Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Muhammad s.a.w.


Detik bersejarah tika mana api majusi yang tidak pernah padam kesekian lamanya secara tiba-tiba terpadam. Istana Kisra Parsi runtuh. Dunia bakal diterangai cahaya sinar. Kota Makkah bakal diterangi cahaya yang tidak akan pudar buat selamanya. Semuanya ini adalah tanda-tanda lahir seorang manusia agung lagi mulia. Tidak lain dan tidak bukan, adalah kekasih Allah s.w.t. telah diketahui oleh Nabi Adam pada awalnya lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan dilahirkan dan akan menjadi pemberi syafaat kepada alam keseluruhannya.

          Setelah melalui segala perit kehidupan dalam onak duri yang tidak pernah hilang. Setelah mencucurkan keringat yang tidak pernah kering, darah yang mengalir, dan air mata yang jatuh keguguran menangis kesedihan dan tangisan kegembiraan berpuluh - puluh tahun lamanya. Lebih kurang 23 tahun, berjuang dengan segala kudrat tenaga daya dan kesungguhan bersama - sama para sahabat r.a. yang setia dan sanggup bermatian dalam da’ie Islamiyah dan berdakwah bersama dalam membanteras penyakit - penyakit di zaman jahiliyah yakni zaman kedunguan dan kebodohan di kala itu, mengajak dan memanggil jemaah manusia dalam menuju ke arah jalan Allah s.w.t. ; berjihad, berjuang menegakkan dan meneguhkan nilai - nilai kebenaran dan keadilan Tuhan Rabbul Jalil. Maka akhirnya menampakkan keberhasilan beliau dalam menunaikan misi sucinya, menegakkan Islam sebagai satu - satunya agama yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk umat manusia di bawah naungan langit. “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya..” seumpamanya.

          Pada musim haji tahun ke 10 Hijrah, bersama - sama dengan Rasulullah lebih kurang  140 000 kaum muslimin muslimat yang datang dari segenap pelusuk tanah arab. Pada saat itu, beliau pun menunaikan ibadah Haji Akbar yang mana bagi beliau sendiri adalah merupakan detik perpisahan buat umatnya ( Wada’ ) iaitu haji terakhir kerana beliau tidak lagi dapat bersama umatnya dalam menunaikan ibadah suci iaitu haji pada tahun - tahun yang berikutnya, tahun  yang mendatang.

          Dalam haji Wada’ inilah beliau menyampaikan mutiara - mutiara agung, wasiat yang amat berharga bagi umat manusia. Di samping itu juga, beliau menyelitkan amaran Allah kepada kaum musyrikin bahawa Allah s.w.t. dan RasulNya memutuskan hubungan dengan mereka kerana akidah mereka adalah penuh noda. Dan sejak tahun ke 9 Hijrah, telah dibuat batas sempadan tanah suci Makkah dan Madinah ( tanah haram ) yang sama sekali tidak diizinkan bagi kaum kafir untuk menginjaknya hinggalah ke Hari Akhir kelak.

          Khutbah ‘Arafah yang akan menjadi pegangan hidup matinya kaum Muslimin adalah jua merupakan piagam perdamaian yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi yang mana dilafazkan sendiri oleh junjungan agung Nabi Muhammad s.a.w. dari atas untanya yang berdiri di Namirah berhampiran dengan bukit ‘Arafah yang terletak di tengah - tengah padang ‘Arafah yang dahsyat dan luas itu. Khutbah bersejarah yang diabadikan sepanjang masa itu. Buat selamanya...( antara lain bunyinya atau seumpamanya )


 
“Wahai manusia, dengarkanlah nasihatku baik – baik, kerana barangkali aku tidak dapat lagi bertemu muka dengan kamu semua di tempat ini...!

“Tahukah kamu semua, hari apakah ini..? yang mana dijawab sendiri oleh beliau sendiri : Inilah hari Nahar, hari korban yang suci. Tahukah kamu bulan apakah ini..? Inilah bulan suci. Tahukah kamu tempat apakah ini..? Inilah kota yang suci.”

Haram Menumpahkan Darah

“Maka dari itu aku permaklumkan kepada kamu semua bahawa darah dan nyawamu, harta bendamu dan kehormatamu antara satu sama lain adalah haram sama sekali atas kamu hinggalah kamu bertemu dengan Tuhanmu kelak. Semuanya ini harus kamu sucikan sepertimana sucinya hari ini sebagaimana sucinya bulan ini dan sebagaimana sucinya kota ini. Hendaklah berita ini kamu sampaikan kepaa orang - orang yang tidak hadir di tempat ini! Bukankah aku telah menyampaikan...???Oh wahai Tuhan persaksikanlah...!!!”

Hapuskan Riba

“Hari ini hendaklah dihapuskan segala macam bentuk riba. Maka barang siapa yang memegang amanah di tangannya, maka hendaklah ia bayarkan kepada yang empunya. Dan sesungguhnya Riba Jahiliyah itu adalah batil. Dan di awal Riba yang pertama sekali aku sapu bersih adalah Riba yang dilakukan oleh bapa saudaraku sendiri, Abbas bin Abdul Muttalib.”

“Hari ini haruslah dihapuskan semua bentuk pembalasan dendam pembunuhan Jahiliyah, dan penuntutan darah ala Jahiliyah yang mula pertama aku hapuskan adalah atas tuntutan darah ‘Amir bin Haris.”

“Wahai manusia, hari ini syaitan telah berputus asa untuk disembah pada bumimu yang suci ini. Tetapi ia bangga apabila kamu dapat mentaatinya walaupun dalam keadaan yang kelihatannya kecil sekalipun, maka dengan itu wahai manusia, berwaspadalah kamu akannya.”

“Wahai manusia, sesungguhnya zaman itu beredar sejak Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada azali lagi.”

Hak Kewajipan Suami Isteri

“Wahai manusia, sesungguhnya bagi kaum wanita itu yakni isterimu ada hak-hak yang harus dan perlu dipenuhi oleh isteri itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah bahawa mereka tidak boleh sama sekali membawa orang lain ke tempat tidur selain kamu sendiri yakni si suami. Dan mereka juga tidak boleh membawa orang lain yang tidak kamu sukai dan tidak kamu senangi ke rumahmu, melainkn mendapat keizinan darimu ( suami ) terlebih dahulu. Maka sekiranya kaum wanita itu melanggar ketetapan - ketetapan yang sedemikian rupa, maka dengan itu sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengizinkan kamu untuk meninggalkan mereka dan kamu boleh melecut ringan  terhadap diri wanita ( isteri ) yang berdosa itu. Tapi bilamana mereka tunduk yakni  patuh kepadamu, maka telah menjadi kewajipan atasmu untuk memberi nafkah dan pakaian mereka dengan sebaik - baiknya. Ingatlah bahawa kaum hawa itu adalah makhluk yang lemah di sisimu, mereka tak berdaya dan berkuasa. Kamu telah membawa mereka dengan satu amanat daripada Tuhan dan kamu telah halalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Dari itu bertakwalah kepada Allah akan urusan wanita dan terimalah wasiat ini untuk kamu bergaul baik dengan mereka...!!! Wahai umat, bukankah aku telah menyampaikan...??? Wahai Tuhan, Kau persaksikanlah...”

Pegangan Hidup

“Wahai manusia, sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu akan sesuatu, dan bilamana kamu pegangnya erat - erat nescaya kamu tidak akan sesat buat selama - selamanya ; Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Wahai manusia dengarkanlah baik-baik tentang apa yang ingin aku bicarakan kepada kamu nescaya semestinya kamu akan bahagia buat selamanya dalam kehidupanmu...!!!”

Persaudaraan Islam

“Wahai manusia, kamu hendaklah mengerti bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka bagi diri kamu sekalian terlarang keras untuk kamu mengambil harta saudaranya kecuali dengan izin hati yang ikhlas. Bukankah aku telah menyampaikan...??? Wahai Tuhan, Kau persaksikanlah...”

“Janganlah kamu kembali kepada kafir setelah mana aku telah wafat nanti, di mana sebahagian daripada kamu akan mempermainkan senjata sesama kamu untuk menebas batang leher saudaranya yang lain. Kerana, bukanlah aku telah tinggalkan untukmu sekalian akan pedoman yang benar, yang mana apabila kamu ambil ia sebagai pegangan dan tatacara kehidupanmu sudah tentu kamu tidak akan sesat, yakni Kitab Allah ( Al - Quran )...”

“Wahai umat, bukankah aku telah menyampaikan...??? Ya Tuhan, Kau persaksikanlah...”

Persamaan Hak

“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah tunggal, dan sesungguhnya kamu berasal dari seorang bapa. Kamu semuanya asalnya daripada Adam dan Adam asalnya  daripada tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa, tidak ada sedikit pun kelebihan bangsa arab dari bangsa yang bukan arab, kecuali dengan takwa di sisi Allah...”

“Maka hendaklah orang yang hadir diantara kamu pada ketika ini berkewajipan untuk menyampaikan pesanan dan wasiatku ini kepada mereka yang tidak hadir...”

          Setelah mengakhiri Khutbah al - Wada’ yang amat memberi kesan itu dengan nada suara yang tinggi lagi lantang sambil menunjukkan ke langit, maka berteriaklah pula para jemaah haji yang sedang berkumpul sebagai tanda kesyukuran kerana agama Islam telah lengkap sepenuhnya. Mereka menyahut serentak dengan suara yang lantang bergema membelah kesunyian luasnya padang pasir sambil mengucapkan beramai - ramai “ Demi Tuhan, sesungguhnya engkau ( Muhammad ) telah menyampaikan amanah dan perintah Tuhanmu...!!!”

Subhanallah...!!!
 ............................................................................
.......................................

6 Soalan Yang Dijawab Oleh Imam al-Ghazali


Soalan 1           :  “Apakah yang paling dekat dengan diri kita...?”

Imam Ghazali  :  “Perkara yang paling dekat dengan diri kita adalah mati, sebab itu adalah janji Allah s.w.t. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.”

Soalan 2           :  “Apakah yang paling jauh dari diri kita...?”

Imam Ghazali  :  “Perkara  yang paling jauh dari diri kita adalah masa lalu ( masa lalu tidak akan kembali semula ), kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan mendatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

Soalan 3           :  “Apakah yang paling besar...?”

Imam Ghazali  :  “Paling besar ialah nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan mainan nafsu. Jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.”

“Biarlah kita yang mengawal nafsu tapi jangan biarkan kita dikawal oleh nafsu...”

Soalan 4           :   “Apakah yang paling berat...?”

Imam Ghazali  :  “Paling berat adalah memegang dan melaksanakan amanah. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung-ganang dan malaikat tidak mampu ketika Allah s.w.t. meminta mereka untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini akan tetapi manusia dengan bongkaknya menerima permintaan Allah sehinggakan ramai diantara manusia nanti akan masuk ke dalam neraka kerana tidak mampu melaksanakan amanah.”
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang ; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir  tidak akan melaksanakannya ( berat ) lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.”(  Surah al-Ahzab : 72 )

Soalan 5           :  “Apakah yang paling ringan...?”

Imam Ghazali  :  “Perkara yang paling ringan sekali adalah meninggalkan solat, samada kerana pekerjaan dan kerjaya ataupun yang lain, kita terus meninggalkan solat.”

Soalan 6          :   “Apakah yang paling tajam...?”

Imam Ghazali  :  “Yang paling tajam sekali ialah lidah manusia kerana melalui lidahlah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri.”

Diharapkan kita dapat mengambil pengajaran daripada catatan yang tak seberapa ini. Sekadar peringatan buat diri ana jua.

Hari Kekasih

14 Februari adalah satu tarikh yang menjadi kegilaan kebanyakan remaja dunia masa kini kerana di situ ada satu tanda simbolik bagi manusia-manusia yang dikatakan berakal tetapi tidak tahu menggunakan akal di kepala sendiri. Mungkin juga akal bagi manusia sebegini terletak di suatu sudut tetapi yang pastinya mungkin bukan di bahagian kepala. Andai disebut tarikh keramat ini, sudah pastinya kebanyakan orang akan terbayang satu detik bersejarah ( bersejarah la sangat ) iaitu “Hari Kekasih”. Hari Kekasih...????

Andai ditanya apa makna Hari Kekasih, pasti ada pebagai jawapan. Kenapa dipilih tarikh 14 Februari sebagai hari kekasih. Tidak tahu jawapannya. Kenapa bukan hari dan tarikh yang lain..??? Pernahkah kita terpikir akan semua hal ini..???

Kalau dikaji dan diimbas semula akan tarikh bersejarah ini, pasti ada yang meragui, mempersoalkan dan menafikan akan hal yang sebenarnya. Kerana apa. Kerana manusia yang hidup di zaman serba canggih yang dikatakan maju kini tidak dapat menerima hakikat kejadian yang sebenarnya. Mengaku hidup di dunia maju tapi pemikiran masih lagi kolot dan jumud. Hanya tahu mengikut secara membuta tuli, ataupun dengan membabi buta.

14 Februari adalah tarikh yang bersejarah bagi umat Islam kerana pada tarikh inilah, pernah di suatu ketika dahulu, ulama' Islam dibunuh secara beramai-ramai. Dan tarikh ini disambut kerana kemenanangan musuh Islam laknatulllah. Terdapat beberapa versi tentang kisah di sebalik 14 Februari. Secara ringkasnya sahaja. Sama-sama kita renungkan.


Versi 1
 
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino ( Valentine ). Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine adalah salah seorang daripada penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara sekalipun, Valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan - banduan. Raja Rom telah mengetahui akan kegiatan Valentine dan memerintah agar Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehinggakan mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Ada sesetengah sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau telah jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahannya ini telah menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada untuk meninggalkan agama Kristian yang dianutinya ataupun menerima hukuman bunuh. Beliau lebih rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan “ From ‘your valentine’ ” (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
 
 St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang - undang Rom pada ketika itu menghalang daripada pemuda - pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan Valentine ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
 
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Kisah dan keterangan ini sudah semestinya diketahui oleh kebanyakan remaja dan orang ramai tapi pelik kenapa masih ada lagi yang ingin meraikan Hari Kekasih. Adakah manusia seperti ini sengaja ingin mencabar dan mahu mempermainkan agama...??? Apakah manusia sebegini telah tertutup pintu taubat dan pintu Hidayah buat mereka. 

"Ya Allah, Kau bukakanlah pintu taubat buatku dan buat mereka. Mudah - mudahan masih ada lagi rahmat kasih sayangMu buat hamba - hambaMu ini Ya Rahman. Hamba yang seringkali leka dan alpa dek kelazatan nikmat dunia yang sementara ini."


Dikatakan berakal dan tahu berfikir tapi tidak tahu menggunakan dan memanfaatkannya. Tidak tahu menggunakan akal ataupun tidak mahu menggunakannya. Entahlah samada manusia sebegini ada akal atau tidak. Yang pastinya makhluk yang bernama ‘manusia’ mempunyai akal. Malainkan makhluk lain di atas muka bumi yang hanya ada otak tapi tiada akal. Kalau hanya ada otak tapi tidak tahu nak menggunakan akal bermakna samalah jua dengan makhluk di tepi-tepi jalanan yang sememangnya tak berakal.

Sama-sama kita fikirkan kembali, merenung semula akan detik kehidupan kita yang lalu dan dapat jua kita menjahit sejadah iman kita yang kian terkoyak lantaran kealpaan kita terhadap Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Allah Yusahhil 'alaina. Amin Ya Rabbal 'alamin.

Kawan...Sahabat...Rakan...Teman...


Seandai engkau bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, menegur keimananmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan.. Dia bukanlah seorang kawan... Tapi dia adalah seorang sahabat dan teman buat selamanya dalam ukhwah Fillah mahabbah mardhatillah abadan abada.. InsyaAllah


Sesungguhnya amat bermakna jika kita dihadiahkan seorang sahabat yang sama-sama dapat membantu, menolong kita untuk melaksanakan tuntutan agama. Kebaikan dirinya kita tumpangi, kesalahan kita diteguri dan sama-sama menyebarkan kebenaran. Jadilah sahabat yang setia menanggung susah demi sahabatnya yang lain, jangan menyusahkan mereka. Itulah sebaik-baiknya.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan bermain buaian bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

*******************************************************************
(^_^)

"Saudara atau temanmu yangg sebenar ialah yang bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, jika ada sesuatu yg menimpamu, dia sanggup meninggalkan sesiapapun untuk bersamamu.."
- SAIDINA ALI R.A –


"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar." 
- Khalifah ‘Umar -