Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Status...

Assalamualaikum pembuka bicara, penghantar kata, muqaddimah awalan buat para pembaca. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda. Tidak dilupakan juga untuk para sahabat dan tabi’ tabi’in yang semestinya menggerakkan Islam dengan ajaran Rasulullah. Menggerakkan dakwah Islamiyah dengan kepelbagaian cara termasuk peperangan demi menjaga kesucian agama, yakni agama yang diredhai Tuhan pencipta alam…Islam. Dipelihara Islam itu sepanjang zaman hingga ke akhir usia dunia yang penuh dengan tipu daya, sengketa, dan kepentingan diri. Hatta sanggup meletakkan agama itu di bawah dunia hanya kerana harta, pangkat dan maruah. Sanggup menjual maruah agama hanya kerana nilai dunia yang tak seberapa. Subhanallah.

Selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Rabbul Jalil kerana dengan nikmat Iman dan Islam, iaitu nikmat yang paling besar dan paling agung sekali, dapat kita bernafas dengan selesa. Bernafas tanpa dikenakan sebarang bayaran dari Tuan empunya dunia. Kesyukuran juga dipanjatkan kerana kita masih lagi diberi kesempatan waktu dengan dikurniakan akan nikmat yang dua. Nikmat yang mana sering kali dilupakan dan diabaikan oleh manusia sejagat. Tidak lain dan tidak bukan adalah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Dua nikmat ini acap kali dilupai oleh manusia seantero dunia tidak kira di lapisan mana sekalipun. Manusia yang tidak tahu bersyukur akan nikmat percuma yang dikurniakan Allah s.w.t. Kalau ada sekalipun, hanya sedikit dan terlalu sedikit.

“ Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan yang sedikit…”

Suatu malam, ketika mana ana bersendirian…ana terfikirkan satu perkara yang menjadi tanda tanya setelah hampir setahun. Entah bagaimana perlu ana ungkapkan dalam bentuk kata. Akhirnya, di sini ana ingin katakan tentang perkara yang hampir terungkap, walaupun belum terungkap dengan sempurna.

“status mampu menjadi taman-taman syurga, tetapi dijadikan sebagai lautan neraka”

Status yang ana maksudkan di sini adalah status di dunia khayalan kita, iaitu dunia IT. Dunia teknologi maklumat katakan. Dunia serba canggih. Segala macam dan fantasi mampu berlegaran di kaca mata akal kita. Sama ada yang baik ataupun sebaliknya. Tidak dinafikan manusia ini tidak ada yang sempurna, akan tetapi kita mampu menggerakkan diri kita ke arah yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Malangnya manusia ini memang pelupa dan lalai. Lalai dengan keindahan dunia. Alpa dengan khayalan sementara.

Status di YM, Facebook, Tagged, Skype dan seangkatan dengannya menjadi lautan neraka. Itulah pilihan kebanyakan pengguna. Pengguna lebih menjerumuskan diri ke arah lautan neraka daripada menghadirkan diri ke taman-taman syurga. Apa tidaknya, status kebanyakan pengguna lebih kepada kelalaian. Andai kata status menjadi medan tarbiyah dan ukhwah silaturahim, nescaya akan terasa nikmat yang menjadi idaman setiap insan. Kalau bukan di dunia, insyaAllah di sana kelak. Mungkin tidak kepada kelalaian, tetapi status juga menjadi sebagai tempat kutukan, makian dan sebagainya. Yang pastinya bukan untuk kebaikan. Alangkah indahnya andai status kita menjadi tumpuan ramai kerana kebaikan, bukan kerana keburukan. Ada juga yang menjadikan status sebagai tapak dakwah. Alhamdulillah. Wasilah diri kita sebagai seorang da’ie. Sebagai seorang khalifah di atas muka bumi. Mungkin tidak ramai, sekurang-kurangnya ia mampu memberi kesedaran kepada umum. Andai tidak mendapat kesemua, janganlah meninggalkan semuanya.
  
Sebagai contohnya, ana datangkan di sini salah satu status si pengguna…

"plis dont judge book by its cover ok? itu adalah ssuatu pmikirn y cetek,luaskn pmikirn anda.kdang2 org y pkai seksi 2 xsmestinyar jht,who r u to judge people? feelin bsarkah? bgus sgtkah kta dmke bmi ni? adakah kte brpijak dbumi buatan kta sndiri? atau tuhan? atau bertuhankan syaitan? dimanakah pmikiran anda? d kpala lutut kah? anda smpurnakah?"

Ini adalah status seorang yang beragama Islam. Seorang gadis. Harap muka saja cantik tapi sayang, perangai tak secantik muka. Secara tidak sedar dia telah menghina hukum perundangan Islam, yakni al Quran. Cuba teliti semula status di atas. Pakaian seksi. Ini membawa maksud dia sengaja nak mencabar hukum Allah. Dan tidak mengakui kebenaran Islam sepenuhnya. Kata seorang ustaz di dalam pengajiannya, tidak meyakini hukum Allah satu peratus adalah kafir. KAFIR. “Ragu tentang apa yang datang daripada Allah, macam ragu dengan Allah juga.”

Samalah jua dengan status yang ana paparkan di atas ini, mempertikaikan apa yang terkandung di dalam al Quran. Buat yang bergelar perempuan, renungkanlah semula apa yang terkandung di dalam surah An Nuur ayat 30. Bukan untuk perempuan sahaja, bahkan lelaki juga perlu ambil cakna dalam hal ini. Kerana ayat 30 ditujukan untuk lelaki dan ayat 31 ditujukan untuk perempuan. Sama-sama kita renungkan.

30. Tell the believing men to lower their gaze, and protect their private parts. That is purer for them. Verily, Allah is All-Aware of what they do.

31. And tell the believing women to lower their gaze, and protect their private parts and not to show off their adornment except that which is apparent, and to draw their veils all over their Juyub and not to reveal their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers or their brother's sons, or their sister's sons, or their women, or their right hand possessions, or the Tabi`in among men who do not have desire, or children who are not aware of the nakedness of women. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And all of you beg Allah to forgive you all, O believers, that you may be successful.

………………………………………………………………………………………………………………………

30.Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

31.Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Hukum di dalam al Quran adalah perintah dari Allah s.w.t. yakni Tuan empunya dunia ini. Mengapa begitu sombong dan bongkak manusia sampai sanggup mempertikaikan apa yang terkandung di dalam al Quran. Sanggup menghina apa yang Tuan kita arahkan. Itulah namanya manusia yang tak mengenang budi. Lahir dari titisan mani tapi berlagak seolah-olah lahir dari intan permata. Yang membezakan kita di sisi Allah hanyalah taqwa. Taqwa dalam erti kata lain, mengikut dan patuh apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul dan meninggalkan apa yang dilarang.

Sebagai pengakhiran buat catatan ini, sama-samalah kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan di masa lepas. Tidak dinafikan manusia ni sering kali alpa dan melakukan kesilapan dalam penghayatan kita. Ana juga penuh dengan salah silap dan dosa. Tetapi perlu ingat, kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita lakukan di atas muka bumi Allah s.w.t. di akhirat kelak. Semestinya.

Ya Allah, aku memohon padaMu, mudah-mudahan apa yang aku lakukan ini menjadi pengajaran buat umat manusia dan diri aku terutamanya. 

0 comments:

Post a Comment