Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Rehat Dan Pengiktibaran

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
dan 
Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 

Kali ini ana sekadar nak rehatkan minda buat seketika 
bila mana akal kita dan mencapai satu tahap yang kehilangan idea. Dengan kata lain, idea kering, tiada idea dan sebagainya. Jadi, untuk artikel yg ke 99 ini ana cuma masukkan beberapa gambar 
yang diambil daripada keratan akhbar.
Sekadar 'suka-suka' sahaja. tetapi ada makna yang tersurat dan tersiratnya.
Ayuh, sama-sama kita meneliti dan sama-sama kita fikirkannnya.
( ^ _ ^ )

.






















Sekadar ingin mengimbau kembali zaman persekolahan
yang telah ditinggalkan. Ada kalanya kita tersenyum keseorangan bila mana terkenangkan kembali peristiwa di usia kita yang masih mentah. Tetapi sedarlah jua bahawa semua ini hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tidak dapat kita kembali ke masa silam.

Landasan kita yang seterusnya sedang menanti di hadapan. Apakah kita telah bersedia dengan ranjau yang tidak kita ketahui. Jalan yang tidak tahu sama ada 'manis' atau 'pahit'.
Yang bakal dipenuhi dengan onak yang berliku-liku.
Sama-sama kita bersiaga untuk menempuhinya.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau permudahkanlah segala urusan kami sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Segala akan sesuatu kami panjatkan buatMu Ya Rabbana...

Neraka Destinasi Kita Atau Pilihan Kita...???

Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud : -

“ Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada kepada manusia dalam Kitab Allah yakni Al Quran, mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat yakni makhluk sekaliannya ”

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda :-
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. “



Assalamualaikum....

Sekadar buat renungan dan peringatan buat kita bersama lebih-lebih lagi tuan empunya diri ini. Wahai rakan taulan teman seperjuangan kawan sahabat handai kenalan dan umat manusia seluruhnya marilah sama - sama kita memperingati antara satu sama lain. Agar kita tidak terus leka dan lalai sebagai hamba Allah. Leka dan lalai dengan kenikmatan dunia yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebaikan di dunia dan ganjaran di akhirat kelak.

Artikel kali ini ingin ana bicarakan sedikit sebanyak tentang suatu tempat yang semestinya tidak mahu dikunjungi oleh sesiapapun kecuali yang inginkannya. Iaitu Neraka. Adakah kita yang tidak mahu ke neraka atau kita tidak mahu berusaha untuk mengelakkan diri kita daripada terhumban ke neraka Allah Taala. Andai ditanya sudah pasti kebanyakan kita tidak mahu masuk ke dalam neraka, akan tetapi adakah kita telah berusaha untuk mengelakkan diri daripada menjerumuskan diri ke dalamnya. Maka dengan itu marilah sama - sama kita fikirkan kembali akan kehidupan yang telah lalu lantaran kita tidak mahu mencampakkan diri ke dalam neraka sebagai pembalasan dengan apa yang telah kita lakukan dan perlaksanakan di atas muka bumi dah kehidupan kita di dunia ini. Sama-sama kita renungkan… 

Ayuh, sama - sama jua kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak dek perlakuan kita yang cuai, leka, alpa dan lalai dengan perintah dan suruhan Allah dan rasulnya, junjungan agung Muhammad s.a.w. 


********************************************************************
Dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yang ia tidak biasa datang dan pasa masa itu datangnya Jibrail dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w. :
" Mengapa aku melihat kau berubah muka…?"

Jawabnya :
" Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah Taala memerintahkan supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda :
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya : "Ya, Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyalaan dan baranya.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikanlah terbuka lubang neraka sebesar hujung jarum nescaya
akan terbakarlah seluruh penduduk dunia seisinya kerana panasnya api neraka.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati semuanya penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.”

“Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yang ke tujuh.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikanlah ada seorang
di hujung barat terseksa dengan seksaan neraka, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya neraka Jahannam itu dan sangat dalamnya ia
dan perhiasannya pula terdiri daripada besi dan
minumannya air panas yang menggelegak bercampur nanah, dan pakaiannya daripada potongan-potongan api yang menyala-nyala. “

“Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya :
"Apakah pintu-pintunya itu bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka, setengahnya di bawah dari yang
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan adalah 70,000 tahun, tiap pintu
yang lebih bawah lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
 * semakin bawah semakin panas 

( gambar sekadar hiasan)

Tanya Rasulullah s.a.w. : " Siapakah penduduk masing - masing pintu neraka ? "

Jawab Jibrail : "Pintu yang paling bawah sekali adalah untuk orang -orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan pada mereka hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.”

“Pintu kedua tempat orang - orang musyrikin bernama Jahim. “

“Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. “

“Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.”

“Pintu kelima adalah untuk orang Yahudi bernama Huthomah.”

“Pintu yang keenam tempat orang nasara ( orang Nasrani ) bernama Sa'eir."

( gambar sekadar hiasan) 
Kemudian Jibrail dalam keadaan yang diam lagi segan kepada
Rasulullah s.a.w. sehinggalah ditanya : " Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh..? "
Jawabnya : "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang mana sampai matinya dan ketika akhir hidupnya belum sempat bertaubat."

Maka apabila mendengar sahaja kalam dari Jibrail alaihi salam maka Nabi s.a.w.
terus jatuh pengsan, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w.
di pangkuannya sehinggalah Baginda sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w. bersabda : "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari umat aku yang akan masuk ke dalam neraka..? " Jawabnya : "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi s. a. w. menangis. Jibrail juga menangis. Kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali ke rumahnya dan tidak berbicara dengan orang dan ketika sembahyang Baginda selalu menangis dan meminta keampunan kepada Allah.

 ( gambar sekadar hiasan)

Dari Hadith Qudsi : “Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahannamKu itu ( seumpamanya ) : -

Ø Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Ø Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Ø Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Ø Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Ø Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Ø Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Ø Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Ø Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Ø Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
Ø Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Ø  Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Betapa dahsyatnya azab neraka buat hamba-hambaNya yang tidak takutkan neraka dan balasan Allah. Segala macam peringatan sudah pun diingatkan sedari kecil hinggalah hendak masuk ke dalam tanah sekalipun. Sepertimana “rumah kata pergi, kubur kata mari”. Tidak mengapa kalau tanah mahu menerima kita tetapi bagaimana pula kalau tanah pun tidak mahu menerima dan melempar jasad kita…??? Di manakah mahu disemadikan akan jasad kita ini..??? Fikir-fikirkanlah. Berilah ingatan sebanyak mana sekalipun tetapi seolah-olah tidak ada kesan yang memberi pengajaran dalam jiwa dan sanubari makhluk yang bernama manusia ini. Apakah semua ini disebabkan kita terlalu ego dan bongkak di atas muka bumi Allah ini. Sehinggakan kita langsung tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah yang terdahulu.

Ya Allah Ya Rabbana,
mudah-mudahan apabila kami mati kelak,
kami redha bertemu dengan Engkau dan
Engkau redha untuk bertemu dengan kami….

Harapnya artikel yang sedikit ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua walaupun hanya terdetik sedetik dan secebis penginsafan dalam diri. Terutamanya diri ana.

Sekian.

- Penerbangan & Destinasi -

PENERBANGAN TERAKHIR 


Jangan risau, jangan bimbang dan jangan khuatir, semua orang akan dapat merasai dan menikmatinya. Hanya cepat mahupun lambat sahaja. Usah berebut dan harap semuanya dapat bersabar. Sabar itu sebahagian daripada Iman. Maka, bersabarlah. Perkhidmatan ini tiada had yang ditetapkan hingga ke penghujungnya. Itu sudah hakikat dan ketetapan yang sudah termaktub sejak azali lagi. Semestinya. Tidak mengenal usia sama ada tua muda kecil besar.. Rupa paras, cantik anggun menawan hodoh buruk segak tampan hatta bergaya.. Tidak mengira darjat, pangkat, keturunan serta harta kekayaan.. Yang kaya dan yang miskin akan dapat merasainya.. Tidak mengenal situasi atau keadaan. Yang pastinya, semua orang akan dapat melalui. InsyaAllah.



Assalamualaikum Warahmatullah…

Tatapan buat semua…

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
  •  Tempat berlepas :- Kehidupan dunia 
  •  Tempoh Perjalanan :- Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi. 
  •  Destinasi :- Akhirat 
  •  Masa berlepas :- Ketika didatangi Malaikat pemutus kehidupan dunia akhirat 
  •  Masa hadir :- Ketika dan selepas nyawa di cabut 
  •  Bentuk tempahan :- Tetap.. Pasti.. Tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana
mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia
dan menuju ke destinasi akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang
dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis - hadis Rasulullah serta menurutinya dengan patuh, taat dan berhati-hati.

Sebarang masalah dan kemusykilan hendaklah dirujuk kepada para ulama’, ilmuan dan cendiakawan.


BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang akan dipertimbangkan :-

     - Amalan soleh
     - Sedekah jariah
     - Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
     - Ilmu yang bermanfaat

* percuma tapak tanah mengikut kesesuaian dan keselesaan


PERHATIAN

* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para
penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan
didenda dan dihukum.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak
mempunyai kedua - duanya hendaklah bersiap - sedia untuk berlepas setiap
saat jika tidak mahu sebarang kesusahan. Andai tidak mahu sebarang kesulitan,
Maka persiapkanlah dengan segera dan sewajarnya.
Kelekaan dan kelalaian diri - sendiri amatlah dikesali sepanjang perjalanan.

SEKALI LAGI DIULANGI

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti,
yang mana tidak perlu diingatkan lagi. Usah risau dan usah khuatir
kerana semua penumpang akan dapat menikmatinya. InsyaAllah.
Tapi atas dasar peringatan dan sikap keprihatinan kepada para
penumpang, maka semua ini dicetus untuk anda semua. Hendaklah
anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap
pihak yang terpilih untuk menabur khidmat kepada anda semua.

Semoga bergembira dan bersuka ria dengan perjalanan yang menarik,
sesuai dengan firman ALLAH s.w.t. di dalam surah Al-Kahfi  ayat ke 110 : -


Ertinya : "…..Maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan yang baik dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik dan terpuji yakni amal kebajikan dan janganlah dia sesekali mempersekutukan dengan sesuatupun dalam pengibadatan dan beribadah kepada Tuhannya yakni Allah s.w.t. “

SEKIAN...(^_^)

Titipan

Pengorbanan Yang Tiada Pengganti




Ayuh, kita renungi sejenak. Sebagai santapan rohani kita.

Tiba - tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk..?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya  masuk seraya berkata, "Maaflah, ayahku sedang sakit.." kata Fatimah yang membalikkan badannya dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah.. "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah wahai ayahku, orangnya seolah pertama kali aku melihatnya" tutur Fatimah lembut.  Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Pandangan yang sayu tetapi sejuk dipandang. Seolah - olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di tatap dan dikenang sepenuhnya. "Ketahuilah wahai anakku Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan dunia yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia ini. Dan dialah malaikatul maut, malaikat yang mencabut nyawa setiap yg bernyawa, Izrail …" kata Rasulullah. Lalu baginda menyuruh Fatimah menjemput tetamunya itu masuk. “Masuklah ke dalam, ayahku mengizinkan engkau masuk” berkata Fatimah pada malaikat penghapus kenikmatan.

Maka masuklah malaikat Izrail dengan izin. Kerana di langit malaikat Izrail telah diberi pesanan oleh Allah s.w.t. “Pergilah dan ambilnya nyawa kekasihKu andai dizinkan. Jikalau tidak diizinkan, kembalilah semula…” ( seumpamanya )

Fatimah pun menahan teriakan tangisannya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kepada Izrail kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Para bidadari beratur menanti hadirnya ruh makhluk agung itu, Muhammad s.a.w. di pintu - pintu syurga.

"Jibril, jelaskan apa hak aku nanti di hadapan Allah..?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menantikan ruhmu wahai Rasulullah. Semua pintu syurga terbuka luas seluas - luasnya menantikan akan kedatanganmu.." kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan dan kerisauan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
“Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali Nabi Muhammad dan umat Muhammad s.a.w.  telah berada di dalamnya.." kata Jibril. Rasulullah lega apabila mendengar jaminan tersebut daripada Jibril. Hilang segala kerisauan dan kekhuatirannya sebentar tadi.

Detik - detiknya semakin dekat, saatnya pengakhiran seorang insan kamil. Izrail memulakan tugasnya. Perlahan - lahan ruh Rasulullah ditarik. Paling perlaha sekali yang pernah dilakukan oleh malaikat Izrail. Kelihatan seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Wahai Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan mukanya daripada melihat wajah Rasulullah. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu dariku wahai Jibril..?" tanya Rasulullah pada malaikat utusan wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal..?" kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya nian sakaratul maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku..”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimaanukum “
“peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

 Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii…"
"Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia agung kehidupannya dan mulia di sisi Allah dan makhluk lainya yang memberi sinaran itu. Dahi baginda berpeluh sebagai tanda husnul khatimah.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Seperti mana sayangnya, cintanya Nabi kepada umatnya hingga penghujung nyawa. Masih memikirkan nasib umatnya. Langsung tidak memikirkan diri sendiri. Langsung tidak mahu menyusahkan dan membebankan umatnya sehinggakan minta ditimpakan azabnya sakaratulmaul ke atas diri baginda. Bukan untuk seorang tapi untuk seluruh umatnya.

 
“Allahumma sholli 'ala saidina Muhammad
wa ‘ala ahlihi wa ‘alaihi wa baarik wa salim”



Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Apakah layaknya kita mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad di akhirat kelak sedangkan kita jarang sekali mengingati dan berselawat ke atas Baginda. Sempurnakan diri kita sehingga terlalu ego dan bongkak di atas muka bumi Allah s.w.t. ini. Langsung tidak ada tanda syukur. Andai bersyukur sekalipun hanya ketika susah. Apabila merasai nikmat hilang, langsung hilangnya tanda syukur sebagai hamba. Sama – sama kita bermuhasabah dalam penghidupan kita yang terlalu singkat ini. Peringatan untuk diri ana jua. Untuk semuanya . Untuk Islam dan seisinya yang mengakui Islam agamanya. Subhanallah.

Mudah - mudahan  muslim yang lainnya juga ada timbul kesedaran untuk  mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Seprti kasihnya mereka terhadap kita.  Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.  Seindah fatamorgana yang entah bila kan perolehi.
Amin... 

*******************************************************



~ Penghulu Segala Nabi ~

NABI MUHAMMAD S.A.W. MAKHLUK TERAGUNG

"
Nabi Muhammad s.a.w. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia - manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di atas muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana hanya pada Baginda terdapatnya contoh untuk diteladani untuk umat manusia sepanjang zaman hingga ke hari akhirat kelak.

 Secara umumnya, kita sekadar mendengar dan mengetahui keadaan yang zahir sahaja dan ini adalah gambaran yang diperoleh daripada unsur – unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri - ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah jua dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan lukisan potret Baginda oleh sesiapa sahaja. Sungguhpun begitu sifat - sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan dan digambarkan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda Muhammad s.a.w. , sehinggakan seorang ulama’ Yahudi pada zaman Baginda yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman beliau dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama’ Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak karimah yakni akhlak terpuji baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. Para sahabat yang selalu bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci.


Di antara kata-kata mereka
yang pernah
melihat Baginda saw :-

v Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

v Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

v Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

v Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

v Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

v Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

v Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

v Wajahnya seperti bulan purnama

v Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan diantara dua keningnya dan nampak semakin jelas semasa marah.

v Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

v Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

v Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

v Mulut baginda sederhana luas dan cantik

v Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

v Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

v Janggutnya penuh ( lebat )dan tebal menawan

v Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

v Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

v Rambutnya sedikit ikal

v Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang - kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

v Rambutnya terbelah di tengah

v Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

v Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

v Seimbang antara kedua bahunya

v Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

v Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w.

v Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

v Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

v Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

v Warna kulitnya putih tapi sehat

v Kulitnya putih lagi bercahaya

v Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

v Badannya tidak gemuk

v Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

v Perutnya tidak buncit

v Badannya cenderung kepada tinggi.  Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

v Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan. Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah s.a.w. Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di atas muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR

Ø Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Ø Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Ø Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Ø Baginda adalah manusia mithali ( contoh teladan ) yang serba lengkap dan serba kamil ( sempurna ) dan layaklah baginda tidak disentuh oleh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.


Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi Allah ini. Barangsiapa yang mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi s.a.w., nescaya Allah tidak menerima keimanannya.