..
Aku berlindung daripada manusia yang ‘kejam’..

Aku berlindung daripada kejahatan yang zahir mahupun yang batin..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan salam ke atas junjungan agung
Muhammad s.a.w. dan seisi keluarga dan para sahabat baginda dan seluruhnya..
Kesyukuran ku panjatkan buat
Tuhan Sekalian Alam, Allah Rabbul ‘izzah..
“Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang layak disembah 
dan diagungkan melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad itu pesuruh dan utusan Allah..”

22 tahun berlalu meninggalkan diri yang bersarang dengan segala-galanya. Daripada kain rentang yang putih bersih mulus suci kini terpalit dengan warna warni kehidupan. Sungguh kotor sekali andai diteliti. Dengan tompokan hitam di hati dan jasmani. Semakin lama semakin bertompok. Entah bilanya akan hilang tompokan ini. Bakal menjadi saksi di hadapan Ilahi tanpa ada pendinding andai tiada keinginan diri dan iman dari seketul daging yang bernama hati..

Terima kasih atas ucapan, kata-kata dan ungkapan dari kalian. Apa yang ana harapkan tidak lain dan tidak bukan doa dari kalian. Tidak kira siapa pun diri kita, doa saling terutus biarpun tidak bersua. Doa sebagai saudara seagama, rakan seperjuangan.


Ya Allah, kami mohon ampun atas segala dosa yang telah kami lakukan..
Kami mohon ampun atas ketelanjuran dalam kehidupan..
Kami mohon dari-Mu akan redha-Mu,  rahmat-Mu dan syurga-Mu..
Jauhkan kami daripada azab seksa api neraka-Mu..
Matikanlah kami Ya Allah dengan “Khusnul Khatimah”..
Jangan matikan kami
Ya Allah dengan “ Su’ al Khatimah”..


“Terkenang dan terbayang akan debu-debu dosa…”