Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Bayi

“Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Ke manakah naluri dan sifat kemanusiaan itu hilang? Di manakah Iman di dada?”


 Baru-baru ini ana dapat mesej dari seorang kawan ana di mesir mengenai apa yang kalian bacakan di awal  tadi. Mengenai pembuangan bayi yang tiada penghujungnya. Secara realitinya ana setuju dengan mesej tersebut. Memang benar, sifat kebinatangan ini tidak akan berhenti. Sudah pasti tiada pengakhiran tentang gegala tersebut hinggalah datangnya satu masa yang mana tiada siapa dapat menghalang iaitu hari kiamat. Penghujung dunia.





Semua ini adalah sebahagian tanda-tanda kiamat yang Allah tunjukkan buat umat manusia terutamanya Islam. Pelik bukan, statitik anak buangan yang paling tinggi adalah anak orang Islam sendiri. Semestinya berbangsa Melayu ( bagi di Malaysia). Seolah-olah anak tersebut tiada nilai bagi manusia yang berwajahkan………..entah,tak dapat diberi gelaran untuk orang sebegini. Kalian sendiri yang fikirkan…




Kenapa ana katakan begitu…??? Kerana, binatang juga sayangkan anaknya sendiri hatta syaitan dan iblis laknatullah juga turut merasa gembira apabila ada kelahiran baru bagi kaum mereka. Syaitan dan iblis akan menyambut dengan penuh kegembiraan  apabila datangnya pewaris buat mereka. Tetapi manusia yang sememangnya ada akal tapi meletakkan akal mereka entah di mana. Pelik, manusia sebegini lebih teruk dan lebih hina dari binatang. Ya, memang benar, manusia-manusia sebegini memang teruk, terlalu teruk dan tiada ungkapan yang selayaknya buat mereka. Kerana makhluk yang tiada akal tahu menghargai sesuatu yang bernilai sedangkan makhluk yang berakal pula sebaliknya.

Pernah ana terbaca satu ungkapan di sebuah majalah ketika mana ana di tanah kelahiran dulu… Ana rasa memang sesuai juga istilah ini digunakan untuk makhluk yang seumpama ini. Tapi ana nak ubah sedikit…

seorang binatang seekor manusia

Sebab apa ana datangkan ungkapan dan istilah ini…??? Rasanya semuanya sudah tahu jawapannya. Sama-samalah kita berfikir. Menggunakan akal fikiran kita dengan sewajarnya.

Gegala sebegini memang tidak akan berhenti, tetapi sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan agar insan-insan kerdil lagi hina ini sedar dengan apa yang telah mereka lakukan. Bukan sahaja mereka, juga kita. Sama-samalah kita sedar apa yang telah kita lakukan. Fikirkanlah kembali kenapa perkara sebegini telah terjadi…??? Siapa yang harus dipersalahkan..??? Siapa yang bertanggungjawab..??? Apakah peranan kita…??? Ayuh semua, kita renung-renungkan kembali. Kenangkan semula segala-galanya.

Mudah-mudahan masih ada lagi ruang penyesalan di pintu hati kita.
Mudah-mudahan pintu rahmat masih terbuka lagi.
Mudah-mudahan pintu taubat masih masih mahu menerima pengharapan kita.
Mudahan apabila kita mati kelak, kita redha untuk bertemu dengan Allah dan Allah redha untuk bertemu dengan kita..
Amin Ya Rabbal 'Izzah.

0 comments:

Post a Comment