Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Wanita Solehah

Salam..
Buat bakal isteri yg impikn suami idaman..

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Kisah Bunga Dan Mutiara

Satu hari, sekuntum bunga yang cantik, wangi dan menarik bertemu sebutir mutiara yang tinggal jauh di dasar laut yang tiada ciri-ciri seperti bunga. Kedua-duanya berkenalan antara satu sama lain.

Bunga itu berkata: Keluarga kami sangat besar terdiri dari  mawar dan daisi. Dan terdapat pelbagai jenis ; masing-masing punyai bau, rupa dan tarikan tersendiri.”
Tiba-tiba, bunga itu kelihatan sedih.


Kata-kata kamu tidak menggambarkan kesedihan, tapi mengapa kamu bersedih?"
Mutiara itu bertanya.

Manusia mempergunakan kami. Mereka menanam kami hanya kerana ingin mendapatkan wangian dan kecantikan kami. Kemudian, mereka membuang kami di tong sampah atau di jalanan apabila kami sudah tidak cantik dan tiada wangian lagi.”

Bunga itu mengeluh. Dan kemudian bunga itu berkata kepada mutiara :
Bagaimana pula hidupmu mutiara? Kamu tertanam jauh di dasar laut.”

Mutiara itu menjawab : 


“Walaupun saya tiada warna-warni dan bau-bauan harum, manusia menganggap saya berharga. Mereka susah untuk mendapatkan saya. Mereka perlu menyelam dalam ke dasar laut untuk mencari saya. Semakin dalam, semakin susah saya ditemui maka semakin cantik dan bersinarlah saya.”


“Itu yang menaikkan nilai saya pada pandangan manusia. Saya hidup dalam cengkerang tebal yang terpencil dalam lautan gelap. Bagaimanapun, saya gembira dan bangga saya selamat dari tangan liar dan nakal manusia. Malah manusia menganggap nilai saya begitu berharga.”

Tahukah anda apa yang melambangkan bunga atau mutiara...???

Sekiranya difikir mendalam..


Anda akan mendapati bahawa:

Bunga itu merupakan wanita yang mendedahkan kecantikannya
( menunjukkan kecantikannya )


Mutiara itu pula merupakan wanita memakai hijab
( menyembunyikan kecantikannya )

"CINTA"

Rabbi...
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya
Teguhkan imannya
Sucikan cintanya
Lembutkan rindunya

Rabbi...
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan NUR-MU
Bisikkan kedamaian dalam kerisauan
Temani die dalam kesepian

Rabbi...
Kutitipkan cintaku pada-MU untukknya
Resapkanlah rinduku pada rindunya
Mekarkan cintaku bersama cintanya
Satukan hidupku dan hidupnya
Dalam cinta-MU
Kerana,aku sungguh mencintainya kerana-MU...