Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

"Tinggalan Sendirian"

Andai dapat ku putar waktu, ingin sekali aku ku kembali di saat itu. Di saat bahagia bersama teman. Khususnya buat “Teman Tapi Mesra…” Sudah pastinya ada manis pahitnya dalam menjalinkan hubungan persaudaraan ini. Salah menduga, curiga dan tersadung langkah dalam bicara.

Sudah pasti setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan kerana perpisahan adanya pertemuan. Lumrah dalam kehidupan, kawan sahabat rakan dan teman…semuanya datang dan pergi.

Dalam derita benar ada bahagianya dan dalam senyuman terukir tak siapa yang mampu menduga andai terselit duka. Duka yang tidak bisa dipamerkan di hadapannya. Tiada siapa yang mengharapkan sebuah pertemuan. Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Bila terucap penerimaan dalam perpisahan, apakah hati mampu menerimanya. Lisan mengungkap sabar namun dalam jiwanya terpapar derita. Gembira di luaran dalam tiada diduga. Taksiran yang menjelma belum tentu menjadi kenyataan. Pandangan yang berbeza dari segenap. Adakah ya mahu tidak.

Namun begitu, terimalah dengan lapang dada dan hati terbuka. Sebaik-baik pengaturcaraan semestinya datang daripada Dia. Walaupun batin terseksa namun semua ada hikmahnya. Hikmah di sebalik kepahitan dan sengsara yang ditanggung.

Bersyukurlah dengan setiap kali badai menerpa. Kerana itu sudah jelas dan yakin bahawa Allah mengasihi hambanya yang ditimpa musibah. Bila lagi untuk kita ingati Dia andai bukan tika itu. Sebaiknya setiap masa dan setiap detik hembusan nafas. Usah dibiarkan nafas berlegar dengan sia-sia.

Hidup perlu diteruskan. Dalam musibah teruji tahap keimanan kita padaNya sedangkan yang lainnya terus terleka kelazatan dunia. Nikmat yang tiasa batasnya. Hanya yang bertuah sahaja terpilih dalam mencapai rahmat kasih sayangNya. Alhamdulillah. Nikmat terhunus tanpa terlintas.

Usah duka duhai hati, rintihan didengari Dia. Ganjaran tersedia buat mereka yang meredhainya. insya-Allah.

Sudah begitu, terima, syukur dan hadapilah dengan ujian yang mendatang. Kesyukuran dipanjatkan, masih ada yang mengingatimu.


Yang terbaik menantikan kehadiranmu…!!!”

Seketika

Hamba yang mencintai Ilahi..

Dirinya tiada kebimbangan hati..

Tiada keluh kesah..

Risau dan resah..

Bersandarkan pada Rabbul ‘izzah..

Apabila ditimpa padanya ujian..

Semuanya sebagai cabaran..

Kerana  yakin dengan kasih sayang Tuhan..

Tika cinta Ilahi mengatasi segala-galanya..

Tidak melatah dan tidak pula bersikap amarah..

Andai nikmat dunia diangkat..

Andai terasa bersendirian..

Andai diri kehilangan..

Ketetapan cinta hakiki di hati sanubari..

Setiap yang mendatang adalah anugerah..

Anugerah dalam mematangkan diri..

Memperkasakan jiwa rohani..

Dalam penyerahan roh yang suci..

Dalam pengabdian yang sudah pasti..

Untuk mendapatkan cinta insani dan cinta Ilahi..

Pasrah dan redha adalah lumrah dalam kehidupan…

Dalam merealisasikan impian dan harapan..

Yang senantiasa menanti di hadapan..

Andai bukan di sini benar di hari mendatang..

Tarbiyah yang hadir dalam penyesuaian..

Dalam melangkah ke setiap derapan..

Berpaut harapan cintaMu wahai Tuhan..


“Perkirakan pada kami selaut redha dan rahmatMu..”

Oh Tahun Baru...!!!

Dunia pantas merentasi masa. Sudah berlabuh tahun 2011 dan kini menjelma pula tahun baru 2012. Ditanya apa azam tahun baru…??? apa matlamat, harapan dan umpamanya sempena tahun baru. Kalau tahun-tahun yang sebelum ini bagaimana. Dah tercapaikah segala impian kita. Ataupun impian sekadar impian. Angan-angan saja yang melambung tinggi entah ke mana.

Pernah terfikir untuk memperbaharui niat kita dalam sesuatu hal…??? Pernah terfikir untuk mengawal nafsu yang acap kali menguasai diri…??? Pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki segala salah silap kita…mengurangkan sifat mazmumah dan memperbanyakkan sifat mahmudah. Mahupun kita mengharapkan mampu mendekatkan diri kita pada Yang Esa…???

Tak kan nak tunggu bala Tuhan datang menerjah kemudian baru kelam kabut kita nak bertaubat. Malam tahun baru saja ada yang ditangkap sana sini. Kes itu ini. Kalau nak kata yang baik rasanya sedikit sangat program yang bermanfaat malam tahun baru. Kalau yang bertentangan, yang punah ranah, hancur …memang bersepah. “Wahhh…buat dunia ini macam dunia mak bapak korang yang punya. Dah puas dah kut hidup atas muka bumi ni..”


Berapa ramai yang menyambut tahun baru dengan sorak gembira. Sedangkan nun di sana berapa ramai yang kehilangan insan tersayang. Berapa ramai yang kehilangan tempat tinggal. Peringatan yang datang terus menerus bukan untuk membebankan manusia tapi untuk kebaikan sejagat. Tetapi sedih kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil  istifadah daripada apa yang berlaku di kehidupan sementara ini.