Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Cara Mengenali Wanita Masih “Dara”

Assalamualaikum...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.s.a.w. dan keluarga baginda serta para sahabat tabi'in 'alaihim ajma'in..




Pada kali ini ana nak kongsikan sedikit bicara ataupun ilmu yang ana jumpa dalam satu halaman..
Mungkin ramai yang sudah tahu..
Yang mana sudah tahu ianya sekadar untuk mngingatkan semula..
Yang mana belum tahu, bolehlah menjadikan ianya sebagai satu ilmu baru dalam kehidupan..
Sekadar satu perkongsian  untuk semua para pembaca..
Dan ana harapkan semua orang dapat ambil cakna dalam hal ni..
Walaupun ianya ditujukan khusus buat perempuan, wanita, gadis dan seumpamanya..tetapi ia jua adalah ilmu bagi kaum Adam..

Sama - samalah kita renungkan...


Cara Mengenali Wanita Masih “Dara”


Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki punggung yang pejal dan tidak bergoyang.

Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara, telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah2 untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak mencuba atau testing dekat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

Pipi
Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.
Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka ber ‘make-up’, tetapi cara mereka ber ‘make up’ tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan ‘make up’ keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.
Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, tiada masalah kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebab yang tadinya.
Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.

Telinga
Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.

Hidung
Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerana darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.
Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).



Mata
Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.
Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang sudah tidak mempunyai dara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.
Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris2 halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.
Namun begitu…
Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya. Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun, anggun dan cantik daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan.
Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.
Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami, mereka cun berkali-kali ganda berbanding gadis dalam mengikut kajian.



Rambut Wanita
Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan berkali ganda. Pada wanita yang sudah berumah tangga secara halal. Dinasihatkan, tidak perlulah memaakai Rejoice, Pantene, Feather atau sebagainya. Sekadar  memakai petua biologi dari suami anda. Belaian. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.



Perut
Untuk pengetahuan anda, pada mereka yang biasa berhubung, perut akan sedikit membuncit, kerana perut melakukan daya aktif yang amat kuat dan menyebbkan sel-sel mengembang. Selain itu, tanda yang terdapat pada perut seperti alur garisan panjang dari dada hingga pusat dan dari pusat hingga ke faraj.
Jika tanda ini terputus pada bahagian bawah antara permukaan pusat dan faraj, ini bermakna, wanita itu tidak berdara. Faktor kehamilan juga merupakan sebab garis ini terbentuk. Namun, garisnya kelihatan lebih ketara.


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(@_@)

Sederap Melangkah Menuju Ke Hadapan


Ya Allah Ya Tuhanku..!!
Terangilah pandanganku dengan kitab al Quran dan lapangkanlah dadaku dengannya..

Dan mudah-mudahan dapat aku beramal dengannya..
Dan lancarkanlah lidahku dengannya..
Dan teguhkanlah hatiku dengannya..
Dan percepatkanlah kefahamanku dengannya..
Dan perkuatkanlah keazamanku dengan daya  dan kekuatanMu..


Maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan Engkau..
Wahai  Tuhan Yang Amat pengasih..
Ya Allah..
Aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Kau ajarkan daku..




Maka kembalikanlah akan ia padaku ketika mana aku memerlukan dan mendambakan kepadanya..



Dan janganlah Engkau melupakannya wahai Tuhan yg mentadbir sekalian alam..
Tuhan Rabbul ‘Izzah..

**************************************
(,")(",)

Ambillah...

* Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan...



* Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...






* Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan...


* Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan...


* Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa  yang diberikan Tuhan...


Bayi

“Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Ke manakah naluri dan sifat kemanusiaan itu hilang? Di manakah Iman di dada?”


 Baru-baru ini ana dapat mesej dari seorang kawan ana di mesir mengenai apa yang kalian bacakan di awal  tadi. Mengenai pembuangan bayi yang tiada penghujungnya. Secara realitinya ana setuju dengan mesej tersebut. Memang benar, sifat kebinatangan ini tidak akan berhenti. Sudah pasti tiada pengakhiran tentang gegala tersebut hinggalah datangnya satu masa yang mana tiada siapa dapat menghalang iaitu hari kiamat. Penghujung dunia.





Semua ini adalah sebahagian tanda-tanda kiamat yang Allah tunjukkan buat umat manusia terutamanya Islam. Pelik bukan, statitik anak buangan yang paling tinggi adalah anak orang Islam sendiri. Semestinya berbangsa Melayu ( bagi di Malaysia). Seolah-olah anak tersebut tiada nilai bagi manusia yang berwajahkan………..entah,tak dapat diberi gelaran untuk orang sebegini. Kalian sendiri yang fikirkan…




Kenapa ana katakan begitu…??? Kerana, binatang juga sayangkan anaknya sendiri hatta syaitan dan iblis laknatullah juga turut merasa gembira apabila ada kelahiran baru bagi kaum mereka. Syaitan dan iblis akan menyambut dengan penuh kegembiraan  apabila datangnya pewaris buat mereka. Tetapi manusia yang sememangnya ada akal tapi meletakkan akal mereka entah di mana. Pelik, manusia sebegini lebih teruk dan lebih hina dari binatang. Ya, memang benar, manusia-manusia sebegini memang teruk, terlalu teruk dan tiada ungkapan yang selayaknya buat mereka. Kerana makhluk yang tiada akal tahu menghargai sesuatu yang bernilai sedangkan makhluk yang berakal pula sebaliknya.

Pernah ana terbaca satu ungkapan di sebuah majalah ketika mana ana di tanah kelahiran dulu… Ana rasa memang sesuai juga istilah ini digunakan untuk makhluk yang seumpama ini. Tapi ana nak ubah sedikit…

seorang binatang seekor manusia

Sebab apa ana datangkan ungkapan dan istilah ini…??? Rasanya semuanya sudah tahu jawapannya. Sama-samalah kita berfikir. Menggunakan akal fikiran kita dengan sewajarnya.

Gegala sebegini memang tidak akan berhenti, tetapi sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan agar insan-insan kerdil lagi hina ini sedar dengan apa yang telah mereka lakukan. Bukan sahaja mereka, juga kita. Sama-samalah kita sedar apa yang telah kita lakukan. Fikirkanlah kembali kenapa perkara sebegini telah terjadi…??? Siapa yang harus dipersalahkan..??? Siapa yang bertanggungjawab..??? Apakah peranan kita…??? Ayuh semua, kita renung-renungkan kembali. Kenangkan semula segala-galanya.

Mudah-mudahan masih ada lagi ruang penyesalan di pintu hati kita.
Mudah-mudahan pintu rahmat masih terbuka lagi.
Mudah-mudahan pintu taubat masih masih mahu menerima pengharapan kita.
Mudahan apabila kita mati kelak, kita redha untuk bertemu dengan Allah dan Allah redha untuk bertemu dengan kita..
Amin Ya Rabbal 'Izzah.

Relax...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…




Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…



Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…






Ya Rabb jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…








Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Status...

Assalamualaikum pembuka bicara, penghantar kata, muqaddimah awalan buat para pembaca. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda. Tidak dilupakan juga untuk para sahabat dan tabi’ tabi’in yang semestinya menggerakkan Islam dengan ajaran Rasulullah. Menggerakkan dakwah Islamiyah dengan kepelbagaian cara termasuk peperangan demi menjaga kesucian agama, yakni agama yang diredhai Tuhan pencipta alam…Islam. Dipelihara Islam itu sepanjang zaman hingga ke akhir usia dunia yang penuh dengan tipu daya, sengketa, dan kepentingan diri. Hatta sanggup meletakkan agama itu di bawah dunia hanya kerana harta, pangkat dan maruah. Sanggup menjual maruah agama hanya kerana nilai dunia yang tak seberapa. Subhanallah.

Selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Rabbul Jalil kerana dengan nikmat Iman dan Islam, iaitu nikmat yang paling besar dan paling agung sekali, dapat kita bernafas dengan selesa. Bernafas tanpa dikenakan sebarang bayaran dari Tuan empunya dunia. Kesyukuran juga dipanjatkan kerana kita masih lagi diberi kesempatan waktu dengan dikurniakan akan nikmat yang dua. Nikmat yang mana sering kali dilupakan dan diabaikan oleh manusia sejagat. Tidak lain dan tidak bukan adalah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Dua nikmat ini acap kali dilupai oleh manusia seantero dunia tidak kira di lapisan mana sekalipun. Manusia yang tidak tahu bersyukur akan nikmat percuma yang dikurniakan Allah s.w.t. Kalau ada sekalipun, hanya sedikit dan terlalu sedikit.

“ Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sedikit…”

Suatu malam, ketika mana ana bersendirian…ana terfikirkan satu perkara yang menjadi tanda tanya setelah hampir setahun. Entah bagaimana perlu ana ungkapkan dalam bentuk kata. Akhirnya, di sini ana ingin katakan tentang perkara yang hampir terungkap, walaupun belum terungkap dengan sempurna.

“status mampu menjadi taman-taman syurga, tetapi dijadikan sebagai lautan neraka”

Status yang ana maksudkan di sini adalah status di dunia khayalan kita, iaitu dunia IT. Dunia teknologi maklumat katakan. Dunia serba canggih. Segala macam dan fantasi mampu berlegaran di kaca mata akal kita. Sama ada yang baik ataupun sebaliknya. Tidak dinafikan manusia ini tidak ada yang sempurna, akan tetapi kita mampu menggerakkan diri kita ke arah yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Malangnya manusia ini memang pelupa dan lalai. Lalai dengan keindahan dunia. Alpa dengan khayalan sementara.

Status di YM, Facebook, Tagged, Skype dan seangkatan dengannya menjadi lautan neraka. Itulah pilihan kebanyakan pengguna. Pengguna lebih menjerumuskan diri ke arah lautan neraka daripada menghadirkan diri ke taman-taman syurga. Apa tidaknya, status kebanyakan pengguna lebih kepada kelalaian. Andai kata status menjadi medan tarbiyah dan ukhwah silaturahim, nescaya akan terasa nikmat yang menjadi idaman setiap insan. Kalau bukan di dunia, insyaAllah di sana kelak. Mungkin tidak kepada kelalaian, tetapi status juga menjadi sebagai tempat kutukan, makian dan sebagainya. Yang pastinya bukan untuk kebaikan. Alangkah indahnya andai status kita menjadi tumpuan ramai kerana kebaikan, bukan kerana keburukan. Ada juga yang menjadikan status sebagai tapak dakwah. Alhamdulillah. Wasilah diri kita sebagai seorang da’ie. Sebagai seorang khalifah di atas muka bumi. Mungkin tidak ramai, sekurang-kurangnya ia mampu memberi kesedaran kepada umum. Andai tidak mendapat kesemua, janganlah meninggalkan semuanya.
  
Sebagai contohnya, ana datangkan di sini salah satu status si pengguna…

"plis dont judge book by its cover ok? itu adalah ssuatu pmikirn y cetek,luaskn pmikirn anda.kdang2 org y pkai seksi 2 xsmestinyar jht,who r u to judge people? feelin bsarkah? bgus sgtkah kta dmke bmi ni? adakah kte brpijak dbumi buatan kta sndiri? atau tuhan? atau bertuhankan syaitan? dimanakah pmikiran anda? d kpala lutut kah? anda smpurnakah?"

Ini adalah status seorang yang beragama Islam. Seorang gadis. Harap muka saja cantik tapi sayang, perangai tak secantik muka. Secara tidak sedar dia telah menghina hukum perundangan Islam, yakni al Quran. Cuba teliti semula status di atas. Pakaian seksi. Ini membawa maksud dia sengaja nak mencabar hukum Allah. Dan tidak mengakui kebenaran Islam sepenuhnya. Kata seorang ustaz di dalam pengajiannya, tidak meyakini hukum Allah satu peratus adalah kafir. KAFIR. “Ragu tentang apa yang datang daripada Allah, macam ragu dengan Allah juga.”

Samalah jua dengan status yang ana paparkan di atas ini, mempertikaikan apa yang terkandung di dalam al Quran. Buat yang bergelar perempuan, renungkanlah semula apa yang terkandung di dalam surah An Nuur ayat 30. Bukan untuk perempuan sahaja, bahkan lelaki juga perlu ambil cakna dalam hal ini. Kerana ayat 30 ditujukan untuk lelaki dan ayat 31 ditujukan untuk perempuan. Sama-sama kita renungkan.

30. Tell the believing men to lower their gaze, and protect their private parts. That is purer for them. Verily, Allah is All-Aware of what they do.

31. And tell the believing women to lower their gaze, and protect their private parts and not to show off their adornment except that which is apparent, and to draw their veils all over their Juyub and not to reveal their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers or their brother's sons, or their sister's sons, or their women, or their right hand possessions, or the Tabi`in among men who do not have desire, or children who are not aware of the nakedness of women. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And all of you beg Allah to forgive you all, O believers, that you may be successful.

………………………………………………………………………………………………………………………

30.Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

31.Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Hukum di dalam al Quran adalah perintah dari Allah s.w.t. yakni Tuan empunya dunia ini. Mengapa begitu sombong dan bongkak manusia sampai sanggup mempertikaikan apa yang terkandung di dalam al Quran. Sanggup menghina apa yang Tuan kita arahkan. Itulah namanya manusia yang tak mengenang budi. Lahir dari titisan mani tapi berlagak seolah-olah lahir dari intan permata. Yang membezakan kita di sisi Allah hanyalah taqwa. Taqwa dalam erti kata lain, mengikut dan patuh apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul dan meninggalkan apa yang dilarang.

Sebagai pengakhiran buat catatan ini, sama-samalah kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan di masa lepas. Tidak dinafikan manusia ni sering kali alpa dan melakukan kesilapan dalam penghayatan kita. Ana juga penuh dengan salah silap dan dosa. Tetapi perlu ingat, kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita lakukan di atas muka bumi Allah s.w.t. di akhirat kelak. Semestinya.

Ya Allah, aku memohon padaMu, mudah-mudahan apa yang aku lakukan ini menjadi pengajaran buat umat manusia dan diri aku terutamanya. 

Perjuangan yang tidak akan selesai...

Dalam kesejukan yang teramat sangat. Seolah-olah berada di dalam peti ais. Walaupun tidak pernah sekalipun berada dalam peti ais. Hakikatnya , memang sejuk yang mencengkam seluruh tubuh badan. Menggeletar. Menuju ke ‘medan’ melalui ‘gentir’ dan ‘halilintar’. Terus berjuang mendapatkan kerberkatan yang sedikit. Tiba.. menungu dan menunggu..dan terus menunggu. Akhirnya , keluar dari kuliah setelah tiada muhadharah “Tafsir Ayatul Ahkam”. Dalam kesejukan…mencari ‘rezeki’. Pulang ke kediaman, masih dalam kesejukan yang menggigil. Menungu waktu untuk berhadapan dengan pencipta alam semesta, Allahul Khaliq. Bakal dihujani dengan ‘lautan duri yang tajam’ selepas ini. Tunjukilah aku jalan yang benar, yakni yang Engkau redhai. Permudahkanlah buatku dalam menghadapi ujian dari-Mu.

Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini, cekalkanlah pendirianku, teguhkan semangatku. Moga hamba-Mu ini beroleh kemanisan di penghujung perjuangan.


Sederap melangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan, biarlah menangis terluka kekecewaan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah wahai insan, kenanglah duhai manusia, setiap titisan darah dari luka dan airmata perjuangan itulah mahar kita untuk mendapatkan  syurga Ilahi. Andai ditanya mengapa perjuangan itu pahit…? Jawabnya kerana syurga itu manis. Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNYA.

Tarbiyah...!!!



"Ditarbiyah dan mentarbiyah antara elemen penting ke arah pembentukan tentera - tentera Allah yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani. Orang yg hidupnya hanya tahu mentarbiyah tetapi tidak mahu menerima  tarbiyah dan dengan kata lain tidak suka ditarbiyah boleh jadi dirinya dibuai dengan sifat keegoaan yang mendalam. Orang yang hidupnya hanya mahu menerima tarbiyah pula dan tidak mahu mentarbiyah boleh jadi dirinya sebagai pemutus mata rantai pada perjuangan, semestinya perjuangan Islam. Oleh kerna itu, golongan pelapis perlu dibentuk dan ditarbiyah mengikut acuan yang sesuai bagi memastikan kelangsungann agenda perjuangan suci yang berterusan."

     Ayat di atas ini ana terima daripada seorang 'amurah' yang meneruskan pembelajaran di Universiti Al - Azhar ( kuliah banat ) Kaherah, Mesir. Tapi ana ubah sedikit sebanyak dari 'kaunseling' yang asal. Bukan nak cilok ayat, tapi sebagai renungan kita bersama. Semestinya petikan sebegini jarang dan kurang dibaca dan dihayati kerana bagi sesetengah individu ianya kurang menarik. Petikan ini cuma sedikit sahaja tetapi andai kata diulas dan dihuraikan mampu menjadi 'cerpen' ataupun 'novel'. Masing - masing mempunyai akal untuk menghurai dan berhujah dengan pendapat tersendiri. Jadi, ungkaplah dengan  ungkapan sendiri untuk menghuraikan tujuan dan hadaf utama dalam petikan ringkas di atas. TARBIYAH...!!!


     Pentarbiyahan atau didikan semestinya menjadi asam garam dalam kehidupan kita yang bergelar manusia kerna sesi pentarbiyahan dan didikan ini bermula sejak kecil dan dari buaian lagi. Sedari kecil kita dididik dan diasuh dengan didikan yang tidak formal dari ibu bapa dan keluarga kita. Diasuh dengan kepelbagaian cara dan ditarbiyah dari segala aspek menjadikan kita mampu untuk bangun berdiri dan terus berdiri. Walaupun pernah rebah tersungkur bukanlah menjadi penghalang untuk berdiri semula. Dan bermula dari situlah kita diasuh dan dididik dengan pentarbiyahan formal iaitu sekolah. Tetapi jarang sekali kita menggunakan istilah 'tarbiah'. Mungkin kerana perkataan 'tarbiah' ini dari bahasa arab ataupun seolah - olah syadid. Tidak kisahlah mengguna istilah apa sekalipun asalkan membawa satu makna yang sama. Sebab itulah kanak - kanak yang baru mula berjalan semestinya akan terjatuh. Terjatuh dan menangis. Kelihatan air mata bertakung di kelopak mata. Akan tetapi kanak - kanak tersebut akan bangun semula walaupun dalam tangisan untuk terus berjalan. Tidak sesekali mengalah walaupun sakit pada permulaan. Terus bangun untuk berjalan. Dan pada pengakhirnya, ukiran senyuman kelihatan pada bibir kanak - kanak tersebut. Senyuman yang menggembirakan.

Sepertiga Malam

Entah mengapa malam ini ana terjaga awal dari tidur. Tidur yang kurang nyenyak. Terjaga dari lamunan mimpi yang entah samada wujud atau tidak wujud, di hening pagi yang sunyi ini. Alih ke kanan dan alih ke kiri masih tidak dapat melelapkan mata. Rasanya seolah mahu menyambung tidur sahaja. Berjuang dan terus berjuang. Antara kewajipan dan keharusan. Akan tetapi, terdetik niat di awalnya lagi sebelum tidur untuk berdiri bermunajat sebentar di kala malam yang sepi. Terus bangun dari "hamparan keenakan" mengambil "sinaran cahaya syurga" di waktu kesejukan di pagi hari. Masih terlalu pagi lagi. Meletak hamparan "sembah" untuk menghadap Dia, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Sambil berdiri, sambil "berbicara", sambil menghayati akan makna setiap kalimah bahasa syurga. 
Surah al Fatihah dan Surah  az Zalzalah.......


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
إِذَا زُلْزِلَتِ الاْرْضُ زِلْزَالَهَا- وَأَخْرَجَتِ الارْضُ أَثْقَالَهَا- وَقَالَ الإِنسَـنُ مَا لَهَا- يَوْمَئِذٍ تُحَدّثُ أَخْبَارَهَا- بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا- يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتاً لّيُرَوْاْ أَعْمَـلَهُمْ- فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ- وَمَن يَعْـمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ

(1. When the earth quakes with its Zilzal.) (2. And when the earth throws out its burdens.) (3. And man will say: "What is the matter with it'') (4. That Day it will declare its information.) (5. Because your Lord will inspire it.) (6. That Day mankind will proceed in scattered groups that they may be shown their deeds.) (7. So, whosoever does good equal to the weight of a speck of dust shall see it.) (8. And whosoever does evil equal to the weight of a speck of dust shall see it.)

1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), 2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, 3. dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?", 4. pada hari itu bumi menceritakan beritanya,  5. karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. 6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka 1597.  7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. 8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.  
Teruja menghayati makna di dalam "pengabdian". 

Surah al Fatihah dan Surah an Nasr.......

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَآء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ- وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ اللَّهِ أَفْوجاً- فَسَبّحْ بِحَمْدِ رَبّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوبَا

(1. When there comes the help of Allah and the Conquest.) (2. And you see that the people enter Allah's religion in crowds.) (3. So, glorify the praises of your Lord, and ask His forgiveness. Verily, He is the One Who accepts the repentance and Who forgives.)

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, 2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,3. maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Ku teruskan hingga ke penghujung. Di sujud terakhir. Sebagai hamba yang hina. Sebagai hamba kerdil yang penuh dipaluti dengan dosa noda. Terkenang dosa yang telah lalu, dosa hitam yang sedang dilakukan, dosa yang tak akan terlepas di masa yang akan datang. 

"Ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga dan para sahabat, tabi' tabi'in dan para mujahid dan mujahidah di dunia Islam."

"Ya Rabb, kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa ahli qariahku, dosa sahabat, rakan dan kawanku, dosa ahli baitku, dosa orang-orang di sekelilingku, dosa semua umat muslimin dan muslimat, samada masih hidup ataupun yang telah mati, samada kami sedar atau tidak sedar, sengaja atau sengaja. Maha SuciMu Ya Allah, ku pohon padaMu. Mudah-mudahan apabila kami mati kelak kami redha untuk bertemu dengan Engkau dan Engkau redha untuk bertemu dengan dengan kami."

"Ya Allah, kau permudahkan segala urusanku Ya Allah. kau permudahkan segala urusan kedua ibubapaku, Kau permudahkan segala urusan ahli keluargaku dan seterusnya urusan Muslimin dan Muslimat sekaliannya. PadaMu aku serahkan akan segalanya. Satu-satunya pengharapan yang aku panjatkan. 
Selawat dan salam ke atas junjungan agung kekasihMu Rasulllah s.a.w. dan ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda."

Dikala ini, takungan mata digenangi air entah dari mana dan titisan airmata jernih keguguran jua akhirnya. Setelah sekian lama tiada "mutiara" yang mengalir dari mata seorang hamba. Hamba kerdil lagi hina.



03.54 pagi
8 Disember 2010
3 Muharam 1432

Keutamaan membaca al Quran

Keheningan malam,  di kala bersendirian di malam yang sunyi sepi merupakan suatu ketenangan yang benar-benar sesuai untuk membaca al-Quran, tadabbur, menghayati dan memahami makna setiap kalimah suci yang kita bacakan. Di saat inilah kita dapat merasai betapa agung dan nikmatnya kesucian kitab suci Islam..AL QURANUL KARIM.
Sambil membaca dengan suara yang perlahan, semestinya ia dapat diresapi dalam penghayatan diri apabila terasa keindahan alunan dan irama setiap kandungan ayat suci yang kita bacakan.. INSYAALLAH.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al Muzammil pada ayat ke 20 yang membawa maksud "...dan bacalah apa yang mudah bagimu dari al Quran..." Oleh kerna itulah, Rasul junjungan besar Muhammad s.a.w. telah mengajar kita dan senantiasa mengajar dan mendidik kita agar mengetahui dan mempelajari serta mengetahui akan manfaat dan keutamaan membaca al Quran...

Dan diantara sedikit sebanyak keutamaannya ialah :-

1.   MENTENTERAMKAN HATI - sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di suatu masjid daripada masjid-masjid Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun kepada mereka akan ketenteraman hati, mereka diliputi dengan  rahmat, malaikat menaungi mereka dan Allah  menyebut-nyebut nama mereka dan Allah menyebiut-nyebut makhluk yang ada di sisiNya". (HR. Muslim)

2.   PENYEMBUH - menurut ibun Qayyim dalam kitab Zadul Ma'ad ada menyebutkan bahawa al Quran adala penyembuh yang sempurna dari seluruh penyakit jasmani mahupun rohani, sebagaimana firman Allah Ta'ala "Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (al Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." Yunus:57

3.   KEDUA ORANG TUA MENDAPATKAN MAHKOTA SYURGA -  dari Muadz bin Anas, Rasulullah bersabda "barangsiapa membaca alQuran dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat kelak. Di  mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa pahala itu disebabkan amalan seperti itu." (HR. Abu Daud)

4.   KEMULIAAN DARI ALLAH - orang yang membaca al Quran senantiasa mendapat kemuliaan dari Allah bahkan orang yang masih tidak betul dalam membaca al Quran (baru belajar) mendapat dua pahala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. "orang yang membaca al Quran dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan berkumpul bersama-sama dengan para malaikat, yang lebih mulia lagi adalah berbakti. Sedangkan orang yang masih tersekat-sekat membaca al Quran dan merasa berat untuk membacanya maka ia mendapat dua pahala ( belajar dan membaca al Quran )...." (Muttafaqun 'alaih)

5.   DIBELA DI AKHIRAT -  dari abu Hurairah bahawasanya Nabi bersabda yang membawa maksud "bacalah al Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat kelak sebagai syafaat (pembela) bagi ahlinya iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya." (HR. Muslim)

.............................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................