Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Istirahah seketika

Assalamualaikum...
secara sedar ana masukkan 3 gambar ini dalam blog ana...
sebagai istirahah..
..............................................................................................................................................

ini adalah cicak pertama yang ana jumpa di mesir..
pelik sunguh la...
apasal la payah sangat nak jumpa cicak di mesir..
mungkin ada sebab musabab la..


dan yang ini plak burung merpati yang 'dibela' di rumah..
jinak...
seolah-olah burung ini paham apa yang ana cakapkan..
memang dengar cakap dan patuh plak tu..
walaupun tanpa akal..
yang hairannya, manusia yang ada akal tapi apabila disuruh melakukan sesuatu perkara untuk kebaikan..
seolah-olah seperti tiada akal...
seperti......................................
rasanya paham apa yang ana maksudkan di sini...
'asif 'ala kulli hal..
(^_^)


yang terakhir pulak..
burung hantu yang tersesat masuk dalam bilik tido...
mula-mulanya sengaja burung hantu ni berehat di tingkap...
entah kenapa tetiba saja 'melawat' bilik yang ana diami dengan kawan..
sempat jugak bergambar dgn burung hantu ni...
kali pertama pegang burung hantu...
warna putih pulak tu..
cantik...

Subhanalllah...

Pesanan buatku...

Biarkanlah setiap apa yang orang lain fikirkan tentang anda walaupun baik ataupun jahat.. Biarkanlah seperti ia masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.. Andainya, jika seseorang yang terlalu dengki dengan kejayaan dari anda, biarkannya sahaja.. Suatu hari nanti, mereka pasti akan jemu jua dan terus meniru kejayaan yang telah anda kecapi. Kata orang seperti "cemburu" tetapi biasalah, cemburu yang sihat. Maka itu, tenang - tenangkanlah diri anda, lapang - lapangkanlah hati anda. Apa yang semestinya telah anda ketahui dalam hidup ini adalah semuanya merupakan drama semata - mata dan ianya bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan kesediaan kita menghadapi ranjau dan roda hidup ini.


Ketenangan....

Salam buat semua..gambar2 ini sengaja ana masukkan dalam blog ini..
bukan kerna apa..saja nak hilangkan rasa kerinduan di tanah air...
biasa la kan...dah nama pon anak rantau..
merantau mencari "apa itu erti dunia"..
dalam mencari erti hidup kat sni,ana pon ambil la gambar sedikit sebanyak..
sbb bg pandangan ana, boleh tenangkan segala mcm prasangka..
tenangkan fikiran, jiwa yang kian bercelaru...
tapi..
semua itu perlu dielakkan..
sbb liku-liku di hadapan masih lagi jauh..
utk ana tempuhi...
sekadar mencari 'sakinah'...















Maha Suci KebesaranMu Ya Allah...
Subhanallah...
Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan...
(^_^)(^_^)
........................................................................

MULIANYA SEORANG IBU

Dalam ajaran Islam, memang terdapat begitu banyak khazanah nas dan dalil yang memperihalkan betapa anak-anak itu perlu menghormati kedua-dua ibu bapa mereka.
Di dalam sepotong hadis misalnya, ketika baginda Rasulullah s.a.w ditanya, siapakah yang lebih wajar dihormati, baginda menjawab ibu sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dihormati kaum bapa.
Hadis lain yang biasa kita dengar ialah syurga berada di bawah telapak kaki ibu.
Atas sebab inilah maka kita lihat Islam tidak sunyi meriwayatkan kisah-kisah orang yang soleh dengan ibu mereka.
Antaranya, Imam Abu Hanifah, yang bersusah payah mendapatkan fatwa daripada ulama lain gara-gara ibunya enggan mengambil fatwanya. Akhirnya, terpaksa pengasas mazhab Hanafi itu mencari ulamak yang menjadi muridnya sendiri bagi mendapatkan fatwa.
Lantaran terlalu gembira
Diriwayatkan bahawa Imam Muhammad bin Idris, lantaran terlalu gembira menemui ibu, maka dia mengetuk pintu rumah dengan kuat. Ibunya marah lantaran sikap itu masih lagi menunjukkan bahawa anaknya tidak beradab.
Atas arahan ibunya yang meminta dia pergi merantau lagi mencari ilmu mendidik akhlak, maka pengasas Mazhab Asy-Syafie itu terus akur terhadap perintah ibunya.
Sementara itu, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah melonjak kerohaniannya kerana sosok yang kental spiritual itu mengikut pesanan ibunya agar jangan sesekali menipu.
Al-Jailani tetap tidak menipu walaupun ditahan bersama segerombolan kafilah penyamun dalam perjalanannya mahu belajar agama.
Sang perompak yang asalnya tidak menemui sebarang duit pada tubuh al-Jailani akhirnya bertanya berhubung sikap anak muda itu yang telah berkata benar.
"Aku telah berjanji dengan ibuku untuk menyatakan yang benar pada setiap masa," itulah yang Al-Jailani lafazkan. Ternyata, kata-kata itu akhirnya meninggalkan kesan yang amat mendalam, lalu menyebabkan ketua perompak itu segera bertaubat.
Latihan kerohanian yang diterimanya, termasuk keberkatan doa ibu dan hormatnya anak muda ini terhadap ibunya, maka melonjaklah kerohaniannya sebagai Sultan Awliya'.
Pengaruh mazhab tarekat sufi Qadiriyyah ini akhirnya melebarkan pengaruhnya ke mana-mana termasuk ke rantau Nusantara ini.
Daripada kisah-kisah ringkas mereka ini, kita mendapat pengetahuan bahawa pengasas mazhab Shafie, Hanafi dan Qadiriah ini adalah imam-imam yang terbangun intelektual dan kerohanian mereka dengan sebab keberkatan doa dan restu ibu.
Maka tepatlah kata orang bahawa tangan yang menggoncang buaian itu menggoncangkan dunia. Ringkasnya, dunia Islam memang sarat dengan kisah ketaatan ke atas ibu bapa ini. Hari Ibu yang disambut di serata dunia dengan tajaan Barat masih lagi belum mempertali kisah kasih sayang ibu dengan jihad dan perjuangan.
Menggembirakan ibu bapa lebih baik daripada jihad?
Ada kisah di mana seorang anak muda yang ingin berjihad, tetapi akhirnya diperintahkan pulang ke rumah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya yang kesepian.
"Hai orang muda, terangkan keadaan ibu bapamu tatkala engkau mahu keluar dari rumah tadi," kata baginda. Rasulullah s.a.w dapat melihat secara kasyaf, ada sesuatu yang tidak kena dengan anak muda remaja yang ghairahkan syahid itu.
"Hamba ingin syahid tapi, ibu bapaku menahan pemergianku sejak tadi dengan teresak-esak sedangkan hambalah satu-satunya anak mereka," kata anak muda tersebut.
"Sekarang dengar baik-baik perkataanku wahai anak muda," kata baginda, "Atas perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah dan gembirakan kedua ibu bapamu."
Anak muda tadi bingung. Jihad adalah kewajipan. Tapi, perintah khusus Rasulullah s.a.w itu juga wajib ditaati. Maka, beliau akhirnya menuruti perintah baginda. Tibanya beliau ke rumah, maka gembiralah hati kedua ibu bapanya.
Ada hadis lain menunjukkan bahawa baginda hampir-hampir ingin mewajibkan anak itu sujud kepada kaki orang tuanya. Tetapi, hal itu tidaklah diizinkan.
Bagaimanapun, kalam itu hanyalah sebagai suatu perlambangan bahawa betapa berbakti kepada orang tua amat mulia tingginya di sisi agama.
Kisah ketaatan kepada ibu dalam Alam Melayu
Ibu bapa sebenarnya jambatan kerohanian paling mudah dan paling tinggi jika seseorang itu mahu mencapai keredhaan Allah s.w.t.
Mereka yang ingin bermujahadah, melakukan ritual, latihan kerohanian seperti berpuasa dan sebagainya akan tersekat kerohaniannya jika menderhaka ibu bapa. Penderhakaan itu boleh berlaku walaupun dengan kata-kata kecil sekali pun.
Dan, hal inilah yang paling sukar sekali. Agak mustahil ada seorang anak pada zaman ini, yang tidak melakukan kesilapan terhadap ibu bapanya. Paling kurang, dia mesti terlanjur juga melalui kata-katanya. Dan, hal inilah yang perlu diawasi.
Sekurang-kurangnya, dalam Alam Melayu, ada dua cerita masyhur yang membawa tema ketaatan kepada ibu ini. Pertama, kisah Si Tanggang atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Malim Kundang. Kedua, kisah Batu Belah Batu Bertangkup.
Daripada satu segi, kita boleh membuat rumusan bahawa kisah-kisah sastera lisan sebagai pengajaran akhlak aini memang diriwayatkan bertujuan mendidik anak-anak Melayu agar berbakti kepada orang tuanya, khasnya ibu yang melahirkan mereka.
Dalam kisah Si Tanggang, ibu mempunyai kerohanian yang tinggi sehingga sumpahnya mengundang kecelakaan terhadap anaknya yang ingkar mengakui ibunya sendiri.
Benar sabda Rasulullah s.a.w, "Keredhaan Allah itu terletak di atas redha ibu bapa."
Dalam sebuah filem Wali Songo, ada diriwayatkan suatu babak di mana Sunan Kalijaga yang kerap membaca al-Quran itu telah diusir oleh ibunya kerana difitnah memperkosa seorang wanita, padahal tindakan itu tidak dilakukannya.
"Jangan kembali ke sini sehinggalah ayat al-Quran yang selalu kaubaca itu akan gegarkan dinding-dinding rumah ini," kata ibunya. Mereka sekeluarga berasa malu kerana pemuda yang disangkakan soleh itu rupa-rupanya telah melumurkan arang ke wajah mereka.
Hasil latihan kerohanian yang diterimanya, Raden Mas Said telah diangkat sebagai salah seorang anggota majlis Wali Sembilan dengan gelar Sunan Kalijaga.
Setelah mencapai pencerahan jiwa, sunan yang satu-satunya anak tempatan itu berhasrat pulang mendapat restu ibunya. Suatu malam, sunan itu membaca al-Quran dari jarak jauh lalu bergegarlah dinding rumahnya di desanya.
Si ibu, ketika melihatkan kejadian itu, barulah mengerti dan mengetahui kedudukan anak lelaki kesayangannya itu. Anak lelakinya tak bersalah malah difitnah. Restu ibu telah pun berjaya diraih semula. Demikianlah kisah para wali Melayu.
Mutakhir ini masih ada lagi kisah yang sangat menyayatkan hati apabila membaca cerita seorang anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana menjaga ibunya yang menderita sakit lumpuh. Laporan akhbar itu menyebutkan pekerjaannya sebagai posmen.
Lelaki itu akhirnya didapati meninggal dunia di pangkuan ibunya selama dua atau ke tiga hari. Ketika jiran-jiran menemuinya, didapati ibu masih mengusap tubuh dan kepala anaknya, seolah-olah berharap cara itu dapat merawat anaknya yang telah mati.
Sukar digambarkan kesedihan ibu tua yang terpaksa berputih mata melihat tubuh anaknya yang sudah tidak bergerak itu. Dia wanita tua yang lemah, lumpuh tidak berdaya bersuara meminta pertolongan jiran, tak mampu berjalan melainkan terpaksa melihat saja anaknya terbaring di pangkuannya selama dua hari.
Diulangi-lelaki itu terbaring di depan mata ibunya yang lumpuh selama dua hari! Semoga rohnya dikirim ke syurga dan kita pula dapat berjiran dengannya. Ameen..
Rupa-rupanya, kisah anak yang sanggup berbakti kepada orang tuanya masih wujud pada zaman kita ini. Kiamat belum tiba lantaran wujudnya kelompok manusia seperti ini..
Jangan serah ibu bapa ke rumah kebajikan!
Namun, hari ini sudah menjadi sikap orang zaman sekarang agaknya, mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Tekanan hidup dan bebanan kerja menyebabkan agihan masa kepada orang tua dan anak-anak semakin berkurangan.
Apakah ada cara untuk mengatasi hal ini? Kita tak boleh tinggal merungut saja dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian. Sesetengah orang mengirim anaknya ke desa untuk menjaga nenek mereka. Kaedah ini boleh juga digunakan.
Tapi, harus kita tanyakan juga. Apakah kita suka jika anak-anak kita melakukan hal yang sama kelak; mengirim cucu untuk menjaga segala keperluan kita?
Maka, sebaik-baiknya, jika kita benar-benar rungsingkan hal ehwal akhirat kita, maka ibu bapa itulah satu-satunya jalan terakhir untuk kita dapatkan keredhaan Allah. Kita perlulah kembali kepada hadis, "Keredhaan Tuhan ada pada keredhaan kedua ibu bapa."
Tetapi, bagaimanakah kita mahu menjaga ibu bapa dalam keadaan kita bekerja?
Ada suatu jalan keluar dalam hal ini. Andaikan kita mempunyai enam orang saudara dan gaji bulanan kita RM2,000, maka kita perlu bermesyuarat keluarga untuk putuskan yang salah seorang daripada kita perlu berhenti kerja untuk menjaga kebajikan orang tua.
Jadi, bagaimana mahu mendapatkan semula RM2,000 sebulan yang telah hilang itu? Di sinilah letaknya salng mengorbankan kepentingan masing-masing. Hendaklah, lima orang saudara kita itu bersedia serahkan RM400 seorang sebulan dengan tujuan menggenapkan jumlah gaji yang biasa kita terima pada setiap bulan itu.
Kalau boleh biarlah kita lihat tiada lagi orang-orang Melayu apatah lagi mereka beragama Islam mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Kalau bukan Muslim yang melakukannya, maka hal itu boleh diterima kerana akhirat tak wujud dalam kepercayaan mereka.
Apalah ertinya kita menyambut Hari Ibu, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama masih ada lagi ibu-ibu yang terlantar kesepian di rumah-rumah orang tua.
Banyak yang boleh kita lakukan untuk membahagiakan orang tua. Dengan tidak menjadi sebagai perompak, penyamun, penagih, hal itu sudah membahagiakan mereka.
Dengan selalu membacakan Al-Fatihah lalu menyedekahkan surah itu kepada roh mereka itu pun sudah dikira beramal bakti kepada mereka. Sedekah Al-Fatihah tidak semestinya dilakukan ketika mereka sudah tiada. Ketika mereka masih ada, hal itu boleh dibuat.
Islam mengangkat darjat wanita. Apatah lagi ketika mereka bergelar ibu, darjatnya makin tinggi. Umar r.a pernah meminta kaum wanita merendahkan maharnya. Tapi akhirnya dia akur apabila kaum wanita berkata bahawa mahar itu hak mereka.

Bahaya Tidoq Lepas Subuh...!!! (Untuk diri sendiri jgak ni...)

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI 

[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah (1) tidur di waktu pagi, (2) sedikit solat, (3) malas-malasan dan (4) berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

5 Cara Jauhi Maksiat

Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu

1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya

2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumiNya

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui olehNya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat
4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah

5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat Zabaniyah penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya


JAUHI MAKSIAT DAN MUHASABAH DIRI.

Menurut kamus dewan, muhasabah memberi maksud perbuatan menilai, meninjau perasaan (fikiran, pendirian dsb) ke atas diri sendiri.

            Pepatah  Melayu ada mengatakan bahawa bumi mana tidak di timpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora. Sayidina Umar pernah membunuh anak perempuannya dan akhlaknya sebelum menganut Islam adalah begitu rosak sekali. Tetapi biarlah kita menjadi umat yang disukai Allah iaitu orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan hari esoknya lebih baik dari hari ini.

Selalulah muhasabah diri tidak perlu menunggu musibah untuk muhasabah diri.
Inilah antara sebab utama orang susah untuk menjadi baik. Apa sebabnya?? Kalau kita tengok kes mahkamah, bapa merogol anak pun minta dibicarakan, kerana mereka menganggap mereka tidak bersalah. Pemuda merogol kanak-kanak pun tak nak mengaku salah kerana memandang perbuatan mereka adalah wajar. Samalah juga tuan-tuan, perempuan yang tidak memakai tudung memandang perbuatan mereka sebagai wajar dan mereka ini memandang perempuan bertudung sebagai kuno dan kolot. Orang merokok memandang dirinya “macho” dan segak dan memandang orang tidak merokok sebagai bukan lelaki sejati.

Apakah sebab berlaku fenomena ini di mana manusia memandang perbuatan mereka yang sebenarnya salah tetapi pada pandangan mereka perbuatan mereka adalah betul, elok dan baik. Dalam setengah kes pula puak ini semakin ramai dan memandang orang yang mengamalkan poligami dan hudud adalah orang yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Mereka memandang diri mereka pula sebagai contoh terbaik untuk diikuti.

Jawapan persoalan ini diterangkan Allah dalam 10 ayat di dalam Al Quran  yang sama maknanya iaitu Al An’aam 43:
“dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”

dan At Taubah 37:
”.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ......”..
Serta Al Anfaal ayat 48-

“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), .......”


At Taubah ayat 37-.
“.......... Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ........”


An Nahl ayat 63-
“.............. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu.........”
Orang yang telah berkawan rapat dengan syaitan seperti diterangkan dalam surah Az Zukruf di atas lalu syaitan tadi telah menjadikan manusia ini memandang cantik perbuatan salah mereka, apabila ditegur – masyaAllah, kita yang menasihati akan dijadikan musuh.


Malaikat Zabaniyah(Tentera Allah Yang Amat Garang)

ZABANIYAH merupakan nama malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan memiliki sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmallah dan mereka dipimpin oleh Malaikat Maalik.

Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.

Malaikat Zabaniyah mengambil ahli nerakanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.Maka salah satu dari Malaikat Zabaniyah itu dapat mengambil 10,000 orang kafir dengan menggunakan satu tangan, dan 10,000 lagi dengan memakai tangan yang lain,dan 10,000 dengan menggunakan salah satu kakinya serta 10,000 lagi menggunakan kakinya yang lain, kemudian melemparkannya keneraka. Jadi 40,000 orang kafir itu dengan sekali ambil kerana di dalam diri Malaikat Zabaniyah memiliki kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.

Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka sepuh tanduk sapi, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, kobaran api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana cahaya dirinya itu dapat mengalahkan api neraka.

Betapa garang dan gagahnya malaikat zabaniyah sehinggakan api neraka amat takut kepada mereka.Malik merupakan ketua di neraka menunjukkan ia lebih garang daripada Zabaniyah.Ikutilah arahan Malik kepada api neraka yang amat tegas menjalankan perintah allah....

Malik: "Lemparkanlah mereka ke dalam api neraka,wahai zabaniyah".
lalu Malaikat Zabaniyah melemparkan mereka kedalam api neraka, mereka berteriak dengan mengucapkan: "Lailahaillallah." Akhirnya neraka itu mengembalikan mereka.

Malik:"Wahai api,kenapa kamu tidak membakar mereka?"

Api: "Bagaimana aku hendak membakar mereka, sedangkan mereka mengucapkan 'Lailahaillallah."

Malik:"Yang demikian itu adalah perintah Allah,maka kamu bakarlah mereka".
akhirnya api akur dan terus membakar mereka.Api membakar mereka bermula daripada kaki hingga ke atas.Apabila api mendekati wajah mereka...

Malik: "Jangan engkau bakar wajah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersujud dengan wajahnya kepada Dzat Yang Maha Penyayang, dan janganlah engkau bakar hati mereka, kerana hati itu adalah tempat tauhid, ma'rifat dan iman,akan tetapi mereka tetap tinggal di neraka."


ITULAH BALASAN ALLAH YANG PERLU KITA TAKUTKAN,
(TINDAKAN ZABANIYAH TERHADAP AHLI NERAKA)....

JADI,

MULIAKANLAH MUKAMU DAN HATIMU KEPADA ALLAH,
KERANA ITULAH YANG DITAKUTKAN OLEH API UNTUK DIBAKAR!!! ...

Hari KEHANCURAN

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.