Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Hari Kekasih

14 Februari adalah satu tarikh yang menjadi kegilaan kebanyakan remaja dunia masa kini kerana di situ ada satu tanda simbolik bagi manusia-manusia yang dikatakan berakal tetapi tidak tahu menggunakan akal di kepala sendiri. Mungkin juga akal bagi manusia sebegini terletak di suatu sudut tetapi yang pastinya mungkin bukan di bahagian kepala. Andai disebut tarikh keramat ini, sudah pastinya kebanyakan orang akan terbayang satu detik bersejarah ( bersejarah la sangat ) iaitu “Hari Kekasih”. Hari Kekasih...????

Andai ditanya apa makna Hari Kekasih, pasti ada pebagai jawapan. Kenapa dipilih tarikh 14 Februari sebagai hari kekasih. Tidak tahu jawapannya. Kenapa bukan hari dan tarikh yang lain..??? Pernahkah kita terpikir akan semua hal ini..???

Kalau dikaji dan diimbas semula akan tarikh bersejarah ini, pasti ada yang meragui, mempersoalkan dan menafikan akan hal yang sebenarnya. Kerana apa. Kerana manusia yang hidup di zaman serba canggih yang dikatakan maju kini tidak dapat menerima hakikat kejadian yang sebenarnya. Mengaku hidup di dunia maju tapi pemikiran masih lagi kolot dan jumud. Hanya tahu mengikut secara membuta tuli, ataupun dengan membabi buta.

14 Februari adalah tarikh yang bersejarah bagi umat Islam kerana pada tarikh inilah, pernah di suatu ketika dahulu, ulama' Islam dibunuh secara beramai-ramai. Dan tarikh ini disambut kerana kemenanangan musuh Islam laknatulllah. Terdapat beberapa versi tentang kisah di sebalik 14 Februari. Secara ringkasnya sahaja. Sama-sama kita renungkan.


Versi 1
 
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino ( Valentine ). Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine adalah salah seorang daripada penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara sekalipun, Valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan - banduan. Raja Rom telah mengetahui akan kegiatan Valentine dan memerintah agar Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehinggakan mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Ada sesetengah sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau telah jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahannya ini telah menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada untuk meninggalkan agama Kristian yang dianutinya ataupun menerima hukuman bunuh. Beliau lebih rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan “ From ‘your valentine’ ” (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
 
 St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang - undang Rom pada ketika itu menghalang daripada pemuda - pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan Valentine ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
 
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Kisah dan keterangan ini sudah semestinya diketahui oleh kebanyakan remaja dan orang ramai tapi pelik kenapa masih ada lagi yang ingin meraikan Hari Kekasih. Adakah manusia seperti ini sengaja ingin mencabar dan mahu mempermainkan agama...??? Apakah manusia sebegini telah tertutup pintu taubat dan pintu Hidayah buat mereka. 

"Ya Allah, Kau bukakanlah pintu taubat buatku dan buat mereka. Mudah - mudahan masih ada lagi rahmat kasih sayangMu buat hamba - hambaMu ini Ya Rahman. Hamba yang seringkali leka dan alpa dek kelazatan nikmat dunia yang sementara ini."


Dikatakan berakal dan tahu berfikir tapi tidak tahu menggunakan dan memanfaatkannya. Tidak tahu menggunakan akal ataupun tidak mahu menggunakannya. Entahlah samada manusia sebegini ada akal atau tidak. Yang pastinya makhluk yang bernama ‘manusia’ mempunyai akal. Malainkan makhluk lain di atas muka bumi yang hanya ada otak tapi tiada akal. Kalau hanya ada otak tapi tidak tahu nak menggunakan akal bermakna samalah jua dengan makhluk di tepi-tepi jalanan yang sememangnya tak berakal.

Sama-sama kita fikirkan kembali, merenung semula akan detik kehidupan kita yang lalu dan dapat jua kita menjahit sejadah iman kita yang kian terkoyak lantaran kealpaan kita terhadap Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Allah Yusahhil 'alaina. Amin Ya Rabbal 'alamin.

0 comments:

Post a Comment