Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~Penghijrahan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Ditanya pada langit bilakah detik penghijrahan
Disoal pula pada bumi saat pengembaraan hijrah..
Langit dan bumi tidak mampu menyatakannya
Menyatakan yang zahirnya pada makhluk lain..
Menjadi saksi akan penghijrahan Nabi Muhammad dan para pejuang..
Dari kota Mekah ke kota Madinah..
Dalam mengembangkan syiar Islam..
Dalam menjalinkan hubungan sesama manusia..
Mempersaudarakan muhajirin dan ansar..
Andai makhluk ini mampu menyatakan saat terpenting dalam kalendar Islam..
Sudah pasti seluruh manusia Islam khususnya mengetahui akan tarikh bersejarah ini..

Dalam menyatakan soal hijrah membawa maksud  berpindah dari kota Mekah ke kota Madinah. Dan andai kita pelajari, itulah hijrah yang terakhir dalam Islam yakni tika hayat Nabi Muhammad s.a.w.


Namun begitu, konsep dan ilmu ‘hijrah’ tidak pernah padam atau lupus dari sejarah dunia. Kini, kita juga mampu untuk ‘berhijrah’. Berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Dari kebaikan kepada lebih baik dan menuju ke arah yang terbaik.

Berhijrah sebelum datangnya seru malaikat Izrail penghapus segala nikmat dalam melaksanakan tugas.
Berhijrah sebelum nyawa di halkum dan sebelum nyawa terpisah dari jasad.
Berhijrah sebelum cahaya syurga terpadam.
Sebelum pintu taubat tertutup.

Yang pastinya, kesedaran diri dan pengorbanan diperlukan dalam erti berhijrah.
Pastikan ia nya berbaloi dengan fitrah kita.
Ganjaran dan natijahnya andai bukan di dunia..
Insya-Allah di sana kelak..

Layakkah Kita...???

Kita sebenarnya lebih suka menyambut 1 Januari daripada 1 Muharam..
Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu berbanding azan..
Kita sebenarnya lebih tahu artis pujaan kita daripada Tuhan kita yang sebenarnya..
Kita lebih cintakan dunia daripada akhirat..
Tapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti  menjawab kita sebenarnya lebih suka menuju ke syurga daripada neraka tapi suatu yang tidak pernah kita sedar..
”Layakkah kita dengan syurga Allah s.w.t…???”


Mesej ini ana terima daripada seseorang yang aktif dalam perjuangan. Bila mana terfikirkan mesej ini , mungkin benar juga kebenarannya. Tidak kiralah sama ada ia ‘copy paste’ atau seumpamanya. Hakikatnya memang inilah dunia nyata kita yang sebenar. Lebih cenderung dalam landasan di sebelah kiri berbanding menghampirkan diri ke landasan di sebelah kanan.

Mungkin ada yang menggunakan istilah ‘kubur masing-masing’ dan bagainya tapi yang nak menguruskan orang mati bukanlah si mayat itu sendiri. Jemaah di sekelilingnya juga. Kalaulah si mati yang menguruskan urusan jenazahnya sendiri dari mandi, kapan hingga ke pengebumiannya tak mengapa juga. Jadi, buat insan yang masih lagi berfikiran ‘kolot’ begitu…sudah-sudahlah dengan idea dan pemikiran cetek kalian. Pakat tukar ‘signal’ pula selepas ini.

Pendam


Bicara tentang soal ‘fantasi’ bukanlah suatu yang mampu untuk kita jejaki..
Bukan mudah untuk kita membaca
apa yang tersirat di lubuk yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar..
Walaupun bisa kita melihat secara luaran,
apakah kita masih mampu menafsir soal dalaman..
Tidak sememangnya kita meneka dengan tekaan yang tepat..
Melainkan diberikan sesuatu yang tidak kita jangkaui..
Hati yang terkunci yang tidak tahu apa isinya..
Terkunci dari pandangan yang terhijab oleh nilai peribadi..

Jikalau sukar bagi diri kita untuk memaafi orang lain
dan kita mahukan diri kita dimaafi walau apa jua keadaan,
ia kerana diri kita yang terdorong dalam hasutan yang bergumpal.
Didorong pula dengan ego yang tinggi..

Ego pula diapikan oleh nafsu yang kian membara..
Nafsu pula datangnya dari bisikan syaitan durjana..
Sememang kita mengerti akan asal kewujudan syaitan dan sekutunya..
Musuh nyata terang lagi bersuluh walaupun ia luar bidang pancaindera manusia..
Musuh khalifah yang sejak berzaman dari dahulu kala..


Andai Allah kita dahulukan dalam apa jua wacana..
Tiada ragu lagi dalam menyatakan kemaafan..
Memaafi dan memaafkan..
Sebesar dan jahat sekalipun silap salah seseorang pada kita..
Kemaafan adalah jalan terbaik..
Tiada guna..
Andai dibiarkan amarah tersimpan..
Tiada manfaat..
Andai bersarang di jiwa ini sekelumit dendam kesumat..
Yang lepas biarkan berlalu..
Yang mendatang diambil dalam pengiktibaran..
Hakikatnya..
Aku,
Mereka,
Dan kita adalah hamba..
Hamba pada Yang Satu..

'Pengorbanan'

“Tahukah kita betapa tingginya keikhlasan Nabi Ismail a.s. yang tenang & sedia menyerahan nyawanya kepada Tuhan Nya. Tanpa marah atau menentang, tanpa ragu-ragu, Ismail bersedia mati demi Tuhan Nya. Dia putera kesayangan Nabi Ibrahim a.s. yang harus mati sebaik diperintahkan Allah. Ismail mengajar kita kasih kepada bapa, ikhlas kepada Allah S.W.T.”


Sejarah  yang telah terukir di kala perintah Allah diturunkan kepada seorang bapa yakni Nabi Ibrahim a.s. terhadap penyembelihan dan pengorbanan yang bakal dijalankan ke atas anak yang tercinta yakni Nabi Ismail a.s. Bapa mana yang tidak ngilu bila mana diperintahkan sedemikian rupa. Tapi di saat ia amanat daripada Tuhan Sekalian Alam, dengan senang hati dan terbuka hati Nabi Ismail menerimanya. Satu pengorbanan yang menjadi sejarah yang sedia tertulis buat selamanya. Hingga ke hujung hayat dunia. Tidak mustahil ia menjadi satu sejarah yang terpapar di akhirat kelak. Pengorbanan seorang bapa dan kerelaan seorang anak. Keduanya hanya kerana Agama yang mana menjadi ‘amar’ dari Pencipta Yang Agung.

Sebagai natijah, bermula detik yang termaktub di dalamnya kemuliaan. Ia menjadi amalan dan sejarah agung bagi umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Pengorbanan di antara pengorbanan yang terpahat dalam sejarah agung dunia. Buat demikian kalinya. Ia menjadi salah satu syariat penting dalam Islam bermula detik itu hingga tika ini. Saat dunia di akhir zaman.

Perhatikan pula dengan umat manusia di kala zaman mencabar ini. Diumpamakan sebegitulah rupanya. Apakah pula pengorbanan kita di dunia Islam. Andai nama Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. tercatat di ‘buku’ Islamiah, bagaimana pula dengan nama kita. Apakah nama kita jua terukir seperti mana manusia agung ini. Apakah segala kerja buat dan amalan kita menjadi satu titipan buat manusia lainnya. Apakah mungkin setiap satu perihal yang kita lakukan menjadi satu ‘mahar’ buat agama kita dan menjadi ‘wasilah’ kita untuk mendapat redha Tuhan Rabbbul Jalil.

Tidak dinafikan nama kita tidak seagung para anbiya’. Memang benar nama kita tidak setanding dengan para sahabat r.a. Dan sudah diketahui nama kita tidak gah seperti mujahid dan mujahidah Islam. Para syuhada’ yang berkorban demi agama yang tercinta demi membela kemuliaan Dinul Huda. Tapi pernahkah kita terfikir untuk mencuba menjadi seumpama mereka. Mencuba untuk mencipta nama seperti mereka. Mustahil terbuku di lubuk hati tapi ianya tidak mustahil.

Adakah kita masih di takuk yang lama…???
Apakah sudah mencukupi pengorbanan kita selama ini…???
Biar hidup mati kita memberi manfaat kepada Islam walaupun ia hanya seberat zarah sekalipun. 

Puasa Wukuf

Andai diutarakan 9 Zulhijjah, terdapat dua makna yang tersendiri. Iaitu esoknya raya ataupun berpuasa pada tika itu. Puasa sunat 9 Zulhijjah. Hari Arafah, Puasa Hari Arafah ataupun dikatakan sebagai  Puasa Wukuf. Mungkin jarang digunakan istilah ini. Ana pun baru tahu sahaja istilah ini. Dapat juga ilmu baru dari seseorang.

Ada kelebihan yang dijelaskan dalam dalil-dalil yang terpilih tentang kelebihan puasa sunat di hari tersebut. Yang menjadi masalahnya adalah orang yang diberi kesempatan ruang dan waktu yang cukup sempurna kiranya tapi tidak diambil peluang ini. Dan juga, jangan ditegah buat sesiapa yang ingin melaksanakannya walaupun ia sekadar sunat sahaja. Andai rasa ingin berpuasa, teruskanlah niat kita yang suci itu. Andai tidak ingin, jangan cuba-cuba melakukan sesuatu yang dikira ‘kurang bijak’. Dengan kata manisnya ‘bodoh’.

Andai sudah tidak berkesempatan tika tahun ini, sama-sama kita perbaharui niat dan mengharapkan diberi kesempatan waktu di masa yang mendatang. Andai diizinkanNya dan dipanjangkan umur. "Kalau yang dan tidak boleh berpuasa, janganlah nak buat rajin-rajin pula untuk berpuasa."  Sama-sama kita mengajak berbuat kebajikan walaupun kecil. Berusaha menuju ke arah yang lebih baik walaupun dirasakan diri sudah ‘terlalu baik’. Mudahan ada saham kita di sana kelak. Pakat ‘share’.

Zulhijjah

“Zulhijah. Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.”

“Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah.
Ibadat haji dilakukan di bulan ini dan hari raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. Hari Tasyriq iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa.”
·         diantara ‘peringatan’ yang selalu diketengahkan


Bulan yang terakhir dalam kalendar Islam yang mempunyai kelebihan dan keagungannya tersendiri. Hanya yang memandang dengan kaca mata Islam dan positif sahaja mampu tersenyum bila mana menghayati erti Zulhijjah yang sebenarnya. Tapi sayang lagi sedihnya langsung tidak tahu sedikit sebanyak tentang di sebalik nama ‘Zulhijjah’. Apa yang tahu pun entahlah. Andai kiranya kini kita tidak mengerti apa itu Zulhijjah, jadikan hari esok kita sebagai hari ‘kemajuan’ di  ‘buku’ biar ia tercatat lembaran baru kita yang bercorak keilmuan dan perjuangan di atas landasan kita. Memperbaharui niat dan matlamat di ‘saat’ akhir ini. (^_^)