Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

"Kanak-kanak Ribena"


Terlihat dua adik-beradik lelaki, si abang dan si adik. Tersenyum keduanya dengan jam tangan baru di tangan masing-masing. Si abang memakainya di tangan kiri dan si adik memakainya di tangan kanan. Si adik kelihatan mengeluh dalam apabila jam yang dipakainya seolah-olah besar berbanding tangannya yang serba kecil lagi. Usia masih terlalu muda. Jam yang dipakai lagaknya seperti orang dewasa. Terukir  kesukaan di raut wajah suci mereka. Bersih dari dosa dunia.

Melihat kawan yang lain juga memakai jam, sengaja bertegur sapa bertanya waktu sebenar sambil tangan menyentuh jam di tangan. Sedangkan sudah tahu masanya. Sudah tahu detiknya. Si adik tidak senang duduk dibuatnya dek jam tangan yang baru dimiliki itu. Sebelum ini tiada pula kelihatan jam tangan di tangan adik-beradik tersebut. Mungkin baru peroleh, sudah ‘excited’ gamaknya. Fitrah kanak-kanak ‘Ribena’.


Tersenyum Si Pena sendirian melihat telatah kanak-kanak yang masih  mentah. Terbayangkan kisah lama. Terkenangkan segala memori lalu yang sudah pasti tidak akan berulang kembali. Sambil terimbau kenangan silam sambil telinga ‘menangkap’ isi khutbah yang menerjah ke gegendang telinga. Mengambil mutiara-mutiara ilmu yang bernilai buat diri Si Pena.  

~Dua dalam Satu~

Masih lagi merangkak mencari  arah tuju di persimpangan di hadapan.  Menanti waktu dalam tempoh yang kian susut dalam menempuh medan yang kian hampir di perjalanan. Masih jauh lagi untuk tiba di penghujung jalan. Jalan yang seterusnya kian terhidang dengan penuh  penantian.

Rejab 1433


“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”


22 Mei 2012 bersamaan 01 Rejab 1433

Tarikh, waktu dan hari yang dinantikan sebahagian umat yang bernafas di atas muka bumi. Di persinggahan yang sementara ini. Di dunia yang penuh fana dan khayalan semata-mata. 

Di antara bulan Islam yang sememangnya ditunggu detiknya kini kian kembali lagi menemui kita. Menjemput kita dengan ‘gerbang’ yang terbuka luas. Sekadar menanti mereka yang menginginkannya sahaja. Mengiringi dengan seribu satu  ganjaran sebagai langkah permulaan bagi penyusulan dua bulan yang mulia diantara bulan-bulan Islam yang agung. Dimuliakan Allah Taala dengan ‘khazinatul asrar’ bagi tiap satu isinya.

Sebanyak mana sekalipun kita ma’ruf dengan ‘khazinah’ yang diketahui umum, belum lagi tercapai di fikiran kita akan rahsia yang hakiki yang hanya diketahui oleh Dia. Andai titisan air lautan yang ada di hujung jari kita adalah ‘khazinah’ yang diketahui, masih banyak lagi titisan yang belum kita temui. Hingga ke akhirnya tidak akan sempurna pencarian jawapannya. Kebenaran, hanya Dia Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Bait 3


There are many people,
that we meet in our lives,
but only a very few,
will make a lasting impression,
on our minds and hearts..
It is these people that we will,
think of often,
and who will always remain,
important to us,
as true person..


Ya Allah,
Andainya dia adalah jodohku yang
ditetapkan olehMu kepadaku..
Maka, campakkanlah
ke dalam hatiku
cinta kepadanya
adalah keranaMu..
Dan campakkanlah
ke dalam hatinya
cinta kepadaku
adalah keranaMu..
Namun, andai dia
bukanlah jodoh
yang ditetapkan
olehMu untukku..
Berikanlah aku kekuatan
agar aku redha
dalam mengharungi
ujian yang Kau berikan
kepadaku..

“Don't walk behind me, I may not lead.
Don't walk in front of me, I may not follow.
Just walk beside me and be my dear.”

Bait 2



Ya Allah,
Kekal ukhuwah antara kami..
Jadikan hubungan ini
hubungan yang diredhai
lagi diberkati..
Sesungguhnya, aku terlalu
merinduinya Ya Allah..
Rinduku padanya semata-mata
hanya keranaMu..
Andai Sungai Nil menjadi saksi
pertemuan kami..
Biarpun lautan menjadi
perantara jarak antara kami..
Rahmatilah ukhwah ini..
Moga kekal abadi hingga ke
syurga Firdausi..


Relationship is like a book..
It takes a few second to burn..
But it takes years to print..
So, print carefully and never let it burn..
                     (^_^) (n_n)





Bait 1


Terpisah jauh dua hati,
Lautan dan benua merentangi,
Tak ternoda ikatan dek murka Ilahi,
Mempertahankan kesucian hakiki...
Ya Allah,
Kuatkan kami bermujahadah,
Mendamba cinta-Mu yang terindah,
Cinta manusia hanya wasilah,
Menagih rahmat dan maghfirah...
Ya Allah,
Jangan biarkan ukhwah kami dicemari,
Dengan maksiat nan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji...


Even if we walk different paths,
one must always live on as strong as you are able..!
You must never treat your own  life
as something insignificant..!
You must never forget the friends
you love for as long as you live..!

Kerjaya



Selamat menyambut “Hari Pekerja” kepada semua yang  bekerja. Termasuklah yang sedang membaca ‘memo’ tak seberapa ini.  ~Mei~

Kenapa diadakan ‘Hari Pekerja’ kemudiannya dikhususkan hanya untuk golongan yang bekerja pula. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai peluang kerja. Apakah mereka tidak  layak meraikannya.  Padahal yang ‘menganggur’ lebih ‘sakan’ dari yang bekerja.

Tidak kira siapa sekalipun diri dikau, kita semuanya ‘bekerja’ dan sememangnya berkerjaya.  Salah satu ‘kerja’ kita adalah pengibadatan pada Yang Esa. Amal soleh dan kebaikan adalah salah satu kerja dan amalan yang sebati dalam kehidupan. Tidak dinafikan jua sifat dan perlakuan yang bertentangan yang terlarang jua sejajar dalam hayat sementara ini. Walaupun semuanya hanya secebis.

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan satu-satu perbuatan, ingat bahawa setiapnya akan dipertanggungjawabkan. Jangan kau fikir kau belum berkerjaya bak seorang jurutera dan doktor umpamanya, kau terlepas dari tanggungjawab. Hatta  mereka yang gemar melepak di tepi jalan jua akan dipersoalkan amanah yang diberikan pada golongan ini. Benarpun yang melepak juga ada amanah yang dipertanggungjawabkan apatah lagi golongan yang  sudah berkerjaya. Bertambahlah amanah yang dipikul.

Setiap orang di pundaknya terpikul satu amanah sekurangnya. Tiap saat, tisap detik dan tiap langkah kau melata di atas muka bumi ini, tiap derapan kau mencari rezeki, tiap degupan kau mencari fantasi, selagi itulah amanah tetap beriringan dengan jasad pinjaman.

Terkadang tersadung rebah,
 ada kalanya tersalah arah,
kembali sinar yang cerah,  
andai diri hampir mengalah,
jangan mudah mengalah,
dalam redha bertaut pasrah,
kembalikan segala-galanya kepada Allah.
Insya-Allah.  
“Islam Itu Indah”