Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Neraka Destinasi Kita Atau Pilihan Kita...???

Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud : -

“ Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada kepada manusia dalam Kitab Allah yakni Al Quran, mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat yakni makhluk sekaliannya ”

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda :-
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. “



Assalamualaikum....

Sekadar buat renungan dan peringatan buat kita bersama lebih-lebih lagi tuan empunya diri ini. Wahai rakan taulan teman seperjuangan kawan sahabat handai kenalan dan umat manusia seluruhnya marilah sama - sama kita memperingati antara satu sama lain. Agar kita tidak terus leka dan lalai sebagai hamba Allah. Leka dan lalai dengan kenikmatan dunia yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat kebaikan di dunia dan ganjaran di akhirat kelak.

Artikel kali ini ingin ana bicarakan sedikit sebanyak tentang suatu tempat yang semestinya tidak mahu dikunjungi oleh sesiapapun kecuali yang inginkannya. Iaitu Neraka. Adakah kita yang tidak mahu ke neraka atau kita tidak mahu berusaha untuk mengelakkan diri kita daripada terhumban ke neraka Allah Taala. Andai ditanya sudah pasti kebanyakan kita tidak mahu masuk ke dalam neraka, akan tetapi adakah kita telah berusaha untuk mengelakkan diri daripada menjerumuskan diri ke dalamnya. Maka dengan itu marilah sama - sama kita fikirkan kembali akan kehidupan yang telah lalu lantaran kita tidak mahu mencampakkan diri ke dalam neraka sebagai pembalasan dengan apa yang telah kita lakukan dan perlaksanakan di atas muka bumi dah kehidupan kita di dunia ini. Sama-sama kita renungkan… 

Ayuh, sama - sama jua kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak dek perlakuan kita yang cuai, leka, alpa dan lalai dengan perintah dan suruhan Allah dan rasulnya, junjungan agung Muhammad s.a.w. 


********************************************************************
Dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yang ia tidak biasa datang dan pasa masa itu datangnya Jibrail dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w. :
" Mengapa aku melihat kau berubah muka…?"

Jawabnya :
" Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah Taala memerintahkan supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda :
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya : "Ya, Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyalaan dan baranya.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikanlah terbuka lubang neraka sebesar hujung jarum nescaya
akan terbakarlah seluruh penduduk dunia seisinya kerana panasnya api neraka.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati semuanya penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.”

“Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yang ke tujuh.”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikanlah ada seorang
di hujung barat terseksa dengan seksaan neraka, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya neraka Jahannam itu dan sangat dalamnya ia
dan perhiasannya pula terdiri daripada besi dan
minumannya air panas yang menggelegak bercampur nanah, dan pakaiannya daripada potongan-potongan api yang menyala-nyala. “

“Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya :
"Apakah pintu-pintunya itu bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka, setengahnya di bawah dari yang
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan adalah 70,000 tahun, tiap pintu
yang lebih bawah lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
 * semakin bawah semakin panas 

( gambar sekadar hiasan)

Tanya Rasulullah s.a.w. : " Siapakah penduduk masing - masing pintu neraka ? "

Jawab Jibrail : "Pintu yang paling bawah sekali adalah untuk orang -orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan pada mereka hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.”

“Pintu kedua tempat orang - orang musyrikin bernama Jahim. “

“Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. “

“Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.”

“Pintu kelima adalah untuk orang Yahudi bernama Huthomah.”

“Pintu yang keenam tempat orang nasara ( orang Nasrani ) bernama Sa'eir."

( gambar sekadar hiasan) 
Kemudian Jibrail dalam keadaan yang diam lagi segan kepada
Rasulullah s.a.w. sehinggalah ditanya : " Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh..? "
Jawabnya : "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang mana sampai matinya dan ketika akhir hidupnya belum sempat bertaubat."

Maka apabila mendengar sahaja kalam dari Jibrail alaihi salam maka Nabi s.a.w.
terus jatuh pengsan, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w.
di pangkuannya sehinggalah Baginda sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w. bersabda : "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari umat aku yang akan masuk ke dalam neraka..? " Jawabnya : "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi s. a. w. menangis. Jibrail juga menangis. Kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali ke rumahnya dan tidak berbicara dengan orang dan ketika sembahyang Baginda selalu menangis dan meminta keampunan kepada Allah.

 ( gambar sekadar hiasan)

Dari Hadith Qudsi : “Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahannamKu itu ( seumpamanya ) : -

Ø Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Ø Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Ø Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Ø Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Ø Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Ø Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Ø Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Ø Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Ø Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
Ø Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Ø  Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Betapa dahsyatnya azab neraka buat hamba-hambaNya yang tidak takutkan neraka dan balasan Allah. Segala macam peringatan sudah pun diingatkan sedari kecil hinggalah hendak masuk ke dalam tanah sekalipun. Sepertimana “rumah kata pergi, kubur kata mari”. Tidak mengapa kalau tanah mahu menerima kita tetapi bagaimana pula kalau tanah pun tidak mahu menerima dan melempar jasad kita…??? Di manakah mahu disemadikan akan jasad kita ini..??? Fikir-fikirkanlah. Berilah ingatan sebanyak mana sekalipun tetapi seolah-olah tidak ada kesan yang memberi pengajaran dalam jiwa dan sanubari makhluk yang bernama manusia ini. Apakah semua ini disebabkan kita terlalu ego dan bongkak di atas muka bumi Allah ini. Sehinggakan kita langsung tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah yang terdahulu.

Ya Allah Ya Rabbana,
mudah-mudahan apabila kami mati kelak,
kami redha bertemu dengan Engkau dan
Engkau redha untuk bertemu dengan kami….

Harapnya artikel yang sedikit ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua walaupun hanya terdetik sedetik dan secebis penginsafan dalam diri. Terutamanya diri ana.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment