Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

ADUHAI WANITA...!!!

ADUHAI WANITA...!!!


Peliharalah matamu..
Kerana matamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu...

Peliharalah dirimu..
Usah menzahirkan perhiasan yang telah dikurniakan oleh Allah kerana perhiasan itu bukanlah untuk tontonan umum...


Wanita,
Sedarilah bahawa dirimu adalah satu fitnah.. Jadi, binalah jati diri anda sebagai seorang muslimah dan mu'minah solehah.. Kerana wanita solehah itu adalah sebaik - baik perhiasan dunia.

******************************************************

                    

SIAPAKAH KITA....???


Siapakah Orang Yang Sombong…???
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allahu Rabbana, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah Orang Yang Telah Mati Hatinya…???
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Qur'an, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. Mereka merasakan diri mereka telah sempurna dengan apa yang telah ada pada diri mereka.



Siapakah Yang Dungu Kepala Otaknya…???
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu melakukan amal dan menjalankan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah Orang Yang Kuat…???
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Sepertimana semua orang maklum, api kemarahan ini datangnya daripada syaitan. Andai dapat melawan sifat amarah ini, bermakna kita dapat mengelakkan diri daripada ‘zalim’.

Siapakah Orang Yang Lemah…???
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. Mencegah kemungkaran adalah menjadi satu kewajipan diri kita sebagai seorang muslim yang mukalaf.
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangannya ( yakni dengan kuasa ). Andai tidak mampu, cegahlah ia dengan  lisanmu ( kata-kata yang baik ). Andai tidak mampu jua, cegahlah ia dengan hati ( yakni membenci dan menjauhi kemungkaran dan mendoakan yang baik ). Dan itulah selemah-lemah iman.”

Siapakah Orang Yang Bakhil…???
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas penghulu kita, junjungan Agung, Rasulullah s. a. w.
“Sekali kita berselawat kepada Nabi , malaikat akan selawat ( mendoakan ) ke atas kita sebanyak sepuluh kali.” atau sedemikian itu…

Siapakah Orang Yang Buta…???
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran, keagungan kitab suci lagi mulia yakni  al-Quran Karim dan tidak mahu mengambil pengajaran dan intifadah yang terkandung di dalamnya.

Siapakah Orang Yang Tuli…???
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya. Semestinya dalam majlis ilmu sama ada formal ataupun tidak formal.
“Jadilah orang yang berilmu (alim), atau orang yang menuntut dan mempelajari ilmu, atau orang yang mendengar akan ilmu, ataupun orang yang mencintai ilmu ( mencintai orang yang berilmu, orang yang mempelajari dan orang yang mendengar ilmu ), dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima maka celakalah kamu.”

Siapakah Orang Yang Sibuk…???
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s. Andai kita perhatikan dan mempelajari kisah Nabi Allah yakni Sulaiman a.s. , beliau bukan sahaja seorang nabi bahkan menjadi pemimpin diantara pemimpin. Yang mana bukan sahaja mentadbir manusia, malah mentadbir ‘kerajaan’ selain daripada manusia iaitu haiwan dan jin. Lebih hebat lagi daripada zaman masa kini yang dikatakan zaman serba moden, serba maju. Sibuk dengan urusan dunia sehinggakan melupai tanggungjawab dan amanah sebagai hamba Allah.

Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya…???
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah, dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi raajiuun."  Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Ya Tuhanku, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah,senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati & senyuman itu tidak menyakitkan bahkan menjadi penawar hati yang sakit..”

Siapakah Yang Menangisi Air Mata Mutiara…???
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendirian lalu dia mengingati akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya yang telah lepas lalu mengalir air matanya.
“Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila mana kau mengingati pada dosamu, kesempurnaan amalmu bila kau menghindarkan ujub dan kesempurnaan syukurmu bila kau menyedari akan kekuranganmu..”

Siapakah Orang Yang Kaya…???
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dengan dirinya dan tidak tamak haloba akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Kebanyakan orang masih mahu mencari harta walaupun hartanya sudah bertimbun, adakah itu dinamakan kaya…??? Andai kayanya seseorang dengan harta benda yang bergunung – ganang, biarlah ianya seiring dengan kayanya amal, budi, akhlak pekerti yang terpuji.

Siapakah Orang Yang Miskin…???
Orang yang miskin adalah orang tidak pernah merasa puas dengan nikmat yang ada di sisinya dan sentiasa mengumpul  harta sekehendaknya. Seolah – olah dirinya masih lagi miskin dan berhajatkan sesuatu. Tidak pernah ada rasa syukur dengan apa yang ada pada dirinya.

Siapakah Orang Yang Pandai…???
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya  kerana  dunia ini pendek usianya sedangkan akhirat adalah hamparan kita yang kekal abadi. Perlu diingatkan, bertambahnya usia seseorang yakni kita bermakna umur kita semakin pendek dan ajal kita semakin dekat dan hampirnya kita dengan saat kematian dan dekatnya kita dengan pertemuan untuk kita bertemu dengan Allah s.w.t.

Siapakah Orang Yang Bodoh…???
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan. Samalah jua dengan orang yang mencari isi dunia sedangkan langsung tidak mencari persediaan untuk akhirat. 
“Carilah dunia seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah ia amal ibadat kamu yang terakhir..” atau seumpamanya.

Siapakah Orang Bijaksana…???
Orang yang bijaksana adalah orang yang senantiasa ingat akan kematian. Setiap jiwa yang bernyawa pasti akan menemui kematian tidak kira apa jua sekalipun.
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu ( bila sampai ajal ) , sekalipun kamu berada dalam benteng - benteng yang tinggi lagi kukuh..”



************************************************************

NASIHAT KEHIDUPAN



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
Carilah seperti mana yang diajarkan dalam agama. Usah digusar andai tidak ketemu di saat ini kerana makhluk Allah ini dijadikan secara berpasangan. Hanya menunngu saat dan waktu yang sesuai dan yang telah ditetapkan Tuhan Rabbul Jalil. InsyaAllah.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali kepada si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui perantaraan orang tuanya atau wali si gadis. Lamarlah dengan lamaran yang baik. Kerana pandangan pertama selalunya menjadi ingatan semua orang. Oleh itu, lakukanlah yang terbaik. Mudah-mudahan ada baiknya.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,imam atau wali tetapi menikah di hadapan Allah. Mereka hanyalah perantaraan, sekadar wasilah sahaja. Anda perlu ingat, tanggungjawab anda bertambah apabila lafaz akad usai dilafazkan. Amanah yang telah dipertangungjawabkan.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka. Oleh itu, jagalah amanah anda dengan sebaiknya agar tidak terjadinya penceraian dalam pernikahan anda. Datangnya tetamu membawa keberkatan dan perginya tetamu membawa kekurangan (dosa).

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia yang lahir dari rahim seorang ibu dan bukan dari sepasang malaikat. Laksanakanlah sebagai khalifah yang diamanahkan dengan sebaiknya.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP DAN ALAM BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan ditempuh tidak selamanya melalui jalan yang bertaburan bunga dan wangian, tapi akan juga melalui semak belukar yang penuh onak dan duri. Ada kalanya ranjau yang berliku perlu ditempuh jua. Itulah kehidupan yang bakal menyusul di kemudian hari..Bersabarlah.

7. KETIKA DUNIA RUMAH TANGGA BERMASALAH
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan dan saling bergenggaman tangan. Hidup ini seperti putaran roda. Ada kalanya kehidupan kita berada di atas. Ada kalanya hidup ini berada di bawah. Dan ada kalanya kita berada di tengah-tengah. Rentaslah dengan menggunakan akal fikiran yang sihat lagi waras.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda sepenuhnya. Saling memberikan kata semangat. Usah dipersalahkan sesiapa. Kerana ini semua adalah hak Tuan empunya dunia. Andai belum memiliki zuriat bukan bererti tiada rezeki, tetapi Dia menangguhkan di suatu tempat yang tidak terbayang di fikiran kita. Andai bukan di dunia, insyaAllah ganjaran yang tak terjangkau sedang menanti kita di hari akhirat kelak. Semestinya di taman-taman syurga. Penghidupan yang kekal abadi.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada suami, isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda sepenuhnya dan cintailah, sayangilah anak-anak anda sepenuh jiwa. Perlu diingatkan bahawa hadirnya anak dalam kehidupan adalah satu amanah yang perlu dan wajib dilaksanakan. Ibu bapa yang akan mencorakkan anak-anak sama yang bakal menempuh dunia yang serba fana ini.


*****************************************************************
(O_O) (0_0) (O_O)

Santai..


 * 4 Perkara yang paling berharga pada diri manusia

Rasulullah SAW telah bersabda : Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah : 1-Akal. 2-Agama. 3-Malu. 4-Amal Soleh. Maka akal akan hilang disebabkan marah, Agama akan hilang disebabkan dengki, Malu akan hilang disebabkan tamak, Dan amal soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


****************************************************************************************************

* Ilmu Pengetahuan

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: “Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Ta’ala. Maka sesungguhnya daripada pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka.”


****************************************************************************************************

 * 4 perkara yang Terlebih Baik

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik : 1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita 2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin. 3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik. 4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.


****************************************************************************************************
(n_n)(n_n)

Lelaki Teruna oh Lelaki Teruna...

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih ’teruna’  walaupun rata-ratanya dan kebanyakan wanita sekarang ini lebih suka memilih yang ‘berpengalaman’ ataupun dengan kata lain…duda atau suami orang lain. Maaflah kalau-kalau kenyataan ini tidak benar. Ini adalah sedikit perkongsian sebagai panduan untuk anda mengenali samada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Jangan pula ada yang melenting.Apa jua sekalipun, Wallahua’lam..


1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah atau muka berbanding lelaki yang tiada teruna pula gemar melihat akan postur tubuh wanita.

2. Lelaki teruna akan segera mengalihkan pandangan apabila ditentang mata oleh wanita cantik manakala lelaki tak teruna akan mengekalkan pandangan mereka.

3. Lelaki teruna akan menundukkan kepalanya apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (kawal senyuman) tetapi lelaki tak teruna pula akan menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik.

5. Lelaki teruna seperti ‘kena interview’ apabila bercakap dengan perempuan dan badannya sedikit kaku.



6. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

7. Lelaki teruna agak membosankan apabila bercinta dan gayanya agak “nerd”,  gemar berlagak kononnya dialah hebat hanya semata-mata untuk menarik pasangannya.

8. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

9. Lelaki teruna, hatinya terlalu sensitif. Oleh sebab itu, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.




10. Lelaki teruna sering membesar-besarkan (walaupun tidak sebesar mana) pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. Mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan masing-masing apabila berbual dengan kawan-kawan. Kiranya dialah yang paling bagus sekali.

Artikel ini sekadar bersahaja. Kalau ada yang benar, baguslah. Tetapi andai kata ada salah silapnya, ada cacat celanya..anggap sahaja ia sekadar merehatkan minda seketika. Ada kalanya sesuatu perkara perlu diambil serius dan ada kalanya sesuatu perkara tidak perlu diambil serius. Kiranya sebagai ilmu santai. Kalau tidak dapat semua, jangan tinggalkan semuanya. Maaf andainya ada yang terasa dan kurang senang dengan ana.