Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

'Aidil Adha 2013M / 1434H


Satu kurniaan dan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan dalam Islam buat umat Nabi Muhammad s.a.w. di dalam bulan terakhir dalam kalendar Hijrah, Zulhijjah ialah ‘Aidul Adha ; Hari Raya Aidil Adha ataupun dengan nama lain Hari Raya Korban. Kenapa dinamakan korban’…??? Kerana sejarah tercipta tentang pengorbanan yang berlaku dalam sejarah Islam diantara seorang ayah, Nabi Ibrahim a.s. dan ketulusan dan kepatuhan seorang anak, Nabi Ismail a.s..

Pengorbanan dan taat patuh yang tiada ragu dengan perintah Allah kerana mereka menjunjung tinggi dengan sebaik-sebaik perintah. Tiada rasa ragu, tiada rasa curiga, tiada rasa was-was setelah mana difirmankan buat mereka dua beranak. Keteguhan iman yang menggunung menebal di dalam diri sehinggakan darjat mereka diangkat ke tempat yang cukup mulia di sisi Allah s.w.t..

Duhai sekalian muslimin sekaliannya,
Bagaimana pula pengorbanan yang kita tunjukkan buat ummah sejagat…???
Apakah pengorbanan yang kita hulurkan buat agama yang kita sayangi ini,
Islam…???

Kita mengaku bahawa kita muslim, orang yang beragama
Islam yang menyayangi agama kita sendiri, agama yang mulia di sisi Allah. Satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. tapi, sayangnya kini Islam itu hanya tinggal pada nama semata-mata. Ummah pula seperti buih-buih di lautan.



Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim a.s.
melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail a.s…
Di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan…
Salam ‘Aidil Adha…